بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Masjid ini dikenali asalnya dengan nama Masjid Bani Muawiyah kerana mereka adalah orang yang pertama membinanya. Masjid ini sekarang terletak di Jalan Sittin dengan binaan baru yang dibuat pada tahun 1997M berdekatan dengan Hospital Dharabatusy Sham. Pada tahun 1998M Hospital ini dinamakan Hospital Al-Ansar. Dinamakan Masjid Al-Ijabah yang bererti "Pekenan" kerana menurut Imam Muslim ra.
Pada suatu hari, Rasulullah saw melalui masjid ini lalu disingah bersolat dua rakaat bersama para jemaah di masjid ini. Selepas itu, Baginda Saw berdoa panjang disini, kemudian berpaling dan bersabda kepada para sahabat ra .
Aku telah berdoa kepada Allah SWT tiga (3) perkara . Allah SWT telah menerima dua daripadanya dan menolak yang ketiganya. Pertama, aku meminta agar umat ini tidak dibinasakan keseluruhanya dengan kemarau maka Allah pekenankan permintaanku itu. Keduanya, aku meminta agar umat ini tidak dibinasakan keseluruhannya dengan banjir seperti umat Nabi Nuh as , Allah SWT telah memperkenankannya. Ketiganya , aku meminta agar umatku tidak bermusuhan sesama mereka, tapi permintaan terakhir ini tidak diterima.
(HR.Muslim No.2890)
Sumber : Madinah Munarawah Kelebihan dan Sejarah.
Terima kasih kerana membaca entry Masjid Al-Ijabah ini .
Daripada:
http://mselim3.blogspot.com
3 comments
Write commentsperkongsian yang baik msleim... mudah-mudahan umat islam agar kembali bersatu
ReplyAssalammualaikum mSelim. Masid ni masih lagi gagah berdiri kan. Sungguh hebat..
ReplyAssalam,
ReplyTeringin nak pergi ke rumah2 Allah yang didirikan pada zaman Nabi dulu.
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon