Apa itu Ujub

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
ujub

Tahukah kita apa itu ujub? Ujub itu ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga dengan diri. Terpesona dengan kehebatan diri. Perasaan ujub in memang boleh datang pada bila-bila masa. Orang yang rajin beribadah merasa kagum dengan ibadahnya. Orang berilmu kagum dengan ilmunya. Orang yang cantik kagum dengan kecantikannya. Orang dermawan kagum dengan kebaikannya. Orang yang berdakwah kagum dengan dakwahnya. 


Sufyan at-Tsauri menyatakan ujun adalah perasaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya. 

Muthrif ra telah berkata ,"Kalau aku tidur tanpa tahakud dan bangun dalam keadaan menyesal adalah lebih baik daripada aku bertahajud tetapi aku merasa kagum (ujub) dengan amalan tahajud tadi".
Seorang sahabat Nabi, Abu Ubaidah al-Jarrah ra menjadi imam. Setelah selesai solatnya beliau berkata,"Syaitan telah menghasut aku supaya merasa aku lebih hebat daripada orang di belakangku. Aku tidak mahu menjadi imam sampai bila-bila." 

Ingatlah semua kelebihan adalah anugerah Allah oleh itu kagumlah hanya kepada Allah bukan diri sendiri. 

Nabi saw bersabda ,"Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat rapi menyebabkan dia rasa kagum (ujub) dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa ) . Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat." (HR.Bukhari dan Muslim)

Ada tiga hal yang membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (kagum dengan diri sendiri).(HR.Al-Bazzar dan Al-Baihaqi). 

Imam nawawi ra berkata:"Ketahuilah bahawa keikhlasan niat kekadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa yang ujub dengan amalannya sendiri maka akan terhapus amalnya.(Syarh Arba`in).

Sebab Ujub :

  1. Berkawan dengan orang-orang yang selalu membanggakan dirinya
  2. Melupakan Allah sebagai pemberi nikmat 
  3. Terlalu semangat sehingga melupakan hakikatnya
  4. Jauh dari hakikat kebenaran 
  5. Terlalu kurang dalam mengagungkan Allah SWT

Cara-Cara Agar Terhindar daripada Ujub :

  1. Selalu ingat hakikat jiwa manusia 
  2. Selalu ingat kehidupan dunia dan akhirat 
  3. Selalu ingat nikmat Allah SWT
  4. Mengingat akan kematian  
  5. Selalu membaca Al-Quran 
  6. Selalu ingat orang yang sakit atau yang lebih rendah dibawah kita
  7. Tidak berkawan atau bersahabat dengan orang yang selalu membangga diri dan mencari orang yang baik yang selalu ingat Allah SWT 
  8. Berdamping dengan para ulama dan as-solilihin.
Terima kasih membaca entry Apa itu Ujud ini. 

Daripada ; 
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Etuza
AUTHOR
December 17, 2015 at 4:23 PM delete

asalam meslim...semoga blog saya tiada begitu ujub. Tetapi bersyukur dan takjub dengan kehebatan kuasa Allah..sesungguhnya Dialah berhak segala pujian..terima kasih ingatan ini

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
December 17, 2015 at 5:04 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Alangkah sukarnya menghindari diri dari perasaan ujub. Semoga Allah jauhkan diri kita daripada malapetaka ini. Amiin..

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
December 22, 2015 at 2:36 PM delete

waalaikummusalam... etuza,

segala puji hanya bagi Allah SWT.. :)

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
December 22, 2015 at 2:37 PM delete

waalaikummusalam...SP,

Moga2 terhindar perasaan ujub ini . Insaallah..:)

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
December 23, 2015 at 11:53 AM delete

Assalamualaikum,
Kadangkala niat kita lain tetapi tanggapan orang lain. Semoga ianya tidak termasuk dalam perasaan ujub ini...

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
December 23, 2015 at 2:40 PM delete

waalaikummusalam... BM,

memang benar tiada siapa tahu niat kita kan. Hanya Allah sahaja yang tahu kan. Moga2 terhindar perasaan ujub nie.. Aaminn.

mselim3

Reply
avatar
faizal
AUTHOR
December 23, 2015 at 3:37 PM delete

salam Tuan...sifat ini memang bahawa. moga kita dijauhinya

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon