Tingkatan Puasa Di Bulan Ramadan

tingkatanpuasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tingkatan puasa di bulan ramadan menurut Imam al-Ghazali membahagikan puasa terbahagi kepada tiga tingkatan. Menurut sebahagian ulama juga menyatakan puasa ada tiga tingkatan. 

1-Puasa Orang Awam

Hanya sekadar meninggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa serta keinginan berjimak. Manakala perkara-perkara makruh kurang ditinggalkan dan perkara-perkara sunat diabaikan. 

2- Puasa Orang Khas (Puasa Khusus)  

Puasa ini menjaga akhlak dan perkara-perkara yang sunat bagi menambah kualiti puasanya dengan memelihara mata, lidah, telinga, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa.  

3- Puasa Orang Paling Khusus (Puasa Khusus al-Khusus) 

Mereka bukan setakat menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa tetapi perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Perkara-perkara sunat dipentingkan serta anggota badan turut sama berpuasa dan hatinya sentiasa berzikir dan memperingati Allah. Puasa orang ini adalah puasa tertinggi kedudukan disisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, Para Wali dan Ahli Ibadah yang lainnya.  

Berusahalah meningkatkan kualiti puasa agar lebih diterima dan diredhai Allah SWT. Kalau setakat tingkat yang pertama adalah sekadar biasa-biasa. Manusia yang berpuasa bukanlah sekadar berpuasa menjaga perutnya sahaja akan tetapi perlu menjaga perkara-perkata atau perbuatan yang mengurangkan pahala puasa seperti mulut masih bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak mendapat pahala. Hakikatnya puasa bukanlah sekadar menjaga perut sahaja tetapi melatih jiwa agar berakhlak dengan akhlak yang mulia. Insaallah.. 

Ini bermakna puasa yang disulami dengan amalan-amalan yang kurang baik akan mengurangkan pahala puasa, bahkan ada besar kemungkinan tidak diterima Allah. Insallah sesamalah kita menjalini ibadah puasa dengan amalan yang terbaik dan moga-moga diterima Allah SWT. Amin... 

surahalbawarahayat183

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaiman diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu moga-moga kamu bertakwa." 
(Surah Al-Baqarah Ayat : 183) 

Terima kasih kerana membaca artikel tentang Tingkatan Puasa Di Bulan Ramadan .
Previous
Next Post »

22 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
June 21, 2015 at 8:22 PM delete

Jom kita jadi yang no 3..sebab nak kejar syurga Allah yang paling indah..terima kasih atas perkongsian ini..alhamdulillah..

Reply
avatar
randomlyally
AUTHOR
June 22, 2015 at 1:06 PM delete

masyaAllah..mencapai tahap kedua pun dah berpuas hati bagi tahap org mcm saya ni.. Semoga amalan dan puasa di bukan Ramadhan ini diterima oleh Allah..aminn

Selamat berpuasa mselim.. :)

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
June 23, 2015 at 7:30 AM delete

selamat berpuasa buat ctfand gak k...

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
June 23, 2015 at 7:32 AM delete

Insaallah... sesama lah kita mencarinya tingkatan puasa yang paling baik... Amin...

Reply
avatar
June 23, 2015 at 3:26 PM delete

Terima kasih sedara Mohd Selim untuk info yang sangat mendalam di bulan Ramadan. Selamat Berpuasa!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 24, 2015 at 9:35 AM delete

moga kita dikategorikan puasa paling khusus. tingkatkan amalan kebajikan kita di bulan mulia ni.. salam ramadan mselim...

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
June 24, 2015 at 4:13 PM delete

sama-sama selera malaysia..

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
June 24, 2015 at 4:14 PM delete

Insaallah... yumida, moga2 kita mendapat kategori puasa yang terbaik...

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
June 25, 2015 at 5:06 PM delete

Assalammualaikum mSelim. Ramai yang sekadar puasa orang awam je hehe..

Reply
avatar
Rossa Calla
AUTHOR
June 26, 2015 at 3:05 PM delete

Selamat Berpuasa mselim. Moga2 mendapat puasa yg terbaik

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
June 26, 2015 at 11:45 PM delete

Assalamualaikum MSelim3;
Salam Ramadan dan selamat berpuasa.. mudah2an puasa kali ini membawa lebih keberkatan berbanding tahun2 sebelumnya... aamiin.
Maaf lambat menyingah di bulan puasa ni.. waktu agak tak menentu hihi. Salam ceria selalu.. :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 27, 2015 at 2:34 PM delete

sepertinya saya ada di bagian puasa khusus hehe..
bagus artikel nya..
Musa Blog - About Everything

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
June 29, 2015 at 7:53 AM delete

waalaikummusalam... khir,

takper khir... lambat menyinggang. "selamat menyambut ramadan" khir..

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
June 29, 2015 at 7:54 AM delete

Selamat berpuasa buat PP jugak... moga2 mendapat puasa yang terbaik..

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
June 29, 2015 at 7:55 AM delete

Terima kasih Muhammad Musa sudi visit dan membaca artikel kat sini...

Reply
avatar
Rossa Calla
AUTHOR
June 30, 2015 at 4:40 AM delete

Salam, maaf kerana tidak dapat meneruskan exchange bloglist kerana masalah dalam blog saya.
Terima kasih

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
July 3, 2015 at 10:24 PM delete

smoga kita semua berpuasa dgn penuh keimanan dan penuh pengharapan..

Reply
avatar
Nurulhidayah
AUTHOR
July 7, 2015 at 11:18 AM delete

Salam Ramadhan Mselim..

Reply
avatar
KHALID
AUTHOR
July 7, 2015 at 6:05 PM delete

Lama x bw kt sini, perkongsian yg menarik utk direnungkan, jom ramai2 kita tingkatkan level puasa kita :)

Jom Terjah: Bukti cukai GST menyusahkan rakyat berbanding SST


Reply
avatar
Hawasalihah
AUTHOR
July 9, 2015 at 12:04 AM delete

entry yang menyedarkan..yang mana satu la saya ni..semoga Allah terima dengan rahmn dan rahim nya..

Reply
avatar
Dunia Zumal
AUTHOR
July 10, 2015 at 1:15 AM delete

Moga-moga kita berada pada tahap puasa yang terbaik, Insha Allah...

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
July 27, 2015 at 10:25 AM delete

takper PP. Mselim3 memahami masalah yang dihadapi PP berkenaan dengan masalah bloglist PP k. Pape tahniah PP sudi link exchange dengan mselim3 dan tahniah atas domain baru PP k. Moga PP terus sukses dalam dunia blogging... Amin...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon