Puasa adalah ibadah utama untuk mendampingi diri dengan Allah. Ia disyariatkan bagi mendidik jiwa manusia serta melatihnya untuk berbuat kebaikan.
Oleh yang demikian seseorang yang berpuasa sangat dituntut tidak melakukan perbuatan yang membatalkan pahala puasa yang menyebabkan ia tidak mencapai darjat takwa. Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 183 bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa."
Puasa yang sempurna dan diredhai Allah bukan setakat menahan diri daripada makan dan minum bahkan hendaklah menjaga pancaindera daripada melakukan sesuatu yang merosakkan pahala puasa.
Diantara adab-adab yang baik bagi menambahkan kesempurnaan pahala puasa ialah :
- Jangan banyak meludah
- Menghindarkan diri daripada melihat perkara-perkara yang haram.
- Menjauhkan diri dari sebarang pendengaran yang haram.
- Memelihara lidah daripada bercakap bohong, mengumpat,dan memaki hamun.
- Memelihara tangan dari melakukan perbuatan haram dan menahan kaki daripada berjalan ke tempat-tempat maksiat.
- Jangan berlebih-lebihan makan minum ketika berbuka.
- Jangan banyak tidur terutamanya waktu siang hari.
- Jangan boros dalam perbelanjaan.
Kategori Puasa
Puasa mempunyai 3 kategori (tingkatan) :
- Puasa Umum iaitu puasa yang hanya menahan diri dari makan, minum dan keinginan syahwat.
- Puasa 'Al-Khusus iaitu menahan diri dari makan,minum, memelihara syahwat keinginan serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata,telinga, lidah,tangan, kaki dan faraj daripada melakukan maksiat.
- Puasa 'Khususul Khusus' iaitu memelihara segala perkara yang tersebut di atas tadi,sambil menjaga hatinya daripada berfikir mengenai hal-ehwal dunia dan sifat-sifat riak,ujub,takabbur dan lain-lain.
Sunat-Sunat Puasa
Diantara perkara-perkara yang sunat dilakukan oleh orang yang berpuasa ialah:
- Menyegerakan berbuka puasa ketika sampai waktunya.
- Berbuka dengan buah kurma atau sesuatu yang manis atau dengan air.
- Berbuka dengan doa :
- Melambatkan bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman pada waktu akhir malam bertujuan menambah kekuatan berpuasa.
- Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berselawat ke atas Rasullulah saw sama ada waktu malam atau siang.
- Memperbanyakkan amalan kebajikan seperti bersedekah terhadap kaum kerabat dan fakir miskin.
- Memberi makanan atau minuman kepada orang yang berpuasa waktu berbuka.
- Memperbanyakkan iktikaf dalam masjid
- Menjauhkan diri dari percakapan yang sia-sia dan maksiat seperti mengumpat, mencela, dan sebagainya.
Makruh Bagi Orang Berpuasa
Diantara perkara-perkara yang makruh dilakukan oleh orang berpuasa :
- Berbekam atau mengeluarkan darah penyakit melalui kulit kepala
- Memamah sesuatu yang tidak boleh hancur seperti getah dan sebagainya
- Merasa makanan dengan lidah kerana takut sampai ke rongga
- Menyedut air yang berlebihan ketika wuduk
- Mencium dan memeluk isteri dan lebih-lebih lagi mencium bunga-bungaan
- Mengosok gigi atau berkumur-kumur selepas tergelincir matahari
- Masih dalam keadaan berjunub semasa sudah waktu subuh.
Orang Yang Diharuskan Berbuka Puasa
Orang yang diharuskan berbuka puasa ialah :
- Orang yang sakit hilang kekuatan berpuasa
- Orang yang sangat tua dan lemah yang tidak mampu lagi berpuasa
- Orang yang sedang musafir dalam jarak yang mengharuskan qasar solat.
- Wanita hamil yang mungkin mudarat kalau berpuasa
- Ibu yang menyusukan anak yang mungkin susunya kalau berpuasa
- Orang yang tidak dapat menahan lapar dan dahaga serta khuatir akan ditimpa sakit yang berat atau membahayakan kesihatan.
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :
- Makan dan minum dengan sengaja
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan dengan sengaja
- Keluar haid dan nifas
- Gila walaupun sekejap
- Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan seperti hidung, telinga dan sebagainya.
- Mabuk sepanjang hari
- Pengsan sepanjang hari
- Murtad, iaitu orang yang keluar daripada agama islam samada dengan perkataan atau perbuatan
- Mengeluarkan mani dengan sengaja seperti dengan tangan, menonton gambar lucah dan sebagainya. Walaupun bagaimanapun jika air mani terkeluar disebabkan bermimpi atau berkhayal tidaklah membatalkan puasa
Hukum-Hukum Kerana Meninggalkan Puasa
Hukum-hukum kerana meninggalkan puasa terbahagi kepada 4 :
- Wajib qada'
- Wajib qada' dan wajib membayar fidyah
- Tidak wajib qada'
- Tidak wajib qada' tetapi wajib membayar fidyah
1-Wajib Qada' dikenakan keatas orang yang meninggalkan puasa kerana :
- Haid dan nifas
- Sakit yang membahayakan
- Tersangat lapar dan dahaga
- Orang musafir
- Pitam
- Mabuk
- Perempuan yang sedang mengandung berbuka kerana bimbang kesihatan dirinya
- Perempuan yang sedang menyusukan anak (berbuka puasa kerana bimbangkan kesihatan dirinya)
2-Wajib Qada' dan membayar fidyah dikenakan khusus kepada :
- Perempuan yang sedang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan keselamatan bayi dan anaknya, sekira berpuasa
- Perempuan yang sedang menyusukan anak (berbuka puasa kerana bimbangkan keselamatan bayi atau anaknya sekiranya ia berpuasa)
3-Tidak Wajib Qada' khusus kepada orang yang meninggalkan puasa kerana :
- Kafir
- Kanak-kanak
- Gila (sakit jiwa)
4-Tidak Wajib Qada' Tetapi Wajib Membayar Fidyah. Dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa kerana :
- Sakit yang tiada harapan sembuh
- Tua yang tiada kuasa untuk berpuasa
Beberapa Masalah Mengenai Puasa
1- Melewatkan qada' puasa Ramadan :
Orang yang melewatkan qada' puasanya sehingga tiba bulan Ramadan berikutnya , sedang ia mampu untuk berbuat demikian , ia wajib mengqada'kannya serta membayar fidyah iaitu memberi makan fakir miskin satu cupak bagi tiap-tiap satu hari yang ditinggalkan puasanya.
Dan jika lewat 2 tahun , melewati 2 kali Ramadan, wajib berfidyah sebayak 2 cupak dan begitulah seterusnya disamping wajib mengada' puasa yang ditinggalkannya itu.
2-Orang Yang Meninggal Sebelum Mengada' Puasa
- Orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sebab uzur kemudian ia meninggal dunia sebelum sempat mengada' nya umpamanya uzur yang terus menerus sampai mati, ia tidak berdosa. Dengan itu pihak keluargannya tidak wajib mengada' puasanya atau membayar fidyah dari harta peninggalan si arwah.
- Sebaliknya , jika seseorang itu meninggal sebelum mengada' puasanya dengan ketiadaan keuzuran , maka hukumnya menurut juhmur ulama' bahawa pihak keluarganya tidak boleh berpuasa untuknya, tetapi hendaklah membayar fidyah dari harta peninggalan arwah, iaitu memberi makan fakir miskin 1 cupak bagi tiap-tiap 1 hari puasa yang ditinggalkannya.
Melakukan Persetubuhan Ketika Puasa
- Persetubuhan akan membatalkan puasa jika dilakuka dengan sengaja (dalam keadaan sedar) sekalipun tidak keluar air mani.
- Menyebabkan wajib membayar kifarah (denda) selain mengada' puasa bagi pihak lelaki sahaja yang melakukannya (persetubuhan) jika sekiranya:
- Persetubuhan dilakukan pada siang hari
- Persetubuhan dilakukan dengan sengaja (tidak kerana lupa atau dipaksa)
- Puasa yang dilakukan pada bulan Ramadan (bukan kerana puasa nazar,kifarah,puasa qada Ramadan dan lain-lain)
- Tidak didahului pembatalan puasa dengan makan dan minum adan seumpamanya
Kifarat Kerana Bersetubuh
1- Banyak kifarat dikenakan bagi banyak hari, bukan banyak kali persetubuhan dilakukan. Ertinya jika jika seseorang seseorang itu bersetubuh beberapa kali dalam sehari maka diwajibkan hanya satu kifarat sahaja dan jika bersetubuh 2 hari, diwajibkan 2 kifarat dan demikian seterusnya.
2- Satu kifarat atau denda bagi orang yang melakukan persetubuhan ketika berpuasa pada bulan Ramadan:
- Memerdekakan seorang hamba yang mukmin
- Jika tidak mampu memerdekakan hamba, wajib berpuasa 2 bulan berturut-turut. Sekiranya tertinggal walaupun sehari , hendaklah diulangi puasanya semula.
- Jika tidak berupaya melakukannya, wajib memberi makan fakir miskin seramai 60 orang dengan kadar secupak seorang.
Melalui penulisan blog ini diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada kita kearah meningkatkan lagi darjat ketakwaan. Semoga segala amal yang kita lakukan itu akan mendapat penilaian serta keredhaan Allah SWT.
Sumber :
Mimbar Jumaat
10 comments
Write commentsperkongsian yg berguna bro, selamat berpuasa....salam ramadhan
Replygood sharing mselim..:)
ReplyAlhamdulillah...seronok baca entri ini...ini baru namanya panduan penuh berpuasa di bulan ramadan...dalam satu entri semua ada~ terima kasih bro mselim
ReplySalam Ramadhan..Dan Selamat berpuasa buat Ustaz n Family..
Replyinfo menarik
ReplySalam mselim3
ReplyWajib diketahui...bukan sekadar berpuasa, tapi hukumnya juga.
Selamat menjalani ibadah puasa mselim3.
terima kasih berkngsi ilmu...
Replysalam ramadhan..alhamdulillah masih lagi berpuasa penuh sehingga hari ini
ReplyTq utk perkongsian yg sgt bermanfaat.. selamat berpuasa buat MSelim sekeluarga
ReplyASSALAMUALAIKUM.
ReplySALAM RAMADHAN.
MOHON SHARE _ http://jmbelog.blogspot.com/2015/06/panduan-ibadah-puasa-ramadan-lengkap.html
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon