Rahsia Perniagaan Rasullulah Saw Yang Perlu Kita Tahu?

rahsiaperniagaanrasulullah

Assalammualaikum....w.b.t, 

Kepada semua blogger yang dihormati dan kepada silence reader blog nie moga anda semua sihat selalu dibawah rahmat dan kasih sayang-Nya. Hari yang mulia ini, bulan yang mulia bakal menjelang ini iaitu bulan ramadan, pape mselim3 di sini minta maaf andai ada yang terasa andai ada coretan blog mselim3 ini yang menguris perasaan anda semua yang membaca k.... Kalau ada, ...kalau xder xper... abaikan k.


Melalui pembacaan yang mselim3 baca baru-baru ini, "Rahsia Perniagaan Rasullulah Saw". Setiap apa yang kita buat sering sahaja kita hendak mencontohi Nabi kita, Nabi Muhammad saw, junjungan besar kita adalah sebaik-baik contoh dan ikutan sepanjang zaman.Baik daripada segi percakapan, berpakaian,makan dan minum dan lain-lain perkara. Jadi mselim3 berminat nak kongsikan bagaimana dengan "Cara Rasullulah Saw Sukses Dalam Perniagaan" .



Nabi dilatih menjadi seorang pemimpin dalam bidang perniagaan sejak kecil. Ia bukanlah satu proses yang singkat dan mudah. Sebaliknya Baginda menerima "latihan perniagaan" sejak berumur 12 tahun daripada bapa saudara Baginda, Abu Talib. 

Secara ringkasnya, Nabi mengenali dan mempraktikkan perniagaan sejak berumur 12 tahun. Kemudian pada usia 17 tahun,  Baginda memulakan perniagaan sendiri atas dorongan Abu Talib agar Baginda berniaga bagi mengurangkan tanggungan keluarga. 

Kepimpinan sangat diperlukan jika ingin berjaya dan cemerlang dalam perniagaan. Nabi telah diberikan latihan praktikal bagi membentuk daya kepimpinan Baginda. Latihannya adalah sebagai seorang pengembala kambing. Apakah tugas pengembala kambing dengan ciri kepimpinan Rasullulah saw?

1- Keupayaan memberikan arahan 
Para pengembala perlu mengarahkan kambing-kambing ke padang yang mempunyai rumput yang subur dan menghijau. Ingat bukan senang hendak mengarahkan bintang dalam jumlah yang banyak. Apa yang penting adalah kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang amat-amat penting dalam semua perkara termasuklah dalam perniagaan. 

2- Keupayaan Mengawasi 
Para pengembala perlu mengawasi dan membawa pulang kambing-kambing ke kandang agar tidak hilang atau sesat. Kita dalam dunia yang serba canggih ini , manusia pun langgar lampu isyarat. Ini kan hendak mengawasi kambing-kambing. Manusia yang dididik dengan undang-undang sering melanggar undang-undang yang dibuat oleh manusia itu sendiri. Jadi disinilah letaknya keistimewaan dan ketinggian keperibadian Rasullulah saw. Bayangkan bagaimana menjaga ternakan di atas padang pasir yang terbentang luas, kalau seekor sahaja terlepas daripada jagaan mana ada GPS,google dan sebagainya. Fikir-fikirkanlah... 

3- Keupayaan menjaga,mengawal dan melindungi 
Para pengembala perlu menjaga,mengawal dan melindungi ternakannya daripada gangguan pemangsa seperti serigala dan pencuri. 

Berniaga Ala Cara Nabi 

1- Berniaga Kecil-Kecilan 
Rasullulah saw memulakan karier perniagaannya secara kecil-kecilan di kota Mekah. Baginda membeli barangan dari pasar dan menjualnya kepada orang lain. Inilah konsep asas dalam bidang perniagaan iaitu membeli dan menjual. 

2- Mencari Modal dan Pelabur 
Rasullulah saw menerima modal daripada para pelabur yang tidak sanggup menjalankan sendiri mereka. Mereka memberikan kepercayaan kepada seseorang yang mereka anggap jujur dana amanah (al-amin) untuk mengendalikan perniagaan dengan menggunakan harta dan wang mereka. Konsep ini berdasarkan kerjasama mudharabah samada melalui upah atau fee based atau perkongsian keuntungan (profit sharing). 

3- Berakhlak Mulia Sebagai Satu Jenama 
Dalam mengendalikan perniagaan Baginda menunjukkan akhlak yang hebat seperti kejujuran dan keteguhan memegang amanah yang diberikan. Akhlak yang tulus dan luhur salah satu kaedah Baginda melakukan penjenamaan perniagaannya. Baginda sentiasa mengutamakan pelanggan dalam perniagaan Baginda. Kesannya , ramai pemodal di Mekah bekerjasama dengan Rasullulah saw. 
Antaranya isterinya sendiri Khadijah binti Khuwalid menawarkan perjanjian konsep mudharabah (pembahagian hasil) . Melalui kaedah ini, Khadijah bertindak sebagai pemodal manakala Baginda sebagai pengendali modal. 

4- Perniagaan Lelong 
Contoh transaksi ini dapat dilihat melalaui hadis yang diriwayatkan oleh Anas ra. Nabi saw bersabda : "Ada sesiapa yang ingin membeli kain dan bekas minuman ini?" 

Ada seorang yang menawarkannya dengan harga 1 dirham. Kemudian Nabi bertanya sekiranya ada orang yang ingin membelinya dengan harga lebih tinggi.

Lalu datang seorang lelaki menawarkan sebanyak 2 dirham. Baginda menjualkannya kepada orang itu dengan harga 2 dirham. 
(Riwayat a-Tarmizi)

5- Pengunaan Sistem Kredit 
Ketika melakukan transaksi pembelian, kadangkala Nabi menggunakan sistem kredit. Bagi menunjukkan tanda terima kasih Baginda kepada orang yang telah memberikan hutang, Nabi Muhammad sering membayar hutang dengan melebihi harga yang diperoleh. 

Baginda bersabda: "Berikan kepadanya unta tersebut , sebab orang yang paling utama ialah orang yang menebus hutangnya dengan cara paling baik." (riwayat al-Bukhari) 

6- Menggalakkan Orang Lain Berniaga
Rasullulah saw sering menggalakkan dan membantu orang lain berniaga. Antara buktinya ialah sabda-sabda Nabi berikut : 

  1. Berusaha untuk mendapatkan yang halal adalah satu kewajipan, disamping tugasan yang telah diwajibkan."    (Riwayat Baihaqi)
  2. "Tidak ada satupun makanan yang lebih baik daripada yang dimakan daripada hasil keringat sendiri." (Riwayat al-Bukhari)
  3. "Peniaga jujur dan boleh dipercayai akan bersama-sama para nabi,para siddiq dan para syuhada."(Riwayat al-Bukhari) 
  4. "Allah memberikan rahmat kepada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual,membeli, dan membuat pernyataan."(Riwayat al-Bukhari)   

Wang Bukanlah Segala-galanya 
Ya, wang memang penting dalam kehidupan tetapi ia bukanlah satu matlamat hidup. Wang bukanlah segala-galanya, kita perlukan wang untuk hidup tetapi kita bukannya hidup untuk wang. Oleh itu, ikutlah resmi Rasullulah saw. 

Semakin kita senang, semakin kita tunduk kepada Maha Pencipta seperti resminya padi semakin berisi semakin tunduk merendah diri, tapi jangan hidup macam resminya lalang semakin tinggi semakin meninggi diri. Melalui sirah Baginda kita dapat pelajari:

  1. Wang bukanlah modal utama dalam perniagaan. Modal yang paling utama bagi insan ialah kejujuran dan usaha gigih
  2. Akidah dan akhlak tunjang utama dalam perniagaan. Oleh itu, Nabi melarang seseorang menyembunyikan kecacatan barang yang ingin dijual,menipu pembeli pembeli, dan melakukan tindakan yang salah. Sekiranya akidah dan akhlak kuat dan mantap,maka segala masalah dapat diatasi. 
  3. Menguasai ilmu perniagaan. Rasullulah saw menguasai ilmu perniagaan melalui pengalaman. Baginda juga menguasai dan mengetahui kebaikan sesuatu perniagaan dan bahaya riba hingga Rasullulah saw menggalakkkan jual beli dan mengharamkan sistem riba. 
  4. Berusaha gigih untuk memperolehi keuntungan, Bukannya menjalankan perniagaan secara sambil lewa. Bidang perniagaan menuntut para peniaga agar sentiasa gigih dan komitmed terhadap kerja yang dilakukan.  


Sumber : 

Petikan Buku " Solusi 104-105" 
Diolah semula oleh mselim3 

Previous
Next Post »

16 comments

Write comments
lizz
AUTHOR
July 9, 2013 at 7:07 PM delete

Tq share tip ni..bagus banyak manfaatnyer...

Reply
avatar
Chot
AUTHOR
July 9, 2013 at 10:50 PM delete

menarik..tengssss..!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 11, 2013 at 8:18 AM delete

askm good sharing terima kasih! bagus untuk rujukan :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 11, 2013 at 11:37 AM delete

menarik perkongsian ni. lagi2, sekarang ni makin banyak org jalan2 bisness online. terima kasih :)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
July 11, 2013 at 2:00 PM delete

very gd sharing ni tq !

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
July 17, 2013 at 11:59 AM delete

Nice sharing... Mmg perlu strategi camni baru sukses

Reply
avatar
hafiz
AUTHOR
July 17, 2013 at 6:13 PM delete

nice one..jemputlah ke bolg saya..entri terbaru saya juga tentang sunah nabi saw :)

Reply
avatar
September 8, 2013 at 11:00 PM delete

Sesiapa yang ingin menjadi peniaga islamik haruslah mengkaji cara Rasulullah SAW berniaga. Walahualam..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 20, 2014 at 9:21 AM delete

Salam...
Terima kasih atas info yg menarik...

Reply
avatar
HAMIDIsP
AUTHOR
July 23, 2014 at 12:35 AM delete

Assalaamualaikum mSelim. Begitulah yang sepatutnya dilakukan umat Islam apabila berniaga. Jangan kerana ingin mnegejar keuntungan cepat, halal haram diketepi.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 13, 2014 at 6:57 AM delete

Assalamualaikum.... sejuk hati bila baca sirah nabi kita ni kan...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon