Puasa Untuk Allah (Ramdan) |
Tahukah kita apa yang dimaksudkan dengan FIFA. FIFA adalah suatu badan induk Gabungan Bola Sepak Antarabangsa atau Federation International Football Association yang menyeragamkan undang-undang bola sepak di dunia. Sebagaimana nadir atau kebiasaaannya World Cup atau Piala Dunia ini diadakan setiap setiap empat (4) tahun sekali. Piala Dunia ini diadakan ketika umat islam di dunia bakal menyambut ramadan iaitu bulan mulia buat umat islam untuk memperbanyakkan amalan. Tapi sayang , pengisian kita di bulan ramadan ini andai kita penuhkan aktiviti menonton bola sepak. Inilah yang dikatakan ujian bulan ramadan. Bersama-sama kita memperbanyakkan amalan di bulan ramadan seperti membaca al-quran, berzikir dan solat malam atau solat tahajud untuk memohon keredhaan Allah swt. Janganlah kita penuhkan bulan yang mulia ini dengan banyak tengok bola.
Bola sepak ini boleh kita tonton. tetapi janganlah kita menyia-yiakan waktu,dan berlebihan-lebihan atau melampau-lampau sehingga melupakan urusan yang lainnya.
Untuk mengetahui Hukum Tengok Bola anda semua boleh klik kat link ini : Hukum Tengok Bola
Insaallah sesama kita memeriahkan ramadan yang bakal mendatang ini dengan sebaik-baiknya. Buatlah persiapan mental dan fizikal ketika umat islam diuji dengan 'ujian piala dunia".
Kekadang mselim3 cari maksud FIFA ini, dan terjumpa maksud FIFA, menurut pandangan biasa-biasa ala FIFA tak kan itu pun tak tahu? Sebut sahaja FIFA baik yang kecil mahupun yang besar, semua sudah maklum maksud FIFA itu sendiri. Cuba kita tengok maksud FIFA menurut pandangan lain pulak. FIFA bermaksud "Fasting Is For Allah". Puasa untuk Allah sempena World Cup yang selalu jatuh bulan ramadan. Tak Rugi bangun tengok bola, tapi rugi kalau bangun tidak Solat Tahajud, tak Salah bangun tengok bola tapi salah kalau tengok tak Solat Subuh.
Marilah kita meriahkan pesta bola piala dunia ini dengan menghidupkan Ramadan, dan menanti-nanti ramadan yang bakal menjelma nanti.
Meriahkan Ramadan ini, semeriah pesta bola sepak piala dunia yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti oleh semua umat islam di dunia .
24 comments
Write commentsramadan bkal menjelma..demam bola lgi..
ReplyAssalammualaikum mselim3..
ReplyBetul tu..bola-bola jugak..ibadat jangan lupa..solat Tahajud boleh dilakukan semasa rehat separuh masa..
boleh je tgk bola..ibadat jgn gopoh gapah je..hehehhe
Replysalam bro muslim..
Replypkongsian yg menarik.. tertarik utk kongsi
article yg hbat ni
mohon izin utk kongsi..
akan backlink kpada tuan blog :)
setuju dengan ulasan Mselim
ReplyInilah peluang yang ada untuk berlatih menghadapi Piala Ramadhan
internet slow! tadi dah taip..tak tahu lepas ke tak. Nasib baik saya tak minat sangat tengok bola. Kalau nak berjaga tu memang tak lah.
Replypssst: klu dah ada komen y tadi, delete y ni taw mselim3
Nak tengok bola boleh.. tapi berpada2 jgn sampai kita lalai dalam mengerjakan ibadat...
Replyalang2 bangun pukul 3 pagi, baik solat dulu...hehe pahala dapat, doa makbul..insyaallah
Replyterima kasih untuk peringatan untuk kaki-kaki bola macam saya..huhu.memang kena grab peluang ni sebab alang-alang dah bangun kan, takkkan nak rugi macam tu je
Replymungkin juga boleh berqiamullail sementara menunggu pertandingan bermula . tetapi klu berqiamullail di warung mamak utk dapat feel ... pilihan di tangan mereka .
ReplyAndai kita bijak mengurus waktu itu..insyaallah bola itu bukan satu kekangan untuk kita tidak bertahajud sebenarnya..yang penting kita mesti kuat semangat..inilah ujian kita..duniawi..atau ukhrawi..
Replyjrg tgok bola...
ReplyAssalam MSelim3;
ReplyTengok bola jngnlah sampai taksub sgt kan..
Assalammualaikum mselim,
Replyhehe..sesuai sgt entry ni utk time2 demam bola cm gini..nice!bola bola jugak ibadah wajib jgn lupa kan.. ;)
setuju dengan mselim ..terima kasih peringatannya
ReplyJadikan bolasepak piala dunia ini pemangkin untuk kita memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadan kelak. Hiburan perlu ada had tapi beramal tanpa had...
ReplyAssalaammualaikum mSelim. Nampaknya FIFA sebagai pemangkin kepada umat Islam dalam menjalakan ibadah dengan lebih baik sempena bulan puasa yang bakal kunjung tiba..
ReplyThanks MS..kena begi keutamaan kan..untuk yang malas nak bangun sahur tu, bola ni boleh jadi motivasi ..he..he
Replyberpada2 dan jgn berlebihan...cari yg berpahala dulu
ReplyAsalkan tidak berlebih-lebihan dan tidak mengganggu amal ibadat, InsyaAllah, boleh
Replysalam
ReplyMselim, bagus entri ini. santai tapi berisi
Perkongsian yang baik, mselim3. kalau yang jam 3 pagi tu elok sangat lah tu..bangun dan sahur terus.. :D
ReplyEntry menarik Mselim.. sama2 jadikan panduan
Replyperkongsian yg baik.. seharusnya ihya' ramadhan lebih meriah dari pesta bola..
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon