Kisah Isteri Rasullulah Saw : Safiyah Binti Huyay

kisahsafiyahisterirasullulah
Gambar Hiasan-Wanita Hiasan Dunia

Nama penuhnya ialah Safiyah binti Huyay binti Akhthan bin Sa'yah. Dia termasuk dalam keturunan Nabi. Harun as. Safiyah merupakan seorang wanita yang cerdas,dihormati dan mempunyai paras rupa yang cantik. Sebelum memeluk islam dia berkahwin dengan Salam bin Abi al-Haqiq. Setelah itu, dia berkahwin dengan Kinanah bin Abi al-Haqiq. Kedua-duanya adalah penyair Yahudi. 


Kinanah terbunuh semasa perang Khaibar. Safiyah termasuk wanita yang ditawan bersama-sama wanita yang lain.

Bilal bin Rabah mengiringi Safiyah dana anak perempuan bapa saudaranya. Mereka melalui tanah lapang yang penuh dengan mayat orang Yahudi. Safiyah diam dan tenang. Dia tidak sedih dan tidak pula meratap dan menjerit menaburkan pasir ke atas kepalanya.


Kedua-duanya dihadapkan kepada Rasullulah saw. Safiyah dalam keadaan sedih namun tetap diam dan tenang. Safiyah dengan penuh perasaan menyatakan tidak suka pada wajah baginda. Kemudian baginda Rasullulah memandang Safiyah dengan pandangan yang ramah dan lembut, kemudian bersabda kepada Bilal ,"Wahai Bilal aku berharap kamu mendapat rahmat ketika kamu bertemu dengan wanita yang suaminya terbunuh,"


Safiyah dipilih Baginda, Baginda menghulurkan seledang baginda kepada Safiyah sebagai tanda bahawa Rasullulah saw telah memilihnya untuk dirinya. Namun, kaum muslimin tidak mengetahui samada Safiyah diambil oleh Rasullulah sebagai isteri,hamba atau anak.

Ketika baginda memberikan hijab kepada Safiyah barulah mereka tahu bahawa Rasullulah saw telah mengambilnya sebagai isteri. Dalam hadis yang diriwayatkan anas ra, semasa Rasullulah saw mengambil Safiyah binti Huyay baginda bertanya kepadanya,"Mahukah kamu menjadi isteriku?"

Safiyah menjawab,"Wahai Rasullulah saw sebenarnya aku telah berangan-angan menjadimu manakala Allah telah menentukan aku memeluk islam?"

Kemudian ketika Safiyah suci Rasullulah saw menikahinya, maharnya adalah kemerdekaan dari Safiyah sendiri. Rasullulah saw menanti sehingga Khaibar kembali tenang. Setelah baginda merasakan perasaan pada diri Safiyah telah hilang Baginda mengajak Safiyah pergi.

Baginda membawa Safiyah di belakangnya kemudian menuju ke sebuah yang berjarak enam batu dari Khaibar. Nabi saw mahukan Safiyah ketika itu namun dia menolaknya. Ada rasa kecewa pada diri Nabi kerana penolak itu.


Kemudian, Rasullulah saw meneruskan perjalanannya ke Madinah bersama bala tenteranya. Ketika mereka sampai di Shabba' jauh dari Khaibar. Mereka berhenti untuk berehat. Pada saat itulah timbul keinginan untuk mengadakan walimatulurus Baginda dan Safiyah. Ummu Anas bin Malik ra datang. Dia menyisir rambut Safiyah, menghias dan memberikan wangian. Ummu Anas semenangnya pakar dalam menghias pengantin.

Ummu Sinan al-Aslamiyah berkata bahawa dia belum pernah melihat wanita  yang lebih putih dan cantik daripada Safiyah. Walimatul urus berlangsung kamu muslimin memakan makanan lazatnya iaitu kurma, mentega dan keju Khaibar sehingga kenyang.
Rasullulah saw masuk ke bilik Safiyah sedangkan masih terbayang baginda penolakan Safiyah semasa ajakan baginda yang pertama. Safiyah menceritakan dengan lembut sebuah cerita yang menakjubkan dimana semasa malam pertamanya dengan Kinanah bin Rabi'.

Pada malam itu, dia bermimpi bulan jatuh ke biliknya. Semasa terjaga daripada tidur Safiyah menceritakan hal itu kepada Kinanah. Dia berkata dengan marah,"Mimpimu tidak ada takwil lain melainkan kamu berangan-angan mendapat raja hijjaz Muhammad saw." Kinanah menampar wajah Safiyah dengan kuat sehinggakan berbekas.

Nabi saw mendengar certita sambil tersenyum kemudian berkata:"Mengapa kamu menolak ketika bersama kali pertama?" Dia menjawab kerana dia khuwatir."Wajah Nabi yang mulia menjadi berseri-seri dan lenyaplah kekecewaannya hatinya. Nabi pun menjalani malam pertama bersama Safiyah ketika Safiyah berumur 17 tahun.

Ketika rombongan sampai di Madinah. Rasullulah saw memerintahkan agar pengantin (Safiyah) tidak bersua dengan isteri-isteri Rasullulah saw yang lain. Baginda menurunkan Safiyah di rumah sahabatnya yang bernama Harishah bin Nu'man. Ketika wanita-wanita Ansar mendengar berita itu datang untuk melihat kecantikannya.

Aisyah ra keluar sambil menutup dirinya agar tidak dilihat Nabi. Kemudian dia masuk ke rumah Harishah bin Nu'man. Isteri-isteri Rasullulah saw mencemburi kecantikan Safiyah.

Safiyah kemudian berpindah ke rumah Nabi dan ini menimbulkan kecemburuan isteri-isteri Rasullulah yang lain kerana kecantikannya. Mereka juga mengucapkan selamat atas perkahwinan baginda. Bahkan dengan nada mengejek mereka mengatakan mereka adalah wanita quraisy sedangkan Safiyah adalah wanita Yahudi. 

Suatu ketika sampai keluar daripada mulut Hafsah,"Anak seorang yahudi." Kata-kata Habsah menyebabkan Safiyah menangis. Ketika itu, Nabi masuk sedangkan Safiyah masih dalam keadaan menangis. Baginda bertanya:"Apakah yang membuatmu menangis?" Dia menjawab:"Habsah mengatakan kepadaky bahawa aku adalah anak seorang Yahudi." 

Rasullulah saw bersabda,"Sesungguhnya kamu adalah seorang Nabi dan bapa saudaramu juga adalah seorang Nabi, suami kamu juga seorang Nabi lantas dengan alasan apakah mereka mengejekmu?" Kemudian baginda bersabda kepada Hafsah,"Bertakwalah kepada Allah wahai Hafsah"

Kata-kata Nabi itu menjadi penyejuk,keselamatan dan keamanan bagi Safiyah. Jika dia mendengar lagi ejekan daripada isteri Nabi yang lain, dia pun berkata:"Bagaimana kamu semua lebih baik daripadaku, padahal suamiku adalah Muhammad , ayahku adalah harun dan bapa saudaraku adalah Musa .

Safiyah meninggal dunai semasa berumur sekitar 50 tahun, pada zaman Muawiyah. Dia dikebumikan di Baqi bersama ummul mukminin yang lain. Semoga Allah meredhai mereka. 

.........aku telah berangan-angan untuk menjadi isterimu ketika masih musyrik. Bagaimana mungkin aku menjadi isterimu.....


Sumber : 100 tokoh Wanita Di Sisi Rasullulah Saw 
Previous
Next Post »

26 comments

Write comments
Niesa
AUTHOR
June 10, 2014 at 11:36 AM delete

Seorg lagi isteri Rasullulah yg niesa kenal hari ni...hehe..thanks for sharing mselim..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 10, 2014 at 12:05 PM delete

para isteri Rasulullah juga ada sifat cemburu . ini kan pula kita yg insan biasa ...

Reply
avatar
dear anies
AUTHOR
June 10, 2014 at 12:17 PM delete

KERANA ITULAH DIA MENJADI ISTERI RASULULLAH SAW

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 10, 2014 at 12:57 PM delete

Salam mSelim. Bertuahnya menjadi isteri Rasulullah kan..

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
June 10, 2014 at 1:11 PM delete

Alhamdulillah..dapat mengenali seorang lagi isteri rasulullah saw..

Thanks MS..

Reply
avatar
sitirohaida
AUTHOR
June 10, 2014 at 2:12 PM delete

hebatnya Dia,,,nice sharing mselim

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 10, 2014 at 3:53 PM delete

bila baca cerita tentang Rasulullah rasa tenang jer

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 10, 2014 at 4:32 PM delete

sungguh hebat yang bernama safiyyah ni ..berani, seorang isteri yang tabah .. isteri skrg, pung pang pung pang sikit, cerai..hehehehe.. wallahu'alam

Reply
avatar
Nurulhidayah
AUTHOR
June 10, 2014 at 6:38 PM delete

Hebat2 kisah isteri Nabi ni..

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
June 10, 2014 at 8:47 PM delete

Assalamualaikum MSelim3:

Subhanallah.. baru tahu ttg kisah ni.. T kasih atas perkongsian ilmu ye. Semoga diberkati kehidupan... aamiin..

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
June 10, 2014 at 11:46 PM delete

amin good sharing bro..
byak ilmu baru dpat

Reply
avatar
cikpinz
AUTHOR
June 11, 2014 at 9:25 AM delete

Assalammualaikum mselim3..
perkongsian yang menarik untuk semua..

Reply
avatar
June 11, 2014 at 10:21 AM delete

Boleh dijadikan contoh buat wanita hari ini.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 11, 2014 at 10:31 AM delete

Bertuah Safiyah... :)

Reply
avatar
Lurvenuqmans
AUTHOR
June 11, 2014 at 11:27 AM delete

pernah dengar nama. hari ni baru bersua sejarahnya...
semoga murahrezeki dengan sebaran sejarah2 nabi. terimakasih =)

Reply
avatar
June 11, 2014 at 12:46 PM delete

Alhamdulillah ..terima kasih MS sudi berkongsi kisah hebat ini ..

Reply
avatar
arzmoha
AUTHOR
June 11, 2014 at 2:39 PM delete

terima kasih selim atas perkongsian. ramai nabi isteri tapi yang tahu hanya beberapa. Blog Mselim3 banyak kisah-kisah sejarah Islam yang boleh menjadi bahan bacaan

Reply
avatar
mrhanafi
AUTHOR
June 12, 2014 at 6:32 AM delete

terlalu menarik kisah ini..teruja untuk membacanya!

Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 13, 2014 at 9:26 AM delete

Alhamdulillah...Thanks for info and sharing..

Reply
avatar
Mia Liana
AUTHOR
June 14, 2014 at 8:38 AM delete

hebatnya kisah nabi ni.... alhamdulillah...

# terima kasih sudi join, blog ini ada dalam senarai http://www.mialiana.com/2014/06/senarai-url-blog-5.html

Reply
avatar
NMA
AUTHOR
June 16, 2014 at 1:30 PM delete

nice entry bro... semoga kita sama2 mendpt manfaatnya :)

Reply
avatar
June 17, 2014 at 10:40 AM delete

Dulu saya ada satu buku tentang cerita isteri-isteri nabi, tapi ia sudah hilang, tapi saya masih ingat akan cerita safiah ini

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon