7 Jenis Mata Yang Dicintai Allah



Mata adalah anugerah yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Dengan mata juga dapat kita melihat dan menyukuri nikmat yang diberikan olehNya kepada kita. Tetapi sejauh manakah rasa syukur kita dalam menghargai mata yang diberikan ini. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum apakah 2 jenis mata yang tidak disentuh api neraka iaitu mata yang takutkan neraka Allah swt dan mata yang berjaga malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah swt. Sekarang mari pula kita lihat 7 mata yang bagaimanakah agar kita lebih dicintai Allah :


1- Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah jihad pada jalan Allah. 
Mata mereka atau orang yang sentiasa melaksanakan perintah jihad pada jalan Allah.

2- Mata yang menitis air matanya kerana takutkan kebesaran Allah
Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran Allah

3- Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.
Bab menahan mata daripada memandang perkara yang haram seperti memandang aurat wanita yang mahram. Perkara ini agar sukar untuk kita amalkan atau kita praktikkan dalam dunia IT global ini, tetapi jika kita mempunyai hati yang tekad dan kuat cuba menjaga pandangan mata itu adalah yang terbaik.

4- Mata yang memerhati kejadian Allah
Banyakkan memerhati dan merenungkan akan ciptaa Allah ini untuk menginsafi diri. Lihatlah kejadian langit. Tidakkah kita terfikir bergitu unik dan takjub dengan ciptaan Allah ini. Cuba kita cari atau berfikir sejenak. Dimanakah letaknya "tiang langit". Dapatkah kita sebagai manusia biasa ini menciptakan rumah yang tidak bertiang. Tentu mustahil kan!.

Maka mata yang digunakan untuk tujuan memerhati kejadian seperti inilah yang sangat-sangat disukai oleh Allah. Tidaklah perlu mempunyai sepasang mata yang cantik, tetapi apa yang penting adalah cara kita mensyukuri anugerah mata ini dan menggunakan nikmat mata ini dengan sebaik-baiknya.

5- Mata yang memandang kitab Allah iaitu al-Quran (membaca,mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan)
Untuk dapat mata jenis ini agar lebih dicintai Allah pula, kita hendaklah memperbanyakkan membaca al-Quran seharian. Membaca al-Quran ini pula,bukanlah sekadar membaca al-Quran tetapi apa yang penting adalah kita harus dan mesti cuba untuk mengambil pengajaran apa yang terkandung dalam al-Quran dan cuba untuk mengamalkan pula dalam kehidupan seharian.

Dalam untuk membaca al-Quran ini pula, kita perlukan strategik agar kita sentiasa bermotivasi dan sentiasa cuba untuk membaca dengan sebaik mungkin dengan bertaranum serta menjaga tartil-tartil bacaan seni al-Quran. Bacalah al-Quran , kerana al-Quran adalah bukti kekuasaan dan bukti mukjizat Rasullulah saw yang masih ada sehingga ke hari ini. Sayangilah al-Quran dan cium al-Quran selepas habis baca al-Quran moga di sana nanti al-Quran menjadi syafaat kepada para pembacanya. Banyakkanlah membaca al-Quran tidak kira dimana jua kita berada samada di dalam bas,sekolah,di dalam kereta dan sebagainya.

Motivasi mselim3 untuk baca selalu al-Quran adalah amalkan bacaan surah-surah tertentu dan cuma hafalkan. Jika kita membaca surat khabar atau majalah hiburan tidak pernah penat atau bosan, tapi cuba baca al-Quran 2 minit saja dah bosan. Ini adalah dugaanNya untuk kita melakukan amalan yang baik. Amalan yang tidak baik itu sentiasa sahaja seronok dan tidak pernah rasa bosan atau jemu ini kerana hati kita telah ditanamkan dengan benih syaitan agar membenci amalan yang baik-baik dan suka kepada perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia.

Jadi bersedialah untuk berubah kearah kebaikan moga kita menjadi insan yang dicintai oleh Allah swt.

6- Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.
Mata yang memandang orang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang bukan pula kita memandang orang miskin dengan pandangan yang hina dina. Siapalah kita untuk menghukum seseorang manusia yang miskin itu hina atau mulia.

Allah menciptakan kita sesama manusia itu adalah sama apa yang membezakan seseorang hamba itu dengan Allah adalah tidak lain hanyalah iman dan takwa. Maka jika anda maupun mselim3 pandanglah orang miskin dengan pandangan kasih dan ikhsan. Manalah tahu, suatu hari nanti nasib kita seperti orang miskin itu siapa tahu, semua itu tidak mustahil. Mungkin hari ini kita senang kaya dan mewah tapi siapa tahu esok-esok nanti kita akan miskin. Kekayaan itu bukanlah perkara yang perlu dibangga-banggakan.


ingat5perkarasebelum5perkara


Tapi percayalah bahawa kekayaan itu adalah satu amanah yang mesti kita pikul dan kita laksanakan sebaik mungkin. Orang kaya lazimnya perlu membayar cukai harta atau zakat wang simpanan atau zakat perniagaan. Bukankah itu semua adalah amanah. Apa yang nyata hidup ini adalah amanah yang mesti tidak kita kena tunaikan kewajiban atasnya. Apa yang penting kaya hati adalah lebih baik daripada kaya harta. Untuk ingatan ini kekadang mselim3 suka ambil ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara untuk renungan bersama .

7- Mata yang berjaga malam di jalan Allah.
Mata ketegori ini adalah mereka yang rajin dalam berjaga malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Solat malam yang dipenuhi dengan solat-solat sunat, seperti solat tahajud,solat sunat tasbih,solat sunat mutlak dan sebagainya.

Kredit : Sumber 
Previous
Next Post »

35 comments

Write comments
dear anies
AUTHOR
June 17, 2014 at 9:09 AM delete

mata sy di mana ya?
terima kasih krn berkongsi

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
June 17, 2014 at 9:36 AM delete

Assalaamualaikum mselim. Bagaimana pula dgn ganjaran yg Allah kurniakan apabila kita menjaga mata dari memandang perkara2 haram, godaan mata yg plg sukar untuk dijaga..

Reply
avatar
Anizz Annisa
AUTHOR
June 17, 2014 at 9:53 AM delete

entry yg sgt berguna.. terima kasih atas ingatan dan perkongsian..

Reply
avatar
June 17, 2014 at 10:34 AM delete

MasyaAllah..peringatan yang baik untuk dijadikan pedoman...

Reply
avatar
sitirohaida
AUTHOR
June 17, 2014 at 10:36 AM delete

ingin menjadi 7 mata yang dicintai Allah swt..

Reply
avatar
hajar
AUTHOR
June 17, 2014 at 11:07 AM delete

smg kita sentiasa menjaga mata kita...

Reply
avatar
PCL
AUTHOR
June 17, 2014 at 12:31 PM delete

Salam mselim ; .. zikir kpd Allah akan membuat redha Yang Maha Penyayang, akan membuat Syaitan kecewa, akan menghilangkan kesedihan berpanjangan dan akan membuat timbangan pahala menjadi berat . wallahu'alam

Reply
avatar
June 17, 2014 at 1:02 PM delete

Semoga mendapat manfaat daripada entri ini ..Tq MS sudi berkongsi..

Reply
avatar
Blog Santai
AUTHOR
June 17, 2014 at 1:50 PM delete

Jom sama-sama pelihara mata kita..semoga ianya dicintai Allah...

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
June 17, 2014 at 1:54 PM delete

Assalammualaikum mselim,
thanks utk perkongsian ni..semoga kita sentiasa menjaga mata drpd segala bentuk kemungkaran.. :')

Reply
avatar
Asha Lya
AUTHOR
June 17, 2014 at 3:52 PM delete

insyallah..sukarnya nak menjaga mata

Reply
avatar
cikpinz
AUTHOR
June 17, 2014 at 4:43 PM delete

Assalammualaikum mselim3..
mata adalah anugerah Allah yang paling berharga untuk kita..nice sharing..

Reply
avatar
Montana
AUTHOR
June 17, 2014 at 5:37 PM delete

Terima kasih atas perkongsian..Allah Zidka Khaira

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 17, 2014 at 8:48 PM delete

Salam mselim...

Semoga kita dapat "menjaga" mata kita sebaik mungkin...

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
June 17, 2014 at 11:15 PM delete

setuju bro muslim..mata hati smua kena jaga..
thank sharing..
mnarik sangat pkongsian

Reply
avatar
June 18, 2014 at 7:53 AM delete

Perkongsian yang berguna. Kena ada salah satu daripada senarai ini insyallah selamat.

Reply
avatar
Syimi
AUTHOR
June 18, 2014 at 11:41 AM delete

Semua kisah di blog ini amat menarik hati saya. Ada beberapa artikel saya ambil dan InshaAllah saya meletakkan link blog ni. Syukran

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
June 18, 2014 at 2:56 PM delete

Assalam MSelim3;
In shaa Allah.. semoga kita semua sentiasa memelihara mata ini agar dicintai Allah sentiasa... aamiin..

Reply
avatar
Nurulhidayah
AUTHOR
June 18, 2014 at 4:19 PM delete

Perkongsian yang menarik Mselim.. terfikir, mata Nurul kategori yang mana.. urmmm

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 18, 2014 at 4:52 PM delete

salam tuan blog, terima kasih atas perkongsian ilmu tuan.. semoga kita sama-sama perlihara pandangan mata kita drpd segala benda yang terlarang..

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
June 18, 2014 at 9:23 PM delete

perkongsian yg baik.. sama2 kita usaha agar termasuk dalam golongan tu..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 18, 2014 at 9:57 PM delete

semoga kita sentiasa menjaga pandang terutama ketika menjalani ibadah ramadhan nanti ...

Reply
avatar
June 19, 2014 at 1:58 AM delete

mata anugerah Allah..nk jga pun bukn senang..tmbh2 utk glongn lelaki..semoga diambil iktibar..

Reply
avatar
ZaridaIshak
AUTHOR
June 19, 2014 at 7:51 AM delete

dari mata juga kita boleh mendapat rahmat Allah. Subhanallah!

Reply
avatar
Shahrul Yusof
AUTHOR
June 19, 2014 at 5:53 PM delete

Dari mata turun ke hati. Kerana mata, kita mampu peroleh pahala dan juga dosa. Bergantung pada iman kita untuk menjaganya.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 19, 2014 at 6:43 PM delete

perkongsian yg terbaik mselim
moga kita menjadi mata terbaik yg disukai oleh Allah
moga amalan kita sentiasa ikhlas keranaNya
sorry..lama x blogwalking. arini line tenet macam dah ok sikit. alhamdulillah..rindu nak blogwalking

Reply
avatar
Mime MF
AUTHOR
June 20, 2014 at 2:46 PM delete

perkongsian yg bermanfaat...emm mata sy yg mana satu ye..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 20, 2014 at 4:24 PM delete

Peringatan untuk diri sendiri. Semoga lebih banyak artikel seperti ini dapat diterbitkan oleh blog ini.

Reply
avatar
June 20, 2014 at 6:05 PM delete

jadikanlah mata kami ini mata yang engkau redhoi ya Allah

Reply
avatar
SalbiahM
AUTHOR
June 21, 2014 at 8:46 PM delete

Kerana mata...boleh tambah dosa atau tambah pshala -muhasabah diri yang sering memandang yang lagha..Astaghfirullah

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon