Assalammualikum...w.b.k,
Kepada "silence reader blog nie dan kepada kekawan yang tidak putus-putus menyokong blog mselim3 nie. Perkongsian mselim3 hari ini adalah perihal sikap tergopoh-gapah ini. Sikap tergopoh gapah ini banyak keburukan daripada kebaikan jika dikaji. Ini kerana tergopoh-gapah ini menyebabkan sesuatu perkerjaan yang dilakukan adalah kebiasaannya tidak sempurna dan sering sahaja tergendala.
Sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri , Rasullulah saw menganjurkan agar kita sering tenang dan bersiap siaga walau apa pun dugaan dan rintangan yang mendatang. Ini kerana dengan tenang kita dapat berfikir secara rasional dan bukan berfikir secara emosional. Ini sesuai dengan sabda Rasullulah saw :
Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang". (HR Muslim)
Nabi saw. bersabda, "Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan, sopan santun dan merendah diri." (HR. Ad-Dailami)
Nabi saw. bersabda, "Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala". (HR Abu Ya’la dan Al-Baihaqi)
Dari Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Tenanglah wahai Aisyah! Allah menyukai hal itu. Bersikap ramah dan sabarlah dalam setiap perkara." (HR Bukhari)
Dari Abu Qatadah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila muazin telah iqamat untuk solat, maka janganlah kamu berdiri lebih dahulu, sebelum melihatku berdiri di hadapanmu dan hendaklah kamu bersikap tenang." (HR. Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "Apabila kamu mendengar iqamat, maka pergilah solat berjemaah dan hendaklah bersikap tenang dan tenteram, jangan tergesa-gesa. Dalam keadaan bagaimana saja pun mereka kamu dapati, maka solatlah kamu bersama mereka, mana yang kamu ketinggalan, sempurnakanlah kemudian." (HR Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasaai & Ahmad)
Wallahu a'lam.
Kredit : Sumber
Entry Lepas ini : 40 Hadis Palsu Popular
10 comments
Write commentsSalam, bagaimana pula dengan sesetengah orang yang terlalu nak cepat dalam segala hal?
Replynice sharing..
Replymoga kita dijauhi dari sifat syaitan.. amin
betul tu , KA setuju sgt !
Replytq selim share yg bermanfaat
ReplyThanks share :)
Replydalam membuat sesuatu tu, kita kenalah bertenang kan mselim, tak perlu terburu2 dan gopoh gapah...
Replytu le kadang nak cepat. tak sedar kita sbnrnya gopoh sgt.tq share
ReplyAssalammualikum... sentiasa panas,
ReplyKalau kita hendak disayangi Allah kenalah bertenang dan berlemah lembut.
Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang". (HR Muslim)
mselim3
terima kasih di atas perkongsian dan peringatan ini mselim..
ReplyKetenangan adalah untuk orang yang menang
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon