Kenapa mselim3 Memiliki Blog?


Assalammualaikum.... w.b.k, 

kepada pembaca blog mselim3 dan kepada kekawan yang menyertai segmen mialiana.com , minta maaf bebanyak andai kehadiran entry ini ditunggu-tunggu.... 

mselim3 sebenarnya tak tahu entry terbaik apa yang ingin mselim3 sajikan untuk tatapan segmen mialiana.com tapi demi tak menghampakan kekawan mselim3 dan peserta segmen maka terhasillah entry ini...

Siapa itu mselim3. 

Insan biasa sahaja,seorang suami,pekerja, dan juga seorang student di kolej swasta yang sama dengan mialiana.com . Kolej yang dimaksudkan itu ialah Open Universiti Malaysia. 

Sebenarnya mselim3 berkecimpung dalam dunia blog nie semenjak september tahun 2010. Namun tahun 2012, mselim3 mula aktif dan dikenali. Diawal dahulu mselim3 buat blog ini adalah untuk promote susu kambing kambing keluaran hr marketing. 

Tetapi setelah difikir-fikirkan mselim3 ambil keputusan "tukar angin" kepada blog yang lebih kepada islamik. Walaupun mselim3 belajar di oum dalam bidang pengurusan sumber manusia, tapi sangat-sangat meminati ilmu agama . Mselim3 mula membaca buku-buku ilmiah dan kongsikan di entry mselim3.

Di saat tu lah, mselim3 mula mempelajari pelbagai segi ilmu pengetahuan untuk bertahan dalam dunia blog ini. Dunia blog memerlukan kita mengetahui ilmu tentang nuffnang,seo,ping artikel melalui pembacaan untuk tambah ilmu tanpa jemu. 

Alhamdulillah...sekarang ini, mselim3 dah ada pembaca setia,dan kekawan yang tak putus-putus menyokong blog ini. Traffik blog mula meningkat di situlah baru kita rasa berbaloi-baloi kan... kata orang putih "no pain, no gain" tanpa kesakitan tiada kejayaan k...

Tujuan utama berblog ini, adalah sekadar berkongsi dengan kekawan tentang ilmu yang perolehi melalui pembacaan agar ilmu agama yang diperolehi itu dapat disebarkan2 kan untuk pengetahuan bersama. Fahamilah bahawa ilmu itu adalah satu anugerah yang dipinjamkan sementara untuk disebarkan untuk manfaat bersama. 

Tetapi pula diingat, "ada ilmu tanpa amal pun tidak berguna ibarat pokok yang tidak berbuah" k. 

Selain itu, mselim3 minat menyertai segmen untuk tambah kenalan dan bertukar-tukar pandangan atau buah fikiran dengan kekawan. Kepada yang sudi2 nak kenal mselim3 jangan lupa visit mselim3 k di http://mselim3.blogspot.com . 



Sekian saja daripada mselim3, 

pls: 

Bulat Air Kerana Pembentung, 
Bulat Manusia Kerana Muafakat,
Hidup atau Mati Blogger Itu Adalah Sikap Ukhuwah Yang Terbentuk dan Saling Sokong Menyokong Antara Satu Sama Lain.
Tanpa Blogger Lain Siapalah Anda.... 

Previous
Next Post »

14 comments

Write comments
Perling Putih
AUTHOR
August 31, 2013 at 12:13 AM delete

Salam mselim3, semoga anda terus maju dengan blog anda. Salam merdeka

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
August 31, 2013 at 12:27 AM delete

Waalaikummusalam... PP,

Terima kasih bebanyak atas sokongan yang diberikan pada mselim3 selama ini.

mselim3

Reply
avatar
Bin Muhammad
AUTHOR
August 31, 2013 at 12:29 AM delete

Assalamualaikum,
Kini lebih mengenali mselim3...Semoga terus maju jaya dlm blogging dan memberi perkongsian bermanfaat buat kami yg dahagakan ilmu dan peringatan...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 31, 2013 at 12:32 AM delete

salam perkenalan antara blogger :)
teruskan berblogging...

Reply
avatar
August 31, 2013 at 7:38 AM delete

Assalamu’alaikum … Mohd Selim Zainal

Buah mengkudu ditepi perigi
Buah semangka didalam semak
Ilmu yang ada mari berbagi
Dari sedikit menjadi banyak

Beli jeruk di toko pak Putu
Jangan lupa beli tomat
Marilah kita saling bantu-membantu
Agar hidup lebih bermanfaat

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
August 31, 2013 at 7:59 AM delete

salam merdeka mselim3 =)

Reply
avatar
Asyik Izas
AUTHOR
August 31, 2013 at 1:17 PM delete

mcm pernah jumpa jea MSELIM ni..HEHE.. :p

Reply
avatar
Azim Aris
AUTHOR
September 1, 2013 at 2:49 PM delete

truskan berblog mselim...dan teruskan mnyebarkan syiar islam

Reply
avatar
زليخا
AUTHOR
September 1, 2013 at 10:19 PM delete

iqa dulu start berblog sbb nak tiru org. hak3.. tahhape2 kan.. org ada blog, kita pon nak ada blog jugaklah..

Reply
avatar
Mia Liana
AUTHOR
September 4, 2013 at 12:02 AM delete

salam meselim3...

blog ini telah direview

http://www.mialiana.com/2013/09/review-8-kenapa-mselim3-memiliki-blog.html

Reply
avatar
ERAZ FADLI
AUTHOR
September 4, 2013 at 12:06 AM delete

mselim pelajar OUM ke? center mana? program ape?

Reply
avatar
September 4, 2013 at 12:32 AM delete

salam perkenalan daripada saya..dah follow ya

http://ainimrashihah.blogspot.com

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
September 4, 2013 at 9:26 AM delete

Assalammualikum...eraz,

mselim3 centre JB kat stulang laut, program HRM...

mselim3

Reply
avatar
September 25, 2013 at 9:04 AM delete

Semoga Allah panjangkan umur Tuan untuk terus beramal

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon