Sifat Pemurah Rasullulah Saw Bagaikan Angin Kuat Yang Berhembus.

bersedekah


Rasullulah saw adalah seorang yang amat pemurah dan suka mengeluarkan bantuannya dalam mengharapkan keredhaan Allah swt. lebih-lebih lagi dalam bulan puasa, sifat pemurah Rasullulah saw adalah bagaikan angin kuat yang berhembus maksudnya sangat pemurah, sehingga tangannya yang sangat mulia itu tidak menahan sesuatu apapun, kecuali disedekahkan semuanya oleh Baginda. 



Saidina Ali ra menghuraikan sifat-sifat Rasullulah saw berkata: "Rasullulah saw adalah sepemurah-murah manusia, berlapang dada (selalu memaafkan), benar ucapannya, menepati janji, berlemah lembut, paling mulia pergaulan dengan orang lain. Siapa yang melihat Baginda Rasullulah saw pasti dan segan, sahaja yang berhubung dengannya pasti akan mencintainya.

Orang yang menghuraikan dengannya pasti mengatakan: "Belum pernah aku melihat seseorang pun, baik sebelum ini atau sesudah Baginda saw dalam segala keadaannya. Tidak pernah baginda saw diminta sesuatu, melainkan pasti Baginda saw akan memberinya." 

Pada suatu hari datang seorang lelaki kepada Baginda saw dan meminta sesuatu daripada baginda. Baginda memberikan orang itu kambing yang banyak sehingga memenuhi antara dua gunung. Orang ini kembali kepada kaumnya dan berkata:"kawan-kawan, silalah kamu semua masuk ke dalam agama islam. Sebab Muhammad itu bila memberikan sesuatu pemberian, Baginda memberikan semuanya sekali seakan-akan Baginda tidak takut akan jatuh miskin dengan pemberiannya itu. Tidak pernah Baginda diminta sesuatu kemudian Baginda menjawab:"Tidak".

Suatu ketika Baginda saw menerima wang sebanyak 90 dirham, lalu diletakkan di atas tikar. Wang dibahagi-bahagikan. Tiada seorang pun yang meminta melainkan dibahagikan kepadanya oleh Baginda sehingga habis semuannya. Setelah itu ada orang lain pula yang datang dan meminta sesuatu, kemudian Baginda saw bersabda: "Sayang sekali saya sudah tidak punyai apa-apa lagi. Tetapi belilah sesuatu dengan berhutang dan hutangnya itu dibawah tanggungan saya. Kalau ada rezeki , saya akan membayarnya." 

Umar ra yang menyaksikannya sendiri peristiwa itu lalu menyanggah:"Ya Rasullulah saw Allah swt tentunya tidak akan memaksa sesuatu yang tuan tidak mampu melakukannya." Nabi saw agak kurang senang mendengar ucapan Umar ra itu. Tiba-tiba orang tadi berkata (mungkin malaikat) : 
"Belanjakanlah hartamu den janganlah kamu takut kekurangan dari Tuhan yang menguasai Arasy." 

Baginda menampakkan kegembiraannya  dan ini jelas tergambar pada wajah  Baginda yang mulia itu diriwayatkan oleh Tirmizi. 
Suatu peristiwa lagi iaitu sewaktu Rasullulah saw selesai dalam peperangan Hunain. Kemudian datang beberapa orang dari perdalaman (arab badwi) yang meminta sesuatu, sehingga Baginda didesak ke suatu pohon dan ditarik selendang baginda saw lalu Baginda saw bersabda: 

"Berikan kembali selendangku itu. Andaikata saya memiliki harta yang banyak bagaikan dedaun pepohon ini, pasti aku berikan semuanya kepadamu. Kamu semua tidak akan melihat diriku ini seorang yang kedekut,pendusta atau penakut."
~Riwayat  Bukhari~

Petikan : 

Buku "Ihya' Ulumuddin" 
Halaman 659-662
Imam Al-Ghazali
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
August 29, 2013 at 1:14 PM delete

semoga kita dapat mencontohi sifat2 mulia dan terpuji Rasulullah SAW...

Reply
avatar
زليخا
AUTHOR
August 29, 2013 at 4:09 PM delete

subhanallah. nak jugak jadik pemurah mcm Rasulullah ni.

Reply
avatar
ajax85
AUTHOR
August 29, 2013 at 4:25 PM delete

sy ni bapa lah kedekutnya...minta2 jadi pemurah seperti nabi kita

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 29, 2013 at 4:55 PM delete

betapa mulianyer sifat Rasullullah saw !

Reply
avatar
Mrs Velentine
AUTHOR
August 30, 2013 at 4:14 PM delete

salam mselim..mmg kurang aktif..agak busy..banyak kerja yang nak kena selesaikan

Reply
avatar
September 25, 2013 at 9:06 AM delete

Rasulullah SAW memang contoh tidak terkalah

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon