Assalammualaikum...w.k.t,
Oleh itu, mselim3 usulkan kepada kekawan yang sekadar ingin tambah pengetahuan tentang hadis palsu yang popular ini boleh dapatkan di kedai buku yang berhampiran karangan oleh Abdul Razak Muthalib.
Sekadar untuk tambah pengetahuan,
"Tuntutlah Ilmu Walau Ke negara China"
Ulasan :
Hadis ini dimasukkan dalam senarai hadis palsu oleh kebanyakkan tokoh hadis dalam buku-buku karangan mereka, antaranya ialah;
Kepada rakan-rakan blogger dan silence reader blog mselim3 nie. Perkongsian mselim3 kali ini adalah melalui pembacaan buku yang bertajuk "40 Hadis Palsu Popular" yang berlegar di Malaysia yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia tanpa kita sedari bahawa hadis yang kita gunakan itu adalah palsu semata-mata.
Oleh itu, mselim3 usulkan kepada kekawan yang sekadar ingin tambah pengetahuan tentang hadis palsu yang popular ini boleh dapatkan di kedai buku yang berhampiran karangan oleh Abdul Razak Muthalib.
Sekadar untuk tambah pengetahuan,
"Tuntutlah Ilmu Walau Ke negara China"
Ulasan :
Hadis ini dimasukkan dalam senarai hadis palsu oleh kebanyakkan tokoh hadis dalam buku-buku karangan mereka, antaranya ialah;
- Al-Jarrahi dalam kitab Kashf al-Khafa'.
- Al-Albani dalam kitab Silsilah Ahadith al-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah
- Ibn Arraq al-Kanni dalam Kitab Tanzih al-Syari'ah.
- Ali al-Qari dalam kitab al-Maudhua'at al-Kabir
- Al-Ajluni dalam kitab Kash al-Khafa'
Hadis ini dihukum sebagai hadis palsu kerana kecacatan yang terdapat pada sanadnya. Dalam sanad hadis ini ada seorang pelopor yang bernama Abu Atikah Tharif bin Sulaiman , beliau adalah seorang yang lemah ingatan dan tergolong sebagai salah seorang yang memalsukan hadis.
Hadis palsu ini sering disebut dengan tujuan menggalakkan orang ramai supaya bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmu. Malang sekali ia adalah palsu.
Terdapat juga sebahagian orang yang menggunakan hadis ini dan berhujah bahawa Rasullulah saw menggalakkan kita supaya menuntut ilmu sehingga ke negara China. Ini adalah fahaman yang salah (tidak tepat).
Kerana itu, Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (atau dikenali Syeikh Ibn Baz) dalam kitab al-Tuhfat al-Karimah fi Bayan Ba'dhi Ahadith Maudhu'ah wa Saqimah menyebut:
"Seandainya hadis ini sahih, maka ia tidak menunjukkan keutamaan negara China dan juga penduduknya. Maksud hadis ini sekiranya ia sahih adalah galakan untuk menuntut ilmu biarpun perlu menempuh perjalanan yang sangat jauh. Ini kerana menuntut ilmu adalah perkara yang sangat penting. Ilmu merupakan faktor yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat bagi orang yang mengamalkannya. Justeru, maksud hadis ini bukanlah negara China itu sendiri adalah sebuah negara yang terletak jauh dari tanah Arab, maka Rasullulah saw menyebutnya sebagai suatu perumpamaan. Hal ini, sangat jelas bagi mereka yang mahu memerhati dan memahami hadis ini."
Namun, sekiranya kita memahami hadis ini seperti yang dihuraikan Ibn Baz, kita tetap tidak boleh menggunakan hadis ini sebagai hujah. Hadis ini tetap dihukum hadis palsu, dan tidak ada pula sumber lain yang menyebut tentang perkara yang sama. Kita tidak menafikan bahawa islam sangat menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu.
Ia merupakan tuntutan setiap muslim. Hal ini sangat ditegaskan oleh Rasullulah saw :
"Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim"
(Riwayat Sahih Ibnu Majah)
Bahkan islam meletakkan orang yang menuntut ilmu ini pada kedudukan yang mulia seperti yang dinyatakan dalam ayat berikut:
"..... Allah meninggikan darjat orang beriman di antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat . Dan ingatlah Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Mujadalah, ayat 11)
Nabi Muhammad saw juga mengalakkan umatnya supaya bersungguh dalam menuntut ilmu dengan tawaran kelebihan yang khusus. Antaranya:
"Sesiapa yang melalui satu jalan bagi mencari ilmu,Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga."
(Hadis Sahih oleh riwayat Muslim)
Terdapat banyak lagi hujah lain yang sahih yang berkaitan galakan dan kelebihan menuntut ilmu. Semua hujah tersebut ini sudah cukup bagi kita untuk menggalakkan umat islam supaya menuntut. Kenapa masih perlu lagi kepada hadis palsu?
Sumber :
40 Hadis Palsu Popular
10 comments
Write commentssaya kerja di PTS Publication, buku tu memang bagus :)
ReplyAllahurobbi...
Replyterlalu banyak peribahasa begini digunakan waktu kenit sekolah dulu. Terima kasih atas info ini mselim :)
wah..x sangka yumida
Replycoz ini antara hadis yg pemes
nice sharing mselim
Kita patut didedahkan dengan hadis2 palsu yg selama ini kita gunakan sedari kecil lagi supaya kita sedar akan kesilapan dan generasi akan datang tidak melakukan kesilapan yg serupa.
Replytu le.iqa ada dgr jugak yg ni adalah hadis palsu.
Replybaru aiza tahu bahawa ianya adalah hadis palsu.. selalu juga aiza mendengar hadis ini diselit di dalam ceramah agama oleh ustaz/ustazah berkenaan kepentingan menuntut ilmu.. terima kasih di atas perkongsian ini..
Replyterima kasih selim....skg banyak hadis palsu kan....klik2 nuff
Replybanyak membaca tambah ilmu. tambah dekat dengan Allah
ReplyBaru je siapkan assignment tentang hadith palsu doa berbuka puasa. Memang banyak hadith palsu yg diguna pakai oleh kita. Kita tak tahu. Tu sebab perlunya belajar. Nanti sy nak cari jugalah buku ni. Nice sharing. Thanks
Replywalaubagaimana pun menyatakan hadis ini hadis palsu hingga manusia memperlekehkan .. itu lebih buruk.
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon