Assalammualaikum....w.k.t,
Dalam menghadapi kehidupan harian, sering atau kekadang rumah kita dikunjungi oleh orang atau tetamu yang kita kenali atau yang tidak kenali. Bagaimana perasaan kamu, ketika berhadapan dengan tetamu yang tidak kamu kenali datang dalam keadaan meminta-minta seperti peminta sedekah atau orang datang minta sumbangan atau derma sedangkan kamu baru sahaja balik rumah setelah penat seharian bekerja .
Adakah kamu marah kerana menganggu ketenangan kamu berehat di rumah bersama anak-anak dan terus halau dengan kata-kata nista. Minta kita dijauhkan daripada bersikap demikian. Marilah kita, sama-sama baca sedutan kisah ini adakah hati kita ini cenderung kepada dunia yang sementara ini atau akhirat kehidupan yang kekal abadi.
Begitu juga, kamu dengan jiran-jiran sekalian. Adakah kita lebih suka memberikan hidangan atau buah tangan yang enak-enak kepada jiran atau kamu lebih suka menerima hidangan atau buah tangan daripada jiran-jiran.
Tahukah kamu, bagaimana keikhlasan hati diukur? Adakah dengan mengatakan saya ikhlas menderma kepada sesuatu badan kebajikan ataupun tabung-tabung masjid. Marilah kita sama-sama, fahami apa itu ikhlas. Ikhlas tidak pernah diketahui oleh sesiapapun hanya Allah dan kita sahaja yang mengetahuinya.
Cuba tanya hati kamu, adakah kamu rasa kehilangan sesuatu apabila menderma, adakah barang atau sesuatu benda yang kamu dermakan adalah benda yang sangat-sangat kamu sayangi.
Tetapi jika kamu merasakan pemberian atau sedekah yang kamu berikan adalah yang terbaik dan kamu tidak pernah rasa menyesal serta merasa puas menderma tanpa rasa kehilangan apa-apa pun dalam diri kamu itulah namanya IKHLAS namanya.
Imam Muhammad Mutawalli Sya'rawi dalam tawasiyahnya mendatangkan satu kisah bagaimana Saidina Ali ra mengambarkan syarat keikhlasan seorang hamba menerusi kayu ukur yang dimiliki setiap insan.
Seorang pemuda bertanya kepada Saidina Ali ra: "Imam, bagaimanakah aku dapat mengetahui hatiku ini samada cenderung kepada dunia atau akhirat?"
Jawab Saidina Ali ra:"Bayangkan seseorang datang mengetuk pintu rumahmu lalu menghadiahkan kamu sesuatu dan kamu membawanya ke dalam. Tidak lama kemudian, rumahmu sekali lagi diketuk orang, kali ini datang pula seorang dalam keadaan meminta-minta yang meminta ikhsan kamu. Lantas kamu memberikan hadiah yang baru diterima tadi kepadanya dan dia pun pergi.
"Antara kegembiraan kamu ketika menerima sesuatu atau kamu memberi sesuatu hadiah kepada orang lain, mana satu yang kamu rasa gembira?
"Sekiranya kamu lebih gembira menerima itu maksudnya hatimu cenderung kepada dunia, tetapi sekiranya hatimu lebih gembira memberi (infaq) kepada orang lain maka hatimu lebih cenderung kepada akhirat."
Subhanallah! itulah rahsia keikhlasan yang dikurniakan Allah kepada hamba pilihanNya. Marilh kita sama-sama berdoa agar kita dikurniakan keikhlasan seikhlas Saidina Ali r.a ini.
Sumber :
Solusi Isu 57
Diolah semula mselim3
6 comments
Write commentsSalam mselim3,
ReplyTerkesan dgn kisah ini...Siapa yg tidak suka menerima hadiah, tapi memberi itu lebih menggembirakan sebenarnya...
Keikhlasan hanya krn Allah, itulah yg diperlukan.
Perkongsian yang mengingati
Replygood sharing
Replytq share ingatan utk diri sndiri juga ni !
Replyperkongsian yang baik mselim.. susah nak jadi ikhlas seperti saidina ali r.a..
Reply"memberi lebih baik drp menerima". srius. sifat ikhlas ni tersembunyi. Hanya Allah je taw.
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon