Kisah Khalid Al Walid Diberikan Makanan Beracun.



Abu Ya'al,Baihaqi dan Abu Nu'aim pernah mendengar Abu Safar berkata: Waktu Khalid bin Walid berjaya menawan Kota Hira di Parsi , para sahabatnya menasihati dia supaya berhati-hati ketika makan, kerana orang-orang di Hira sering memberi makana beracun kepada musuh mereka. 



Tetapi Khalid bin Walid terus juga makan apa jua makanan yang diberikan kepadanya oleh musuh, walaupun makanan itu memang telah diracuni , tetapi Khalid bin Walid tidak mati akibatnya. 

Khalid bin Walid hanya membaca "bismillah" sebelum makan. Al Kulbi bercerita: Ketika Khalifah Abu Bakar mengutus Khalid bin Walid ke Hira, dan pasukan islam berjaya menawannya, seorang ketua suku kaum di situ bernama Abdul Masih membawa makanan beracun untuk Khalid. 

Walaupun beliau tahu adanya racun dalam makanan itu Khalid terus juga memakannya dengan membaca "Bismillah la yadhurru ma'as-mishi daak". 

Abdul Masih tercengang melihat perbuatan Khalid itu, lalu dia pulang kepada kaumnya dan berkata: Hai kaumku, berdamailah dengan mereka. Aku sendiri lihat, ketua mereka makan racun tetapi tidak binasa.' 

Ibnu Saad meriwayatkan dari Muharrib bin Dathar bahawa Khalid pernah diberitahu ada seorang lelaki di tengah tenteranya yang membawa khamar (arak) sebagai bekal. 

Bila Khalid mencari dan bertemu dengan orang itu, dia bertanya : 
"Apakah yang kamu bawa dalam bekas airmu?"Orang itu menjawab:"Cuka". 

Khalid pun berdoa: Ya Allah jadikanlah ia cuka ! Bila orang itu membuka tempat airnya dia melihat khamar (arak) di dalamnya telah menjadi cuka.

Sumber : 
Buku "Siapa Wali"
Halaman 78-79
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
September 12, 2013 at 2:03 PM delete

keberasaran Allah mengatasi segala-galanya

Reply
avatar
Lulu Caldina
AUTHOR
September 12, 2013 at 4:42 PM delete

satu perkongsian yang baik..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 12, 2013 at 6:50 PM delete

kisah yg menyampaikan mesej bermanfaat
bacalah bismillah sebelum mkn/minum
nice sharing mselim
isi tabung sini

jemput join segmen ni :

http://umikasum.blogspot.com/2013/09/segmen-simple-mudah.html

pemenang akan memenangi hadiah:
CD Pocket + Apron + Wallet
Cellphone Jewellery Sticker + Ankle Bracelet
kalau free...jom join sekali :)

Reply
avatar
ajax85
AUTHOR
September 14, 2013 at 8:25 AM delete

bertuah klu dapat pemimpin mcm zaman dulu..hehheheh

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon