Balasan Pemuda Yang Menghina Abu Hurairah ra.



Imam Nawawi meriwayatkan dalam kitabnya 'Tabaqatul Kubra' dari Abu Tayib Al Qadhi bahawa dalam satu majlis ilmu yang diberikan oleh Abu Tayib. Tiba-tiba datang seorang pemuda dari Khurasan dan meminta supaya diberikan dalil bagi menyokong suatu masalah agama yang dimusykilkan. 



Abu Tayib membawakan Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah ra. Tetapi pemuda itu menolak dalil itu, lalu berkata : "Hadis dari Abu Hurairah tidak boleh diterima".

Pada saat itu, juga datang seekor ular besar jatuh dari atas kepala pemuda itu. Orang lain melarikan diri, tetapi ular itu hanya mengejar pemuda itu sahaja. 

Sambil berlari lintang pukang dia menjerit :"Ampunilah saya Ya Allah , maafkan saya Ya Abu Hurairah ra.". Dia mengulang perkataan itu beberapa kali. Akhirnya ular itu pun hilang. 

Sumber : 

Siapa Wali 
Susunan Mustaffa Suhaimi 
Halaman 79
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
September 11, 2013 at 6:40 PM delete

nice sharing mselim
kisah yg bg pengajaran buat kita semua
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

Reply
avatar
Bin Muhammad
AUTHOR
September 11, 2013 at 8:07 PM delete

Kalaulah sekarang ini Allah bagi hukuman secara cash macam tu, mesti ramai yg mengakui keagungan dan mengikuti segala perintah Allah SWT. Allahuakbar!

Reply
avatar
Hanim
AUTHOR
September 11, 2013 at 8:25 PM delete

Assalamualaikum mselim...

Trima kasih atas perkongsian cerita yang menarik ini :)

Semoga Allah merahmati Abu Hurairah r.a

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
September 12, 2013 at 12:46 AM delete

Kerana mulut badan binasa kan sedara...

Reply
avatar
September 14, 2013 at 10:46 AM delete

saya suka entri sebegini. Mudah-mudahan lebih ramai yang mengenali para sahabat.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon