Erti tasbih ialah mengakui kesucian Allah swt daripada segala yang layak bagi-Nya samada pada zat-Nya, sifat-Nya, atau perbuatan-Nya. Solat Sunat Tasbih ini amat-amat digalakkan supaya kita mengerjakannya. Seboleh-bolehnya setiap hari (malam atau siang).
Jika tidak dapat mengerjakannya setiap hari, kerjakanlah seminggu sekali. Jika tidak, sebulan sekali. Jika tidak, setahun sekali. Jika tidak, setahun sekali atau paling-paling malas seumur hidup sekali.
Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat tasbih Allah swt akan mengampunkan dosa yang lama atau yang baru samada sengaja atau tidak sengaja. Samada yang terang atau tersembunyi. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun pada hamba-hambanya.
Lafaz Tasbih :
Ertinya :
"Maha Suci Allah. Segala puji bagi Allah dan tidak ada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung."
Lafaz Niat Solat Tasbih (Siang) :
Ertinya : Sahaja aku solat sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah taala."
Lafaz Niat Solat Tasbih (malam) :
Ertinya : Sahaja aku solat sunat tasbih 2 rakaat kerana Allah taala."
Adapun tasbih itu dibaca pada :
1- Sesudah membaca surah, selepas al-Fatihah - tasbihnya 15 kali
2- Rukuk selepas membaca tasbih rukuk - tasbihnya 10 kali.
3- I'tidal selapa membaca tahmid i'tidal - tasbihnya 10 kali
4- Sujud. Selepas sujud bacalah tasbihnya 10 kali.
5- Duduk antara 2 sujud . Setelah membaca tasbih sujud, bacalah tasbihnya 10 kali.
6- Sujud kedua,selepas tasbih sujud bacalah tasbihnya 10 kali.
7- Sebelum berdiri, hendaklah duduk istirahat kemudian baca tasbih 10 kali.
*Ketika duduk tahiyyat akhir , baca tasbih 10 sebelum membaca tahiyyat (sekiranya solat tasbih dikerjakan di siang hari maka tasbih hendaklah dibaca 10 kali sebelum tahiyyat awal).
Peringatan !
Sekiranya terlupa membaca tasbih di salah satu tempat tasbih, hendaklah digantikan ditempat berikutnya supaya tetap mencukupi bilangan tasbih sebanyak 300 kali.
Surah yang dibaca selepas al-Fatihah :
Rakaat 1 : Surah at-Takasur
Rakaat 2 : Surah Al-Asr
Rakaat 3 : Surah Al-Khafirun
Rakaat 4 : Surah Al-Ikhlas
Akhirnya kita membaca doa yang berikut :
Sumber :
Petikan "Buku Solat-Solat Sunat"
17 comments
Write commentsgood sharing..2 minggu lps mak ikut sama solat sunat tasbih...tapi cik nor tak join.:)
Replyalhamdulilah :) thanks sharing
Replyterima kasih share nih..saya pon da lama x buat..da lupa skit2..huu...
Replybtw..saya bawu taw jikalau solat sunat tasbih waktu malam 2 rakaat jee... waktu siang 4 rakaat..camtu erk?
Salam,
ReplyBagus berkongsi ilmu sebegini. Perbanyakkan entri sebegini ye...boleh juga buat rujukan.
Terima kasih mselim3
satu perkongsian yang sangat bermanfaat...terima kasih..
Reply''Sebelum berdiri, hendaklah duduk istirahat kemudian baca tasbih 10 kali''
Replybuleh terangkan lebih lanjut?
Assalammualikum...uzzam,
Reply''Sebelum berdiri, hendaklah duduk istirahat kemudian baca tasbih 10 kali''
Maksudnya gini, sebelum kita berdiri untuk berikutnya... kita hendaklah duduk iftirasy (duduk berhenti sebentar). Cara duduk iftirasy ini adalah sama seperti duduk antara sujud, kemudian baca "lafaz tasbih" 10 kali ...kemudian baru qiyam (bangun dari sujud) untuk rakaat seterusnya.
mselim3
pls: penerangan melalui penulisan agak susah sikit, kena praktikal lagi mudah ... pape pun mselim3 try my best....k.
salam, terima kasih share..
Replynoleh dijadikan rujukan untuk firda :)))
assalamualaikum...
Replymohon bertanya...sekiranya solat sunat tasbih dilakukan pada waktu malam, ada kah perlu digandakan setiap bacaan sehingga cukup 300 kali tasbih??
Assalammualaikum...anonymuos yang sudi bertanya...
ReplyBegini :
Untuk solat sunat tasbih yang dilakukan pada waktu malam hari, maka hendaklah ia dikerjakan sebanyak empat rakaat dua salam.
Maksud 4 rakaat 2 salam itu, buat solat sunat tasbih itu 2 rakaat kemudian beri salam. Lepas tu, buat 2 rakaat lagi dan beri salam lagi. Kemudian barulah baca doa untuk solat sunat tasbih. Selesai...
ok...
mselim3
Assalammualaikum... kekawan,
ReplyBilangan tasbih untuk :
1 rakaat = 75 tasbih
4 rakaat = 75 tasbih X 4 rakaat =300 tasbih
sekian;
pls: perlu diingat bilangan tasbih kena 300 tasbih... lebih xper jangan kurang...k
Assalamualaikum. ..tumpang tanya...boleh ke sya membaca surah lain selain surah yang di anjurkan utk solat sunat taubat..kerana sya takut tidak dapat membaca surah utk rakaat pertama dan kedua dgn lancar dan fasih...terima kasih
ReplyTq tuan atas info ny. Kebetulan soalan n jwbpn ni lah yg kita btul2 nntikn. ALLAH prmudah kn hmba ny..
ReplyTerima ksih atas info ny tuan. ALLAHHUAKHBAR...
Reply@lynie farhana...
Replymembaca surah/ayat pendek selepas membaca AL_FATIHAH dalam sholat,hukum nya sunat,jadi bila tidak di baca pon tidak mengapa.
lynie farhana...
Replyboleh membaca surah lain...hukum membaca surah/ayat pendek dlm sholat hukum nya sunat,jadi kalau tidak dibaca pon tak mengapa.
Alhamdulillah atas perkongsian dan pencerahan ilmu..Moga Allah sentiasa memberkati kita semua...
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon