Cara Solat Sunat Istikharah

cara-solat-sunat-istikharah


Cara Solat Sunat Istikharah - Bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat sesuatu keputusan dalam segala urusan kehidupan, maka umat islam disuruh mengerjakan solat sunat sunat istikharah. Ia boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam insaallah Allah SWT akan mengerakkan hati anda untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul. Nabi saw ada bersabda yang maksudnya, Allah swt tidak mengecewakan hambaNya yang memohon kebajikan dariNya. Solat sunat istikharah dikerjakan dengan tujuan memohon pertunjuk dari Allah swt tentang sesuatu pekerjaan yang ingin kita lakukan. 


Apakah ianya baik atau sebaliknya. Kerana Allah swt sangat mengetahui segala sesuatu bahkan pengetahuanNya meliputi apa yang ada di langit dan apa yang di bumi. Perkara -perkara yang disembunyikan atau dinyatakan dan segala-galanya sesungguhnya Allah swt Maha mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. 

Maka dengan pertunjukNya kita boleh membuat keputusan sama ada akan diteruskan atau dibatalkan, atau jika berhadapan dengan dua perkara yang baik mana satu nak pilih. Sedangkan kedua-duanya adalah baik. Maka disini kita hendaklah pilih yang paling baik. Umpamanya kita bercadang membuka perniagaan. Bagi kita ada dua pilihan samada nak buka kedai makan atau kedai tayar. 


Maka disini adalah perlunya kita solat sunat istikharah ini. Sekarang mari kita baca cara pelaksanaannya : 




Lafaz Niatnya : 

lafaz-niat-solat-istikharah
Ertinya : Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala." 

Selepas baca al-Fatihah ;Rakaat pertama baca Surah Al-Kafirun 
Rakaat kedua baca Surah Al-Ikhlas

Kemudian, selepas salam kita baca doa istikharah ini : 
doa-solat-sunat-istikharah
Ertinya : 
"Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dariMu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu. Aku minta dariMu dari kelebihanMu yang banyak. Maka sesungguhnya Engkau berkuasa , aku tidak berkuasa . Engkau mengetahui , bahkan Engkau sangat mengetahui segala yang ghaib."

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, pada duniaku dan baik pada kesudahan urusanku, maka tentukanlah untukku dan permudahkanlah berkati aku padanya. 
Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku serta kesudahan urusanku, maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya.

Tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada kemudian redhakan aku padanya."

~Doa ini menurut sebagaimana yang diajarkan oleh Rasullulah saw kepada Saidina Jabir bin Abdullah ra~ 

~Alamat~ 

Kebiasaannya solat istikharah ini dikerjakan pada waktu malam hari. Supaya apabila kita tidur diharap akan mendapat petunjuk atau alamat dalam masa tidur(mimpi). 

Alamat atau jawapan yang diterima itu tidak sama pada setiap orang. Sekiranya 'jawapan' itu melalui mimpi, sebarang mimpi yang baik itu menunjukkan alamat yang baik. 

Begitulah sebaliknya jika kita mendapat mimpi yang buruk. Namun tidak semestinya 'jawapan' yang kita dapat itu berupa mimpi. Ramai yang tidak mendapat alamat dalam mimpi. Walau bagaimanapun hendaklah kita berjaga-jaga dari mendapat alamat yang dikhabar oleh syaitan. Kerana itu hendaklah kita menjaga bersungguh-sungguh menjaga adab tidur. 

Jika seseorang itu pada bangun selepas solat sunat itikharah mendapati hati dan fikirannya tenang. Maka itulah alamat yang baik. Sebaliknya jika hati dan fikiran merasa tidakk tetap dan pendirian agak goyang terhadap keputusan yang dibuat maka itulah adalah alamat yang tidak baik. 

Sesetengah daripada tanda alamat mimpi yang baik itu umpamanya kita melihat bulan,matahari, bertemu raja-raja atau mimpi dalam sungai atau terbang di udara atau mimpi bertemu alim ulama,mendaki bukit. 

Adapun alamat @ mimpi yang tidak baik itu ialah umpamanya mimpi diterkam harimau, melihat api yang menyala, melihat jenazah dan sebagainya. 

Sumber : 

Buku " Himpunan 75 Solat-Solat Sunat" 
Diolah semula mselim3

Terima kasih membaca artikel Cara Solat Sunat Istikharah ini 
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
July 30, 2013 at 1:46 PM delete

good sharing...alhamdulillah

Reply
avatar
July 30, 2013 at 3:59 PM delete

thanks mselim atas perkongsian ini, dulu pun farah pernah buat entry ni sekali...hi hihi... manfaat untuk semua kan?

Reply
avatar
زليخا
AUTHOR
July 30, 2013 at 11:21 PM delete

x hafal pon doa dia.baca doa melayu je.huu

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
July 31, 2013 at 10:42 AM delete

salam mselim, firda suka entri ni!
firda masih dalam pembelajaran lagi..membetulkan ape yang kurang..insyaallah..

mengenai give away tu mselim masih boleh join sbb tarikh ttp nya 21 aug nanti :)

Reply
avatar
Bin Muhammad
AUTHOR
August 1, 2013 at 12:01 AM delete

Mohonlah hanya padanya...Allah yg Esa. Solat ini adalah salah satu cara utk kita mendapatkan petunjuk darinya...
Terima kasih mselim3

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 1, 2013 at 3:50 PM delete

tq berkongsi sebab masih ramai di luar sana yg masih x tau lagi

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon