Allah swt telah mengurniakan nikmat yang amat besar kepada seluruh hambaNya iaitu dengan memberikan suatu amalan yang dapat digunakan untuk menolak tipu daya syaitan, untuk mengecewakan angan-angannya dan mematahkan segala tipu dayanya. Amalan yang dimaksudkan itu ialah ibadah puasa . Itulah benteng dan perisai bagi sekalian kekasih-kekasih Allah swt. Ada sebuah hadis dari Rasullulah saw yang bermaksud :
"Puasa adalah separuh kesabaran"
(Diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibn Majah)
Ertinya : Sesunggunhya orang-orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."
Jelaslah dalam ayat ini bahawa pahala puasa melampaui had perkiraan dan perhitungan. Untuk mengukuhkan pendapat itu cukuplah kalau kita mengetahui betapa besar keutamaan puasa itu dengan memahami sabda Rasullulah saw yang bermaksud:
"Demi Tuhan yang jiwaku dalam kekuasaanNya, adalah bau mulut seorang yang berpuasa itu adalah lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi. Allah swt berfirman (dalam hadis qudsi: sesungguhnya mereka itu meninggalkan nafsu syahwat, makan dan minum keranaKu. Sesungguhnya puasa untukKu dan Aku yang akan memberikan balasan untuknya."
Orang yang berpuasa juga diberi janji oleh Allah swt bahawa ia akan dapat bertemu denganNya sebagai balasan puasanya itu.
Dalam perkara ini Rasullulah saw bersabda :
"Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan pertama ialah ketika ia berbuka dan yang kedua ia ketika ia bertemu dengan Tuhannya."(riwayat Bukhari dan Muslim)
Ertinya :
"Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah disediakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang teramat indah dipandang dan mengembirakan sebagai balasan bagi amal soleh yang mereka telah kerjakan."
Para alim ulama mengatakan bahawa mereka itu adalah orang-orang yang mengamalkan puasa. Keterangan sedemikian ini berdasarkan dari firman Allah , sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran surah az-zumar ayat 10.(ayat diatas)
Jadi untuk orang yang berpuasa itu pahalanya benar-benar dibals dengan secukup-cukupnya serta dilipat gandakan dengan tidak terhitung banyaknya. Oleh sebab itu tidak dapat dibayangkan kebesaran pahala itu untuk Allah swt sendiri dan mendapat kemuliaan dan kehormatan dengan dinisbahkan untuk Zatnya sendiri sekalipun sebenarnya semua ibadat untuknya jua.
Sebab yang demikian itu ada 2 sebab :
- Pertama : bahawa ibadat puasa itu merupakan suatu pengekangan dan pembersihan diri dan rahsia melakukannya itu bergantung kepada individu itu sendiri. Ia bukanlah suatu amalan yang dapat dilihat dan disaksikan oleh orang ramai. Sedangkan ibadat-ibadat yang lain dapat disaksikan dan dilihat oleh orang ramai. Puasa tidak dapat disaksikan , kecuali diri sendiri dan Allah swt sahaja, sebab puasa itu adalah amalan batin yang berbentuk kesabaran semata-mata.
- Kedua :Bahawa ibadah puasa itu merupakan tentangan kepada musuh Alllah swt . Cara syaitan adalah melalui nafsu syahwat dan kukuhnya syahwat itu dengan jalan makan dan minum. Jadi menindas gerakan musuh Allah swt adalah sebagai pertolongan untuk menegakkan agama Allah swt. Datangnya pertolongan Allah bergantung kepada pertolongan manusia kepadaNya sebagaimana difirman Allah dalam al-Quran :
Erti : "Kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan menegakkan tapak pendiroan kamu."
Dengan ini tahulah kita bahawa puasa itu adalah merupakan pintu ibadat dan dapat dijadikan perisai. Oleh kerana besarnya keutamaan dan fadhilatnya sehingga mencapai tingkat yang tinggi.
Petikan :
Buku "Ihya' Ulumuddin (pengajaran bagi orang-orang beriman)
Halaman 175-179
Imam Al-Ghazali
Dengan ini tahulah kita bahawa puasa itu adalah merupakan pintu ibadat dan dapat dijadikan perisai. Oleh kerana besarnya keutamaan dan fadhilatnya sehingga mencapai tingkat yang tinggi.
Petikan :
Buku "Ihya' Ulumuddin (pengajaran bagi orang-orang beriman)
Halaman 175-179
Imam Al-Ghazali
3 comments
Write commentsgood sharing
Replysemoga puasa kita benar2 dapat meraih taqwa.
ReplyYa...puasa itu banyak sekali rahsia dan hikmahnya. Ianya bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Itu belum lagi dihurai tantang kebaikannya kpd tubuh badan dan kesihatan.
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon