Jangan Hampiri Zina....

janganhampirizina

Allah swt berfirman : 
surahalmukminunayat5

"Dan mereka yang memelihara kehormatannya"
(Surah Al-Mu'minuun :5) 

Yakni dari sesuatu yang haram. 

"Dan jangan kamu hampiri perbuatan keji, baik yang lahir maupun yang batin." 
Surah Al-An'am Ayat 151 



Baik yang besar iaitu zina maupun yang kecil iaitu mencium, menyentuh atau memandang. Sebagaimana tersebut dalam hadis rasullulah saw : 
"Tangan, kaki dan mata juga boleh berzina." 

Allah swt berfirman : 
surahannurayat30

"Katakanlah  kepada orang-orang mukmin lelaki supaya mereka merendahkan pandangan mereka (melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatan (jangan berzina) . Itu lebih suci bagi mereka." 
(Surah An Nur Ayat 30) 


surahalfurqanayat68

Allah swt telah memerintah lelaki dan perempuan memalingkan pandangannya dari hal yang haram dan menjaga kehormatan serta mengharamkan zina dan barangsiapa yang berbuat demikian , nescaya akan mendapat balasan dosanya (seksa)." 
(Surah Al Furqan Ayat 68)

Dirawikan dari seorang sahabat dia berkata,"Hindarkan akan zina. Di dalamnya ada 6 hal. 3 di dunia dan 3 di akhirat . 

Di Dunia ialah : 
1- Berkurangan Rezeki 
2- Putus Ajal 
3- Bermuka Durja  

Di Akhirat  ialah : 
1- Kemurkaan Allah 
2- Nisab yang besar 
3- Masuk Neraka 

Dirawikan bahawa Nabi Musa as berkata,: Ya Tuhan,apakah seksaan untuk orang berzina?" 
Allah SWT menjawab, 
"Ku kenakan padanya baju besi dari Neraka. Kalau diletakkan di gunung tentu hancur." 

Dirawikan bahawa perempuan nakal lebih disukai Iblis daripada seribu lelaki jalang. Dalam kitab al Mashhabih Rasullulah saw bersabda : 
"Jika seseorang berzina, hilanglah imannya dan di atas kepalanya akan semacam kegelapan. Jika dia bertaubat dari perbuatan itu, iman akan kembali kepadanya." 

Dalam kitab 'Iqna tersebut Rasullulah saw bersabda : 
"Tidak ada dosa yang lebih besar di sisi Allah daripada lelaki yang meletakkan mani pada orang yang tidak halal baginya." 

Ada pun liwat lebih besar dosanya. Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra dari Nabi saw baginda bersabda : 
"Barangsiapa liwat takkan mencium bau Syurga . Meskipun bau syurga itu tercium dari sejauh lima ratus perjalanan." 

Qadli Imam ra berkata : kudengar seorang guru berkata,"Setiap wanita disertai 1 syaitan dan setiap lelaki disertai dengan 8 syaitan."

Dirawikan, "Siapa mencium lelaki dengan syawat , Allah menyeksanya di Neraka 500 tahun. Jika mencium dengan syahwat bagai zina dengan 70 gadis. Siapa berzina dengan gadis, seolah-olah berzina dengan 70 janda." 

Dalam kitab 'Raunaqut Tafasir' al-Kalni berkata : "Orang pertama yang berbuat seperti perbuatan kaum Luth adalah iblis. Ia menjelma sebagai pondan cantik, merayu mereka hingga mereka menikahnya. 

Kemudian hal itu jadi kebiasaan mereka. Sampai Luth diutus melarang kebiasaan itu dan mengajak mereka menyembah Allah SWT. Mereka menentang dengan berkata ,"Datangkanlah seksa itu jika kamu benar." Kemudian Luth memohon kepada-Nya agar menolongnya menghadapi mereka. Segera Allah menghujani mereka dengan batu yang masing-masing tertulis nama orang yang menjadi sasarannya. Itu makna firman Allah swt : 
surahhudayat82


"Maka apabila datang perintah kami, Kami jadikan negeri kaum luth itu tonggangbalik(tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar,menimpanya bertalu-talu" (Surah Hud Ayat 82)


Keterangan Ayat Ini 

Bekas negeri kaum lut yang telah dibinasakan oleh Alllah swt itu masih ada hingga hari ini menjadi sebuah laut di Palestin, yang terkenal dengan nama "Laut Mati"


Diceritakan , seorang saudagar kaum Luth sedang berada di Mekah. Lalu meluncur batu hendak mengenainya di tanah haram. Malaikat berkata kepada batu itu,"kembalilah! Lelaki itu sedang berada di Tanah Haram." Lalu batu itu, kembali dan berhenti di Luar Tanah Haram antara langit dan bumi selama 40 hari. Ketika saudagar itu keluar dari Tanah Haram, segera batu itu merejamnya sampai mati. Demikian pula isteri Luth. Mendengar huru-hara itu ia berkata,"Bala mengenai kaumku." Lalu batu itu menjunam kearahnya hingga mati.

Petikan : 
Buku "Mukashafah Al- Qulub" 
Halaman 93-95
Karangan Imam Al-Ghazali 
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Bin Muhammad
AUTHOR
May 9, 2013 at 1:19 AM delete

Salam, Terima kasih mselim3... Berkongsi karangan Imam Ghazali ini. Cukup terkesan.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 9, 2013 at 9:21 AM delete

Trimeksih mselim.takot sgt...ya allah jauhkan driku.kluargaku.zuriatk.kturunanku drpd mlakukan prkara y KAu murka .

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
May 20, 2013 at 1:45 PM delete

Nauzubillahiminzalik...moga keturunan M dijauhkan dari segala jenis zina

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon