Tahukah Kamu Kenapa Rasullulah Saw Berbekam?

Apakah itu bekam? Bekam ialah mengeluarkan darah dari kulit dengan cara menghisap, kemudian melakukan sayatan nipis pada kulit, kemudian disedut lagi agar darah boleh keluar dan menimbulkan kesembuhan dengan izin Allah swt. 

Proses pengubatan bekam melibatkan tiga peringkat 

1- Penyedutan
2- Penyayatan
3- Pengeluaran darah 


Sejarah Bekam.

Penggunaan bekam pertam kali oleh manusi ialah pada zaman Nabi Luth as , kaum Nabi Luth as apabila ada orang asing lalu dikawasan mereka . Mereka akan melempari kepala oran itu dengan batu sehingga mengalirkan darah, lantas mereka mendatangi orang tersebut dan meminta bayaran daripadanya sebagai upah atas darah kotor yang telah mereka keluarkan. 

Kisah ini mensyariatkan sudah lama penggunaan bekam sebagai cara perubatan sejak zaman itu hingga zaman Rasullulah saw dan pada masa kini. 

Bekam Merupakan Perubatan Yang Dipakai Oleh Rasullulah Saw 

Sabda Rasullulah Saw : 
"Penyembuhan itu terdapat pada tiga hal, minum madu,torehan alat bekam dan kay (bakar dengan api), Sesungguhnya aku melarang umatku dari 'kay' ". - Hadis Bukhari 



Janji Rasullulah Saw Bahawasanya Bekam Di Satu Titik Sekitar Kepala Sahaja Dapat Menyembuhkan 72 Jenis Penyakit. 

Sabda Rasullulah Saw : 
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit .- Hadis Thobrani.

Penduduk Langit Menganjurkan Supaya Penduduk Bumi Berbekam. 

Sabda Rasullulah Saw : 
"Aku tidak berjalan di hadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku di isra' kan kecuali mereka (para malaikat) berkata : wahai muhammad! Perintahlah umatmu berbekam" - HR Tarmizi & Baihaqi 

Daripada kedua-dua hadis tersebut dapat difahami bahawa bekam ini merupakan saru kaedah  pengubatan yang sangat ampuh bagi umat manusia sejagat. 




Maafaat & Kelebihan Bekam.

- Dapat mengamalkan sunnah Rasullulah saw dalam perubatan.
- Meningkatkan daya tubuh badan 
- Mencuci darah 
- Dapat mengatasi kemalasan dan kelesuan 
- Sangat berkesan mengatasi racun 
- Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah 
- Dapat mengatasi sakit kepala dan sakit gigi
- Mengatasi gangguan tekanan darah
- Merawat berbagai jenis penyakit yang tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden 

Bekam Adalah Sunnah Nabi S.A.W dan Merupakan Mukjizat Perubatan.

Sabda Rasullulah saw diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim : 
"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sesuatu penyakit kecuali dia menciptakan ubat baginya .. diketahui bagi yang mengetahui dan tidak diketahui bagi yang tidak mengetahui." 

Dari Jabir ra beliau berkata Rasullulah saw bersabda : 
"Setiap penyakit ada ubatnya , apabila ubat tepat mengenai penyakit maka akan wujudlah kesembuhan dengan izin Allah SWT." - Hadis Muslim

Dapat difahami daripada hadis tersebut bahawasanya berubat adalah merupakan sunnah Rasullulah saw.

Petikan : 
Majalah "At-Takwa" 
Cetusan Ilmiah Mukmin

Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
May 9, 2013 at 1:34 PM delete

sakit sangat ke berbekam ne..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 9, 2013 at 4:44 PM delete

hebatnya., tapi takut laah nk berbekam.. =="

Reply
avatar
Bin Muhammad
AUTHOR
May 9, 2013 at 5:35 PM delete

Salam, Benar mselim3, berbekam merupakan rawatan yg sgt mujarab tapi kita sering dimomokkan dgn pelbagai mitos mengenai bekam. Inilah rawatan yg di gunakan oleh Rasulullah...

Reply
avatar
Kak iman
AUTHOR
May 9, 2013 at 7:19 PM delete

nice share muslim

join sini http://www.mimbarhatiku.blogspot.com/2013/05/teka-teki-harga.html

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 10, 2013 at 9:01 PM delete

apa beza bekam amgin dengan bekam biasa ni..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 11, 2013 at 5:47 PM delete

Salam, firda pun ada berbekam ni..
Buang darah kotor =)

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
May 13, 2013 at 7:53 AM delete

Assalammualikum...Fareast Ibnu Din,

Untuk pengetahuan sebenarnya...bekam ini ada 2 jenis:

1-Bekam Darah
2-Bekam Angin

1-Bekam Darah
Permukaan kulit dilukakan menggunakan jarum tajam, kemudian sekitarnya disedut menggunakan cupping yang sesuai dengan kawasan yang di bekam selama 2-3 minit setiap sedutan. Untuk mengeluarkan toksik-toksik dalam kulit tersebut, dapat dilakukan sampai 5-8 kali tergantung keadaan pesakit.
Darah yang bertoksik akan nampak hitam pekat, berkaca, berbuih dan menggumpal.Luka atau bekas sedutan akan hilang dalam 2-3 hari.

2-Bekan Angin
Kesannya sama iaitu untuk melegakan kesakitan segera tanpa melukakan kulit. Amat baik untuk pesakit yang tidak tahan terkena jarum dan ngeri melihat darah. Cuma kulit akan kelihatan lebam selama 1-2 minggu. Sedutan dilakukan hanya sekali selama 15-20 minit.

Sekian...

pls: Pasal mana satu yang TERBAIK...kedua2 adalah baik... sebab itu rasullulah saw anjurkan kita berbekam.

Wassalam...

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
May 20, 2013 at 1:43 PM delete

Teringin la nak berbekam tapi tak tau kat mana dan yg sediakan service bagus

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon