Wali Songo-Muhammad Said (Sunan Kali Jaga)

sunankalijaga


Muhammad Said adalah seorang alim yang terkenal di Demak kerana kegigihannya menyebarkan agama islam kepada orang awam di Jawa.



Kelebihannya sangat banyak dan Karamahnya banyak diperkatakan oleh orang ramai daripada para Sunan yang lain, khususnya di Demak sendiri. 

Tetapi Karamahnya yang terbesar ialah kejayaannya menarik ramai orang Jawa yang beragama Hindu kepada islam. 

Ada riwayat yang menyatakan bahawa beliau tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada rakyat yang hendak menonton wayangnya kecuali mereka harus mengucap dua kalimah syahadah. 

Oleh kerana orang Jawa sangat meminati wayang, Muhammad Said telah berusaha memasukkan cerita-cerita islam ke dalam Hikayat wayang bagi mengantikan hikayat Hindu yang diwarisi dari nenek moyang mereka. 

Beliau dikatakan sangat popular di kalangan generasi muda yang sangat meminati pertunjukkan wayangnya hingga beliau diberikan jolokan Joko Said (orang muda Said) . 


Mengenai Karamahnya , dikatakan bahawa beliau pernah pergi ke Mekah dan pernah dilihat orang di sana sementara orang awam melihat beliau berada di Demak pada hari yang sama. 


Beliau dikatakan telah menemui Rasullulah saw di Mekah dan Rasullulah saw telah menghadiahkan kepadanya sebuah geriba (tempat air daripada kulit kambing).

Joko Said berjaya menambat hati rakyat awam di Jawa hingga banyak kisah Karamahnya dikatakan telah bercampur aduk dengan cerita-cerita dogeng.

Beliau kemudian lebih dikenali dengan panggilan Sunan Kali Jaga (atau Kalijogo) . Makanm Sunan Kali Jaga adalah tempat yang paling banyak diziarahi oleh kaum muslimin di Kadilangau, dekat Demak. 

Petikan : 
Buku"Siapa Wali" 
Halaman 136
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Anonymous
AUTHOR
November 27, 2012 at 11:45 AM delete

tq share info ye

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon