Zainab binti Ali bin Abi Thalib suatu ketika ingin sekadar berhias berdandan dengan memakai baju dan perhiasan. Di baitulmal terdapat kalung dari mutiara yang mahal harganya. Zainab menemui Ibnu Abi Rafi' , ketua Baitulmal untuk meminjam kalung tersebut supaya dapat dipakai pada hari raya selama tiga hari. Setelah itu nanti akan dikembalikan semula.
Ibnu Abi Rafi' tidak keberatan , kalung itu pun diberikan kepada Zainab. Ketika Zainab dalam keadaan berdandan dengan kalung itu, ayahnya mengetahui. Tiba-tiba wajah kemerahan menahan marah , sambil bertanya dengan membentak kepada Zainab: "Dari mana dapat kalung ini?"
Siapa yang memberikannya kepadamu?"
Sambil menahan rasa takut yang sangat, Zainab menjawab:"Saya ambil dari Ibnu Abi Rafi' untuk kupakai di hari raya selam tiga hari , nanti saya kembalikan."
Maka Ali , sebagai khalifah yang adil dan bijak , mengutus pegawainya memanggil Ibnu Rafi'. Tatakala Abi Rafi' telah berada di hadapannya, dengan geram ia bertanya :"Siapa yang menyuruhmu memberikan kalung ini kepada puteriku , dengan mengkhususkannya dari anak-anak perempuan kaum muslimin? Apakah engkau memang mendapat perintah dari kaum Muslimin unuk membelanjakan harta mereka sekehendakmu?"
"Tetapi ia adalah puterimu, wahai amirul mukminin!" kata Ibnu Abi Rafi' lembut.
Namun kata-kata lembut ini tidak meredakan kemarahan Ali. Ia tetap tidak berkenan dengan maksud baik Ibnu Rafi'.
Ia berkata :"Adakah puteriku dapat meringankan seksa Allah padaku, dapat memikul dosa-dosaku di hari akhirat nanti?"
"Tentu tidak, wahai Amirul Mukminin,"jawab Ibnu Abi Rafi'
"Kerana itu , sekarang juga ambil kalung itu darinya dan kembalikan ke Baitumal dengan segera. Jangan lagi mengulangi perbuatanmu itu untuk kedua kalinya, agar tidak kena dengan hukumanku,"ancam khalifah.
Ibnu Abi Rafi' pun mengambil kembali kalung itu dan mengembalikannya segera ke Baitulmal .
Petikan :
Buku"Kisah Motivasi Hidup Temteram & Bahagia"
Halaman 5-6
2 comments
Write commentsfariz dah letak abang dalam bloglist dah , , , cube tngok nama "M"
Reply(^_^) terima kasih tau kerana sudi exchange bloglist dengan fariz
Bloglist fariz reza
http://blognomborsatu.blogspot.com/
dtg baca sini..done clik nuff
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon