Ummi Kaltsum Binti Ali bin Abi Thalib



Ummi Kaltsum di kenali sebagai wanita ahli pidato. Seorang penceramah yang mampu membangkitkan semangat kaum muslimin dalam berjuang menegakkan islam. Maklum ia adalah puteri Khalifah Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah ra puteri Rasullulah. 



Ia lahir di zaman kenabian dengan kepakaran lain sering menolong wanita miskin yang akan melahirkan . Pekerjaan itu dilakukan bersama Khalifah Umar bin Khatab suaminya sendiri. 


Kisah perkahwinannya dengan Umar berlangung saat Umar sudah menjadi Khalifah. Alasannya , Umar ingin menyambung nasabnya dengan Rasullulah saw sebagaimana yang pernah dibicarakan dengan Saidina Ali. 

Waktu itu Ummi Kaltsum masih kecil dan belum akil baligh."Sesungguhnya aku akan mengahwinkan puteri-puteriku dengan putera-putera Jaa'far . "Kata Ali. "Hai Ali, Demi Allah , tidak ada seorang lelaki di muka bumi ini yang lebih mengharapkan pergaulan baik dengannya daripada aku." 

"Aku telah melakukannya."Jawab Saidina Ali.

Kemudian Alu menyuruh puterinya mengambil baju di rumahnya dan melipatnya. Setelah itu, ia berkata kepada Ummi Kaltsum, "Pergilah, dan bawahlah ini kepada Amirul Mukminin. Katakan kepadanya, ayahku mengirim salam kepadamu. Katakan, jika anda senang dengan baju, ambillah. Jika tidak senang, maka kembalikanlah".

Ummi Kaltsum yang masih kecil itu menuruti saja perintah ayahnya. Ia tidak mengerti bahawa kiriman itu sebagai kiasan atas dirinya menjadi isteri Umar . Apabila menerima kiriman baju dari Saidina Ali ra itu Umar ra menjawabnya,"Semoga Allah memberkatinya. Kami telah setuju." 

Setelah menyerahkan baju itu, Ummi kaltsum lantas kembali melaporkan kepada ayahnya, "Ia tidak menghiraukan baju itu dan hanya memandangku.",Kata Ummi kaltsum.



Setelah itu, dikahwinkanlah Ummi Kaltsum dengan Saidina Umar bin Khattab , khalifah penganti Abu Bakar . Ummi Kaltsum kemudian tinggal bersama suaminya hingga Umar terbunuh. Dari Umar , Ummi Kaltsum melahirkan Zaid dan Raqayah .

Petikan : 

Buku"Kisah Motivasi Hidup Tenteram & Bahagia" 
Halaman 144-145
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon