Hukum Memakai Baju-T Bergambar Kerika Solat..

hukummemakaibajuT

Soalan :

Ibu saya pernah menegur saya kerana bersolat dengan memakai seluar jean dan baju-T bergambar. Saya hairan kenapa ibu marah, bukankah saya sudah menutup aurat? 



Jawapan 

Memakai pakaian yang terlalu ketat ketika solat sehingga menampakkan bentuk badan adalah makruh walaupun solatnya sah. Selain itu sekiranya diperhatikan, seluar jean memang tidak sesuai digunakan untuk bersolat terutamanya ketika rukuk dan sujud kerana menyukarkan pergerakan. Malah ada ketikanya dengan memakai seluar jean yang singkat akan menampakkan bahagian punggung ketika sujud. Sudah tentu solat yang dilakukan dalam keadaan aurat terdedah tidak sah. Tetapi sekiranya seluar jean itu, dicipta dengan reka bentuk yang sesuai untuk bersolat seperti tidak terlalu ketat dan tidak menampakkan bahagian punggung ketika sujud , maka harus memakainya ketika solat . 



Al-Quds adalah jenama seluar jean yang direka khusus bagi orang islam. Ia diubahsuai bagi membolehkan pemakainya bersolat dalam keadaan yang lebih selesa dan tidak membuka aurat .

Petikan :
Buku"Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat" 
Halaman 40 
Rohidzir Rais 
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
November 14, 2012 at 1:24 PM delete

tq berkongsi ilmu ye

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
November 14, 2012 at 1:32 PM delete

Ada ka jeans tu kat pasaran Malaysia? Good entry.,

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon