10 Wasiat Rasullulah SAW Kepada Puterinya Fatimah Az-Zahra..

10pesananrasullulahkepadafatimah

10 Wasiat Rasullulah SAW Kepada Puterinya Fatimah Az-Zahra Yang Perlu Dimiliki Oleh Wanita Solehah.


1). Ya, Fatimah kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum melebur keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2). Ya, Fatimah kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka 7 tabir pemisah.

3). Ya, Fatimah. Tiadalah seorang wanita yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah menetapkan pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4). Ya, Fatimah, Tiadalah wanita yang menahan keperluan jirannya, melainkan Allah akan menahanya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.


5). Ya, Fatimah, yang lebih utama dari keutamaan diatas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andai kata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendo'akanmu. Ketahuilah, Wahai Fatimah. Kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6). Ya, Fatimah. Apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu keburukan. Ketika wanita merasakan sakit ketika melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah.

Setelah seorang wanita melahirkan kandunganya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia di lahirkan dari kandungan ibunya.

Apabila seorang wanita meninggal dunia ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun, dan akan di anggap sebagai mati syahid.

Di dalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga.

Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala 1000 orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7). Ya, Fatimah, Tiadalah wanita yang melayan suami selama sehari semalam dengan rasa senang dan ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala 100 kali beribadah haji dan umrah.

8). Ya Fatimah, Tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih sayang (rahmat).

9). Ya, Fatimah, Tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10). Ya, Fatimah. Tiadalah seorang wanita yang membantu meminyaki kepala suaminya dan menyisir rambutnya, meminyaki janggut dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman dari air syurga yang di kemas indah yang di datangkan dari sungai-sungai syurga dan Allah mempermudah sakaratul maut baginya, bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi siratal-Mustaqin dengan selamat.

- terjemahan dari hajsmy.us


Kredit : Sumber

Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
November 16, 2012 at 12:11 PM delete

Moga M dapat jd isteri solehah dan ibu yg Mithali pd Khalish..

Reply
avatar
aizu's life
AUTHOR
November 16, 2012 at 12:18 PM delete

masya allah..
untungnya jd WANITA..
insyaallah sy try jd yg terbaik utk suami..
tQ sharing ya :)

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon