RIWAYAT HIDUP IMAM HAHAFI

riwayathidupimamhanafi

Selepas tumbangnya Kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 132 hijrah @ 749 Masihi muncul pula kerajaan Abasiyah . Timbul pertelingkahan pendapat antara orang Alawiyyin ( keluarga Saidina Ali ) dengan Abasiyah ( keluarga Abbas bin Abdul Mutalib ) dan Syiah dengan Khawarij . Kemudian muncul pula fahaman Muktazilah, Jabariyah, Qadariyah, dan Ahli Sunnah Waljamaah . Pada ketika itulah muncullah empat orang Imam Besar iaitu Abu Hanifah (Imam Hanafi), Imam Malik bin Anas (Imam Maliki), Imam Muhammad Idris (Imam Syafie) dan Imam Ahmad bin Muhammad (Imam Hanbal) . 

Imam Abu Hanifah dilahirkan lebih dahulu daripada imam-imam yang lain . Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah atau 699 Masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah , Baghdad . Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana beliau mendapat seorang anak bernama Hanifah . Ada juga yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja dia pergi lalu digelar Hanifah yang bererti dakwat dalam bahasa Parsi . 
Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang yang alim dalam ilmu fikah dan tauhid . Beliau belajar lebih daripada 200 orang ulama terbilang pada masa itu, diantaranya Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud .

Imam Abu Hanifah dikurniakan umur yang panjang . Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah . 

Imam Abu Hanifah pernah berkata,"Sekiranya aku tidak mempunyai keluarga, aku pasti tidak menyimpan duit walaupun satu dirham ." 

Imam Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun . Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al-Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad . 
Semasa hidupnya, Imam Abu Hanifah tidak sempat menyusun kitabnya. Namun, beliau mempunyai anak murid yang ramai . Mereka yang menulis dan menyusun kitab berdasarkan pendapat yang dicurahkan guru mereka . 

Petikan : 
Buku "Imam-Imam Yang Benar" 
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon