TIGA SUKU RAKYAT CHINA TELAH MENJADI ISLAM



Syeikh Abdullah Al Bahili sangat terkenal dikalangan sahabat sebagai orang yang sangat khusuk solatnya. Beliau adalah salah seorang perutusan islam yang dihantar ke negeri china untuk menyempurnakan ajaran islam di sana. Ketika itu islam sangat dibenci oleh bangsa cina. 

Suatu hari pembesar China telah ternampak beliau bersolat lalu bertanya,"Apakah yang tuan lakukan tadi?" 
"Saya bersenam, "jawab Abdullah Bahili dengan tersenyum. "Bersenam?" tanya pembesar itu kehairanan. 

Abdullah Bahili mengangguk-anggukkan kepala sambil tersenyum . "Boleh ajarkan saya senaman tuan itu?"tanya pembesar itu lagi . "Boleh , sebaik-baiknya ajaklah rakyat jelata untuk bersama-sama kita esok ." Pelawa Syeikh Abdullah Al Bahili . 
Pada keesokan harinya berkumpullah seluruh rakyat jelata di sebuah padang yang luas. 

Syeikh Abdullah Bahili pun berdiri gagah di atas sebuah pentas dan memohon kepada Allah agar dirinya dibantu dalam melaksanakan operasi dakwah islam yang cukup besar itu. Syeikh Abdullah bahili memulakan setiap pergerakan yang diwajibkan dalam rukun solat sambil menceritakan kelebihan dan keutamaan setiap pergerakan itu. Beliau juga berpesan kepada mereka supaya bersenam dalam keadaan tenang, penuh sopan dan tidak bising. 

Beberapa hari kemudian mereka berhimpun lagi , "Hari ini kita akan melakukan senaman untuk mencantikkan paras rupa. Oleh itu, anda semua dikehendaki menghafal setiap ayat yang saya beri hari ini. Tetapi ingat setiap bacaan ini hanya tertentu kepada setiap pergerakkan senaman yang telah kita pelajari itu tidak boleh dicampur adukkan ". jelas Syeikh Abdullah Al Bahili panjang lebar. 

Pembesar-pembesar negeri mengangguk -angguk kepalanya,rakyat jelata akur dan taat tanpa banyak bicara. Hari itu  padang yang seluas saujana mata memandang bergema dengan ucapan memuji Allah. Bersunnguh mereka menghafal dan mempraktikkan senaman istimewa itu. 

"Untuk cepat hafal menghafal ayat-ayat ini, anda semua dikehendaki melakukannya lima kali sehari , iaitu pada waktu subuh,tengahari,petang,senja,dan malam . Kalau tuan-tuan dan puan-puan keliru saya cadangkan supaya   tuan-tuan dan puan-puan datang ke sini pada waktu yang saya tetapkan dan sama-sama mengikut saya bersenam," Syornya. Berbondong-bondonglah mereka datang pada setiap waktu, maklumlah senaman itu telah terasa keberkesanannya pada diri masing-masing . 

Pada hari-hari yang berikutnya diajarkan pula cara-cara menyucikan diri sebelum melakukan senaman itu dengan tujuan penyucian diri itu akan menyucikan hati agar lebih tenang dan lebih mudah melaksanakannya. 

Beberapa bulan kemudiannya Syeikh Abdullah Al Bahili telah mengutuskan serombongan rakyat China yang diketuai oleh beberapa orang pembesar mereka ke Makkah. Ketika sampai ke Baitullah , rombongan itu merasa hairan kerana dilihatnya semua orang mengelilingi Kaabah itu melakukan senaman yang sama seperti mereka. 

Lalu ditanya kepada salah seorang bangsa Arab yang ada di situ: "Kenapa semua orang datang ke sini melakukan senaman seperti kami lakukan ?" " Senaman?"tanya lelaki berbangsa Arab itu."Ya , senaman ini telah diajarkan oleh seorang sahabat kami yang berasal dari bumi Arab ini, namanya Syeikh Abdullah Al Bahili . 

Tersenyum pemuda itu mendengarkan penjelasan pembesar cina yang kebingungan itu. Kemudian beliaumenjawab,"Tuan, sebenarnya inilah ibadah solat yang diwajibkan oleh Allah keatas setiap umat islam untuk melaksanakannya"."Islam!"terbeliak biji mata masing-masing . Terkejut di atas kebijaksanaan pembesar islam yang diutuskan itu dalam menyempurnakan misi dakwah Islam di bumi mereka. 

Tanpa diduga oleh mereka akhirnya tiga suku rakyat bumi China telah menjadi umat islam. Ketika itu untuk mereka kembali kepada ajaran nenek moyang mereka adalah tidak mungkin kerana mereka sendiri sudah dapat merasai kelazatan, kenikmatan dan ketenangan setiap kali bersolat . 



Sumber : 
Halaman 32-34 BUKU KHUSYUK DALAM SOLAT 
Karangan Muhammad Uqbah Nafiq
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
hajar
AUTHOR
June 7, 2012 at 11:26 AM delete

semoga semakin ramai manusia menerima hidayah iman & islam....

Reply
avatar
PCL
AUTHOR
June 7, 2012 at 11:55 AM delete

bijak berdakwah boleh menarik minat sesiapa saja, bukan cara paksaan yg mana agama Islam sungguh mulia dan mudah didekati.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon