PERINGKAT SOLAT


Umat Islam hari ini rata-rata sudah mendirikan solat. Tetapi apakah solat yang dilaksanakan itu benar menepati seperti mana yang dikehendaki Allah swt?

Renungkanlah dalam kategori manakah solat kita , kerana di Padang Mahsyar nanti, Allah akan memanggil manusia yang solat untuk diperiksa solatnya. Solat dikategorikan kepada kepada beberapa peringkat : 

1- SOLAT ORANG JAHIL 
Solat orang jahil ialah solat yang dilakukan oleh orang yang tiada ilmu tentang solat. Dia tidak tahu rukun dan sunat serta dibuat tanpa peraturan yang ditetapkan syariat. Oleh itu, awal-awal lagi solatnya ditolak malah ia berdosa kerana tidak belajar. 

2- SOLAT ORANG LALAI 
Solat orang lalai ialah solat yang sempurna zahirnya tetapi hatinya tidak langsung hadir dalam solat. Bermacam-macam perkara yang diingatkan sewaktu berdiri ,rukuk,sujud dan duduk dalam solatnya itu. Dari awal hingga akhir , hatinya sedikitpun tidak mengingati Allah. Solat jenis ini tidak mendapat pahala malah dibalas dengan Neraka Wail . 

3- SOLAT ORANG YANG SEPARUH LALAI DAN SEPARUH KHUSYUK 
Solat orang yang separuh lalai dan separuh khusyuk ialah solat yang di dalamnya berlaku tarik menarik dengan syaitan. Maknanya orang ini sentiasa sedar , bila syaitan mula melalaikannya kepada Allah. Begitulah yang berlaku hingga akhir solat . Ada waktu lalai , ada waktu khusyuk . Solat ini tidak berdosa ia dimaafkan. 

4- SOLAT ORANG KHUSYUK 
Solay orang yang khusyuk ialah sepanjang solatnya itu oenuh ingatan kepada Allah dan kepada apa yang dibacanya. Orang ini dapat merasakan bahwa dia sedang menghadap Allah , perhatiannya hanya kepada Allah memohon ampun kepada Allah , berdoa kepada Allah, menghina diri kepada Allah dan mengagungkan Allah swt. 

Solat beginilah yang akan menghapuskan dosa dan memperbaharuhi ikrar, menguatkan iman, mendekatkan hati kepada Allah,meningkatkan takwa dan mengelakkan diri dari perbuatan keji dan mungkar. Inilah keuntungan di dunia yang diperolehinya. Di akhirat Allah anugerahkan pahala dan syurga yang penuh nikmat. 

5- SOLAT NABI-NABI DAN RASUL 
Solat Nabi-Nabi dan Rasul ini ialah solat peringkat tertinggi. Khusyuk mereka sangat luar biasa . Mereka benar-benar nampak Allah dengan mata hati,solat mereka seakan-akan berbual dengan Allah. Sebab itu mereka tidak pernah jemu. Bagaimana indahnya perasaan hati bila orang yang dapat bertemu dengan kekasih hati, begitulah indahnya perasaan mereka di dalam solat . 
Solat adalah satu perkara yang dicintai Rasullulah saw seperti mana sabdanya yang bermaksud :

"Solat itu adalah penyejuk mataku" 

Syurga yang akan Allah anugerahkan kepada golongan ini ialah syurga yang tertinggi yang tidak tercapai oleh orang-orang awam. 
Tingkatkan diri dalam memperbaiki ibadah utama ini di samping memperbanyakkan solat sunat supaya kita terus dibantu Allah dalam bermujahadah. Lakukanlah mujahadah dengan bersungguh untuk mendapatkan khusyuk dalam solat . 

Buku KHUSYUK DALAM SOLAT 
Halaman 13-15 
Karangan Uqbah An Nafiq
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon