KELEBIHAN SURAH AL-BAQARAH.....



<=(285)=> Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".

 <=(286)=> Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".


Dari Abu Umamah, katanya bahawa aku mendengar Rasullulah saw bersabda , maksudnya ...bacalah surah al-baqarah kerana ia mengandungi berkat, meninggal membacanya adalah penyesalan di akhirat. Orang yang tidak sanggup melakukannya (membacanya) ialah tergolong orang yang batil (sesat)
- Riwayat Imam Muslim 

Sabda Rasullulah saw, bermaksud : "Sesungguhnya Allah swt menutupkan surah al-baqarah dengan dua ayat ( ayat 285-286), yang kedua-duanya diturunkan dari perbendaharaan di bawah 'Arasy. Oleh itu, pelajarilah (bacalah) kedua-duanya ada ajarkanlah kepada isteri dan anak-anakmu, kerana kedua-duanya adalah rahmat, sebagai bacaan dan doa harian- Riwayat Al-Hakim dari Abu Zar .

Sabda Rasullulah saw lagi , maksudnya : "Pada akhir ayat surah al-Baqarah terdapat dua ayat ( ayat 285-286 ) sesiapa yang membaca kedua-duanya pada malam hari , nescaya Allah melindungi " 

- Riwayat Ahmad,Bukhari,Musli dan Ibnu Majah.

Sumber :

Petikan Buku Pengembaraan Rasullulah saw ke Alam Ghaib.
Halaman 116 karangan Jaafar Salleh .


Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
June 7, 2012 at 3:21 AM delete

Sebelum ni dok baca gak. Tp lps ni nak amalkan tiap2 malam... Tq for sharing ..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon