Uban adalah Cahaya Bagi Seorang Mukmin






Assalamualaikum, kali nak berkongsi sedikit ilmu yang berguna untuk kita semua, sekarang aku dah masuk sem 11, Unitem. So, agak susah la nak updated blog hari - hari macam dulu.. Baiklah kali ini ada sedikit perkongsian cerita , bukanlah cerita sebenarnya  tapi ianya mengenai sebuah hadis , mungkin ramai yang dah tahu, dan mungkin ramai yang belum tahu. Hadisnya begini, " Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban walaupun sehelai dalam islam melainkan setiap ubannya akan di hitung sebagai satu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.. " Dari Abdullah Bin Umar, Sabda Rasulullah s.a.w. Lihatlah dan renungkanlah wahai teman - teman bertapa mulianya uban kita yang akan menolong kita di akhirat kelak. Insyallah.

Selain daripada itu, dari Abu hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, " Janganlah mencabut uban, kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja boleh beruban dalam islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan di catat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan di hapuskan satu kesalahan, juga akan di tinggikan satu darjat. Oleh itu , janganlah kita mencabut uban kerana ianya akan menjadi cahaya kepada kita di hari akhirat kelak. Insyallah. Semoga kita sentiasa di beri petunjuk dan hidayah dalam kehidupan agar kita sentiasa di sinari cahaya, cahaya yang membolehkan kita sentiasa berada di jalan yang lurus, jalan yang di redhai oleh Allah S.w.t. Amin....

Kredit 
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
M@W@R Q@SeH
AUTHOR
May 17, 2012 at 12:43 PM delete

pernah juga terbaca tentang hal ni...dah tabiat manusia agaknya ada uban je nk cabut..

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
May 17, 2012 at 2:48 PM delete

Nampaknya ramai yg kena ubah tabiat mencabut uban ataupun dok kaler rambut bla dh beruban... Tq. Untuk info ni.

Reply
avatar
rAIHan
AUTHOR
May 17, 2012 at 3:52 PM delete

thanx for share, baru tahu tak boleh cabut uban..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
May 17, 2012 at 11:49 PM delete

ayah selalu suruh mak cabut uban. katanya uban yang baru nak tumbuh terasa gatal.
tapi kata nenek pulak. kalau dah banyak di kepala, dah xda rasa gatal dah.

Reply
avatar
Cikra
AUTHOR
May 20, 2012 at 2:37 PM delete

pernah terbaca tentang ni haritu :D

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon