IMAM GHAZALI menggariskan sifat mazmumah (tercela)

pesananimamghazali

IMAM GHAZALI menggariskan sifat mazmumah ( tercela ) kepada beberapa bahagian: 

1- GEMAR MAKAN DAN MINUM; Sesiapa yang kekeyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat . 

2- BANYAK BERKATA-KATA ; Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar. 


3- MARAH ; Berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan . Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan . 


4- HASAD,DENGKI DAN IRI HATI ; Lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain. 


5- KASIH PADA HARTA ; Tiada salah memiliki kemewahan tetapi jika bersifat bakhil, tamak, dan membazir itulah yang dibenci islam . 


6- TAKBUR ; Antara sebab takbur ialah keturunan (tinggi), kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh dan kuat beribadah ( menunjuk-nunjuk) . 


7- RIYAK ; Sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat, dan kedudukan . 


8- UJUB ; Sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri sendiri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan sebagainya . 


9- KASIH AKAN DUNIA ; Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan hati mati . 


SUMBER : FACEBOOK


Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon