Maka Hassan Al Basri dan teman-temannya datang ke rumahnya dan mempersilakan mereka masuk. Kemudian di tutup Rabiatul Adawiyah dan dia duduk di belakangnya seraya berkata:"Siapa yang paling pintar antara kalian maka dia adalah suami saya." Maka mereka menjawab: "Hassan al-Basri".
Rabiah : "Bila dapat pertanyaanku maka aku adalah milikmu."
Hassan : "Tanyalah semoga aku dapat menjawab"
Rabiah : "Apabila aku mati dan keluar dari dunia, apakah aku nanti
keluar dengan beriman atau tidak?'
Hassan : "Itu masalah ghaib dan tidak seorang pun yang
mengetahui kecuali Allah.
Rabiah : "Bila aku telah terletak di liang kubur dan ditanya
malaikat Mungkar dan Nangkir apakah aku nanti
dapat menjawab atau tidak."
Hassan : "Itu juga hal yang ghaib dan tidak seorang pun yang
mengetahui kecuali Allah. "
Rabiah : "Apa orang yang telah dikumpulkan di hari Kiamat
diberikan kepada mereka catatan amalan masing-
masing, dengan tangan kananku atau tangan kirikukah
aku akan menerima catatan amalanku?"
Hassan : "Itu pun barang ghaib juga"
Lalu Rabiah berkata untuk kali terakhirnya :"Hai Hassan , barang tidak dapat menjawab empat pertanyaan yang saya ajukan jangan berfikir untuk dapat mengahwini saya."
Kemudian Rabiah berkata :"Hai Hassan , dalam beberapa bahagiankah ALLAH menciptakan akal?"
"Sepuluh bahagian, sembilan untuk lelaki dan satu untuk perempuan", jawab Hassan.
Rabiah :"Dalam berapa bahagiankah ALLAH mencipta Syahwat?"
Hassan :"Sembilan untuk wanita dan satu bahagian untuk lelaki.
Rabiah :"Hai Hassan , aku dapat menguasai sembilan syahwat dengan satu bahagian akal , sedang kamu pihak lelaki tidak dapat menguasai satu bahagian syahwat dengan sembilan akal yang kamu dapat."
Kemudian , keluarlah Hassan dari rumah Rabiah dengan tangis dan air mata yang bercucuran.
Petikan : Siri Pengajaran Ummah, Cerita & Doa dari Hadis dan Al-Quran
Himpunan Cipta Wan Jamal Bin Haji Wan Mat Saman Halaman 13
4 comments
Write commentsTq for sharing. Sblm ni pernah dgr crita ni tp perbualan rabiah n Hassan tu tak pernah lg.
Replysalam perkenalan...
Replysalam perkenalan.. :)
ReplyHi dtg sini dan follow.. good article! :)
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon