Kisah Nabi Nuh Meraung Tidak Henti-Henti

kisahnabinuh

Kisah Nabi Nuh meskipun tidak banyak diketahui tetapi Allah SWT menyebutnya dalam Al-Quran . Dalam bahasa Arab, makna "Nuh" ialah raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa Nabi Allah itu dipanggil Nuh mempunyai kisahnya yang sangat menarik dan menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.


Cerita Nabi Nuh a.s ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu dihadapannya. Rupa anjing tidak seperti anjing-anjing biasa . Ia bermata empat itu berhenti di depannya dengan agak kehairanan.

Nabi Nuh:"Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh, mata engaku empat tidak seperti anjing biasa yang lain. Mengapa jadi begini? "

Anjing itu pun menjawab: "Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang menghendaki mukaku hodoh begini?" Tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau?"


Nabi Nuh a.s pun meraung (menangis) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu. Ia menangis tidak henti-henti. Terasa benar kesalahan mengkritik kejadian Tuahan. Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah SWT .



Sejak itu namanya pun dipanggil Nuh (raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah SWT.

Tambahan :

Setelah ditegur Allah SWT mengenai keluarganya yang tidak ikut kebenaran, Nabi Nuh menangis bermunajat selama 300 tahun, kerana malu kepada Allah segan teguran itu Nabi Nuh tidak mendongak ke langit selama 40 tahun .

doanabinuh

Sumber :

Cerita dan Doa dari Hadis dan Al-Quran
Himpunan Cipta : Wan Jamal bin Haji Wan Mat Saman halaman 16.
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
May 2, 2012 at 7:36 PM delete

Assalamualaikum selim,

Alangkah baiknya jika kita sebagai manusia memerhatikan ciptaan Allah ini sebagai tanda kebesarannya seabagai pencipta.

Apa saja ciptaan Allah ada kegunaannya.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 22, 2014 at 5:18 PM delete

salam,saya nk tanya dari mana sumber cerita ini?dalam alquran mmg tiada mahupun dalam hadis setakat yang saaya baca.jadi dimana sumber cerita ini.minta pencerahan

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon