Di Kota Madinah ada seorang lelaki yang kuat dan mempunyai tubuh yang besar, dan bernama Rukanah Bin Abdu Yazid. Pada suatu hari, Rasulullah berjumpa dengannya. Rasulullah bersabda kepadanya “Wahai Rukanah, alangkah baiknya kamu bertaqwa kepada Allah dan mahu mengamalkan ajaran yang aku bawa.”
Rukanah menjawab “Seandainya aku mengerti dan memahami bahawa agama yang engkau bawa itu betul, tentu sejak dulu aku telah mengikuti engkau.” Rukanah ingin membuktikan kebenaran Rasulullah dan ingin mengikuti ajaran baginda dengan kekuatan baginda. Rasulullah pun bersabda “Seandainya aku mampu mengalahkan kamu, dapatkah menerima bahawa yang aku katakan adalah benar?” Rukanah menjawab “Boleh ya Muhammad.”
Setelah itu terjadilah perlawanan. Baru sahaja sekali tumbuk, Rukanah terjatuh dan tidak berdaya lagi. Rukanah tidak berpuas hati dan ingin mengulanginya lagi. Baru sekali sahaja tolakan, ia pun jatuh kembali. Ia merasa hairan mengapa tubuhnya yang kuat dan besar itu dapat dikalahkan oleh Rasulullah saw. Rasulullah pun kembali menunjukkan suatu mukjizat yang mengagumkan. Dan berharap Rukanah beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Rukanah pun berjanji akan mengikuti ajaran Rasulullah, asalkan ia dapat melihat satu keajaiban lagi.
Begitulah Rukanah tidak memahami untuk membezakan antara sihir dan mukjizat seorang rasul. Namun begitu, Rukanah akhirnya memeluk ajaran Islam dan meninggal dunia pada zaman kerajaan Muawiyah bin Abi Sufyan.
kembali ke himpunan mukjizat

Rasulullah SAW pun memanggil pohon kayu yang ada di tepi jalan. Kemudian kayu itu pun berjalan mendekati baginda. Kemudian baginda pun bersabda “Kembalilah ke tempat mu semula” Lalu pohon itu pun kembali ke tempatnya semula. Setelah itu Rukanah menemui masyarakat Quraisy dan mengatakan kepada mereka, bahawa Muhammad adalah seorang ahli sihir yang sungguh menakjubkan dan dia mengatakan bahawa dia belum pernah menemui ahli sihir yang lebih hebat daripada Muhammad. Ia juga menceritakan segala yang terjadi ketika ia berjumpa dengan Rasulullah serta kekalahannya dengan Rasulullah.
Begitulah Rukanah tidak memahami untuk membezakan antara sihir dan mukjizat seorang rasul. Namun begitu, Rukanah akhirnya memeluk ajaran Islam dan meninggal dunia pada zaman kerajaan Muawiyah bin Abi Sufyan.
kembali ke himpunan mukjizat
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon