Penggalian parit untuk menghadapi tentera musuh terus dijalankan. Usaha tersebut melibatkan tenaga pekerja sehingga ia bagaikan projek raksasa. Ramai para sahabat berasa lapar dan ada diantara para sahabat melihat perut Rasulullah dalam keadaan di balut dengan batu untuk mengurangkan rasa lapar. Melihat keadaan itu, ada seorang sahabat nabi yang bernama Jabir tidak sampai hati melihat keadaan Rasulullah. Kemudian dia pulang ke rumah dan menyembelih anak-anak biri yang masih kecil, lalu di masaknya.
Selain itu ia juga memasak sedikit gandum. Setelah masak, ia mengajak Rasulullah makan dirumahnya, namun baginda memerintahkan seluruh para sahabat yang menggali parit tersebut turut makan bersama. Baginda memerintahkan kepada Jabir agar periuk tetap diletakkan di atas tungku. Jabir menjadi terkejut ketika mendengar Rasulullah mengajak seluruh sahabat untuk makan dirumah. Seandainya mereka ikut makan sekuruhnya sudah tentu makanan yang disediakan itu tidak cukup. Mungkin di antara mereka ada yang mendapat kuahnya sahaja atau ramai yang tidak mendapat apa-apa.
Jabir segera kembali ke rumah menyampaikan keresahannya kepada isterinya. Isterinya pun ikut terkejut, dan tidak tahu bagaimana cara untuk membahagikan makanan yang sedikit itu kepada sahabat yang sangat ramai itu. Setelah itu Jabir menyampaikan pesan nabi kepada isterinya agar jangan mengangkat periuk yang ada di atas tungku dan jangan memasukkannya ke dalam suatu bekas. Ketika para sahabat sampai di rumah Jabir, Rasulullah berpesan lagi agar jangan makanan itu diangkat dari tungkunya.
kembali ke himpunan mukjizat
Kemudian Rasulullah SAW membahagikan makanan itu kepada seluruh para sahabat, namun begitu isi periuk tersebut tetap seperti semula. Bahkan ketika seluruh sahabat telah merasa kenyang, isi periuk itu tetap tidak berkurang. Begitulah agungnya Mukjizat Rasulullah SAW.
kembali ke himpunan mukjizat
3 comments
Write commentsBONDE DAH BACA...
ReplyALANGKAH MURAH NYA REZEKI PD MASA ITU...
RENUNGAN BERSAMA :)
SYUKUR PADA APA YG ADA...
Terima kasih kerana datang singgah dan komen...
Replyitulah kelebihan rasulullah..allah sentiasa menolong org yg dlm kesusahan..dialah yg maha memberi rezeki kpd kita..:-)
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon