MUKJIZAT 15- DAPAT MENDUGA MAKSUD BURUK UMAIR

kisahperangbadar

Setelah selesai perang Badar, ramai tentera Quraisy yang ditangkap sebagai tawanan perang. Ahli keluarga yang di tawan sentiasa dalam keadaan gelisah. Di antara yang tertawan iaitu anak Umair. Pada suatu hari Umair berjumpa dengan Abu Sufyan bin Umaiyah dekat Ka’bah di kota Madinah kemudian ia berkata: “Wahai Abu Sufyan jika aku mempunyai hutang yang selalu menyusahkan hatiku, dan mempunyai anak yang masih kecil siapakah yang sanggup untuk melaksanakan tanggungjawabku itu?”

Abu Sufyan menjawab: “Wahai Umair, janganlah engkau fikirkan perkara itu, hutang akan aku bayarkan sedangkan anak-anakmu aku jaga seperti anak-anakku sendiri.” Setelah itu Umair mengambil pedangnya dan berangkat ke Madinah dengan tujuan untuk memancung leher Rasulullah SAW. Pada waktu baginda duduk dengan para sahabat, Umair pun datang dengan tiba-tiba sambil membawa pedang. Umar bin Khattab pun berkata: “Dia adalah musuh Allah, kedatangannya adalah untuk berniat jahat.”


Umar pun berdiri dan memegang tangannya untuk dibawa menghadap Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah SAW memperkenankan Umar dan Umair menghadap baginda, maka baginda pun bertanya: “Apakah tujuan kamu datang wahai Umair?” Umair pun menjawab: “Aku datang untuk menebus anakku yang tertawan dan aku mengharapkan agar engkau melayannya dengan baik.” Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi: “ Untuk apa dan apa tujuan engkau membawa pedang itu?” Umair menjawab: “Sesungguhnya pedang ini tidak layak untuk aku gunakan.” Rasulullah bertanya lagi: “Wahai Umair, katakanlah sesunguhnya untuk apa kamu datang kemari dengan keadaan marah?” Umair menjawab: “Aku tidak mempunyai tujuan lain kecuali apa yang telah aku katakan kepadamu.” Nabi menjawab: “Sesungguhnya engkau berbohong, bukankah kamu telah berbincang dengan Abu Sufyan ingin membunuhku?”

Mendengar jawapan Rasulullah itu, Umair pun terkejut kerana Nabi dapat mengetahui dan menyingkap tabir rahsia peribadinya. Teringat kembali olehnya ketika ia berkata dengan Abu Sufyan di hadapan Ka’bah. Ketika itu hanya mereka berdua di sana, dan tidak seorang pun yang mengetahui rencana itu. 

Namun Rasulullah dapat mengetahui apa yang mereka bincangkan. Ia berkata dalam hati: “Apakah pendengaran baginda sanggup mendengar suaraku di Makkah, ataukah pandangan baginda tembus tanpa batas. Seandainya baginda bukan Rasul, nescaya tidak mampu melakukanya.” Pada ketika itu Nur hidayah menerangi hatinya. Akhirnya ia menemukan jalan yang lurus dan dia bersaksi bahawa tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah dan Muhammad itu sebagai utusan Allah. Setelah itu Umair pulang bersama dengan anaknya yang ditawan itu. Sedangkan Abu Sufyan masih tetap dalam kekafiran hinggalah kekuatan Islam memasuki kota Makkah .

kembali ke himpunan mukjizat
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon