MUKJIZAT 14- ORANG KAFIR QURAISY MATI DI TEMPAT YANG DITUNJUK RASULLULAH

kisahmukjizatnabi

Setelah dua tahun Rasulullah SAW membentuk masyarakat Islam di Madinah, para sahabat selalu setia bersama baginda. Mereka dididik dengan pendirian Islam serta sentiasa disiplin dalam mengerjakan sesuatu yang diperintah oleh Rasulullah SAW. Usaha Rasulullah di Madinah iaitu untuk mengukuhkan lagi pembangunan masyarakat Islam, sehingga tidak di tindas oleh kaum kafir. Setelah mereka memperoleh pendidikan Islam daripada Rasulullah SAW mereka sanggup membangun ekonomi, persenjataan dan pertahanan dengan baik. 


Pada suatu hari ketika kalifah perniagaan orang-orang kafir Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan datang dari Syam menuju Kota Makkah, maka baginda menganjurkan kepada para sahabat untuk menghalangi mereka.

Namun begitu Abu Sufyan mengetahui bahawa mereka akan menghadapi ancaman maut. Dia segera memberitahukan perkara itu kepada para pemuda kafir Quraisy di Makkah. Mereka pun menyampaikan kepada rakyat Makkah bahawa kalifah perniagaan mereka dalam keadaan bahaya. Orang-orang Makkah menghimpun kekuatan dengan seribu pasukan berkuda. Mengetahui keadaan itu baginda pun menghimpun kekuatan dan mengajak mereka ke tempat yang bernama Badar.
Sesampainya di tempat tersebut Rasulullah SAW menunjuk pada salah satu tempat sambil bersabda: “Di sini si fulan akan terbunuh, di situ si fulan akan terbunuh.” Baginda menyebut nama-nama mereka. Setelah peperangan selesai, pasukan Quraisy mulai berundur untuk pulang ke Makkah. Abdullah bin Mas’ud memeriksa tentera-tentera yang gugur dalam perang Badar. Dia berjumpa Abu Jahal yang masih hidup dan terbaring di tanah. Abu Jahal masih sempat bertanya dengan Abdullah bin Mas’ud: “Siapakah yang menang dalam peperangan ini?”. Abdullah bin Mas’ud menjawab: “Yang menang adalah tentera Allah dan Rasul-Nya.” Abdullah bertanya: “Wahai Abu Jahal, apakah kamu telah diajar oleh Allah?”. Abu Jahal bertanya: “Dengan apa dia mengajarku?” Abdullah pun kembali bertanya: “Apakah kamu tidak di bunuh oleh bangsamu sendiri?”. Abu Jahal memahami ungkapan Abdullah itu bahawa dia akan di bunuh oleh Abdullah bin Mas’ud. 

Lalu Abdullah memancung leher Abu Jahal, maka matilah ia ketika itu juga. Di tempat yang di tunjuk Rasulullah SAW sebelum perang di situlah Abu Jahal mati. Begitu juga tokoh-tokoh yang lain yang baginda sebut mati di tempat yang baginda tunjuk sebelumnya.


kembali ke himpunan mukjizat
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon