Semasa kita berumur 1 tahun , ibu menyuap kita makan & memandikan kita .
Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam .
Semasa kita berumur 3 tahun , ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita .
Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai .
Semasa kita berumur 4 tahun , ibu membelikan kita pensel warna .
Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah .
Semasa kita berumur 5 tahun , ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya .
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.
Apabila kita berumur 7 tahun , ibu menghantar kita ke sekolah .
Kita membalas budinya dengan menjerit, "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH "
Semasa kita berumur 10 tahun , ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah rumah dan lain-lain .
Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali ibu menghantar kita .
Apabila kita berumur 11 tahun , ibu membelikan kita sebiji bola sepak .
Kita membalas budinya dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran .
Apabila kita berumur 12 tahun , ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV.
Kita membalas budinya dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja ibu keluar rumah .
Apabila kita berumur 13 tahun , ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan .
Kita membalas budinya dengan berkata bahawa ibu tak ada " TASTE " .
Apabila kita berumur 16 tahun , ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk .
Kita membalas budinya dengan mengunci diri dan bersendirian di dalam bilik .
Apabila kita berumur 17 tahun , dan lulus peperiksaan ibu menangis gembira .
Kita membalas budinya dengan tidak balik ke ruamah hingga larut malam kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan .
Apabila kita berumur 19 tahun , ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti mengangkat beg kita dengan penuh kasih sayang sampai ke hostel .
Kita membalas budinya dengan bersalaman dengan ibu di luar bilik takut malu dilihat kawan-kawan .
Apabila kita berumur 20 tahun , ibu bertanya dengan rasa perihatin . Kita ada boyfriend/girlfriend .
Kita membalas budinya dengan berkata,"Ibu ni Kepohlah!!!
Apabila kita berumur 21 tahun , ibu bertanya apa cita-cita kita .
Kita membalas budinya dengan berkata,"saya tak mahu jadi macam ibu"
Apabila kita berumur 23 tahun , kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal di rumah sendiri , ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru .
Kita membalas budinya dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan .
Apabila kita berumur 25 tahun , kita berumahtangga . Ibu menangis gembira dan kita berkata betapa ibu sayang pada kita .
Kita membalas budinya dengan berpindah 300 Km jauh dari ibu .
Apabila kita berumur 27 tahun , ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi-anak kita .
Kita membalas budinya dengan berkata,"Zaman sekarang lain ibu!!! .
Apabila kita berumur 40 tahun , ibu menelefon dan memaklumkan ada majlis kenduri di kampung.
Kita membalas budinya dengan berkata,"Saya Sibuk!!!!
Apabila kita berumur 50 tahun , ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang .
Kita membalas budinya dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit buah-buahan - dan merungut tentang kesibukan kerja dan terpaksa balik segera .
Dan kemudian, pada suatu hari ibu meninggal dunia . Dan tidak sempat untuk kita membalas segala jasa-jasa ibu .
INGAT SELAGI IBU MASIH HIDUP , KASIHI DAN SAYANGILAH IBU DAN JIKA IBU SUDAH MENINGGAL DUNIA, INGATLAH JASA IBU DENGAN BANYAK BERDOA UNTUKNYA .
3 comments
Write commentssebaknya...terima kasih moga Allah rahmati ibu2 di dunia ini...
Replysalam...
Replysinggah pagi kali pertama kat sini sambil folo blog awak..**26.
* alfatihah buat arwah ibu saya... saya mohon share entri ini...
sama2 kita doakan arwah ibu sekamar rindu...
Replyk...
Al-Fatihah buat ibu2 yang telah menjaga dan mendidik kita semua ...yang telah kembali ke Rahmatullah...
dan juga tidak lupa buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W ....
k, Al-Fatihah...
Amin...
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon