Bagaiman Orang Mukmin Menghabiskan Masanya Di Syurga

kisah-disyurga

Pujangga Taufik Al-Hakim berfikir sendiri bagaimana orang mukmin akan menghabiskan hari pertamanya di dalam syurga kelak . Beliau berfikir orang-orang miskin akan makan dengan rakus dan gelojoh hingga memeranjatkan malaikat yang melayani mereka .


Mungkin malaikat akan menasihati mereka agar makan dengan perlahan dan tertib tetapi nasihat itu tidak didengari dan mereka tidak percaya apa yang dikatakan malaikat .

Mereka terus membuncitkan perut dengan segala makanan yang enak dan lazat seolah-olah hidangan itu tidak lama lagi akan diangkat dari situ .

Mereka bimbang buah-buahan yang segar dan enak akan lenyap dan kehabisan seperti mana yang berlaku di dunia .

Malaikat : "Jangan makan terlalu banyak . Jangan bimbang kerana makanan akan selama-lamaya ada di sini ( syurga ) .

Manusia : " Selama-lamanya ada di sini ? Baik , kalau satu hari nanti kami lapar apa akan jadi kepada kami ? "

Malaikat : "Tuan-tuan , di sini tidak ada kelaparan buat selama-lamanya."

Manusia : "Siapa jamin ? Di dunia orang kata begitu . Ada pemimpin-pemimpin yang memberitahu kami : " Kamu tidak akan lapar di bawah dasar-dasar pemerintahan kami" Kami pun ikut pada peringkat pertama, tiba-tiba kami dapati negara lapar kerana rakyat , dan bila kami ikut lagi di peringkat kedua , tiba-tiba kami dapati rakyat juga lapar kerana negara ."

Malaikat : "Tuan-tuan, syurga tidak dimasuki kelaparan .

Manusia : "Itu kita boleh lihat kemudian...."

Salah satu malaikat membisikkan ke telinga rakannya :

"Perasaan takut kepada kebuluran belum lagi hilang daripada ingatan mereka . Barangkali kebuluranlah yang mula-mula lahir di bumi dan yang paling akhir ialah 'mati' .

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Al Basirah
AUTHOR
December 30, 2011 at 3:18 PM delete

sedih :(

walau pun kita tidak berlapar dan dahaga, syurga tetap tujuan.

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
December 30, 2011 at 4:47 PM delete

Kita sebagai hamba....
masuk syurga kerana RedhaNya..Allah,
masuk Neraka pula kerana KeadilanNya...
Berusaha dan bertawakal mendambakan SYURGA ALLAH...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon