Meriba Bidadari

( Gambar ilustrasi adalah sekadar hiasan)

Diceritakan  bahawa di Mesir ada seorang lelaki peniaga kurma bernama Atiyah bin Khalaf . Peniaga muda ini pada mulanya sangat kaya , namun perniagaannya jatuh dan dia menjadi miskin sehingga tidak punya apa-apa kecuali pakaian yang melekat di badannya.


Suatu ketika di hari Asyura , dia solat subuh di masjid Jamik Amru bin Ash. Pada kebiasaannya masjid jamik ini tidak dimasuki oleh kaum wanita kecuali pada hari Asyura untuk berdoa. Atiyah berdoa bersama orang ramai di tempat berjauhan dari orang-orang wanita. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang ibu bersama beberapa orang anaknya.

"Wahai tuan, "kata wanita itu kepada Atiyah . "Saya minta tolong kepadamu kerana Allah, agar sudilah kiranya tuan melapangkan kehidupan kami dengan memberi makan kepada anak-anakku ini. Kerana mereka semua adalah anak-anak yatim yang ditinggalkan mati oleh ayahnya dan tidak meninggalkan apa-apa warisan untuk mereka. Saya adalah seorang syarifah yang tidak kenal sesiapa pun untuk dimintai pertolongan . Saya juga tidak pernah keluar pada hari ini kecuali darurat. Aku terpaksa mengorbankan air mukaku demi kepentingan ini, padahal yang demikian ini bukanlah kebiasaanku."

Atiyah sangat kasihan mendengar keluhan janda menderita itu, maka berkatalah dia di dalam hatinya:" Aku sendiri tidak punya apa-apa, aku tidak punya baju selain yang kupakai ini. Sekiranya aku tanggalkan, sudah tentu auratku terbuka tapi jika aku tolak permintaannya, maka apakah alasan yang aku keluarkan di hadapan Rasullulah nanti. "

" Mari ikut aku agar aku dapat memberimu sesuatu" kata Ayiyah kepada perempuan itu.

Perempuan itu ikut ke rumah Atiyah dan disuruhnya agar berhenti di hadapan pintu. Sementara Atiyah masuk ke dalam dan menanggalkan pakaiannya kemudian menutup auratnya dengan sisa-sisa kain buruk yang masih ada di rumahnya. Setelah itu dia memberikan  pakaiannya kepada perempuan tersebut melalui celah-celah pintu.

"Semoga Allah akan memakaikan engkau dengan perhiasan syurga, dan semoga engkau tidak berhajat kepada sesiapapun selama hidupmu."kata perempuan itu.

Atiyah sangat gembira mendengar doa perempuan yang ditolongnya. Kemudian dia menutup pintu rumahnya dan tinggal di dalamnya rumahnya sambil berzikir sehingga malam kemudian tidur.

Ketika tidur itulah dia bermimpi melihat seorang bidadari yang sangat cantik, seumur hidupnya baru kali inilah dia melihat wajah secantik itu. Tangannya memegang buah epal yang wanginya memenuhi antara langit dan bumi, lalu diberikannya kepada Atiyah. Apabila epal itu dibelah , keluarlah pakaian syurga dari dalamnya yang harganya tidak cukup dibayar dengan dunia serta seisinya . Bidadari memakaikan pakaian itu kepada Atiyah lalu duduk di ribanya.



"Siapakah engkau ini?" tanya Atiyah.

"Saya Asyura ' isterimu di Syurga ." jawab bidadari.

"Bagaimana aku boleh memperolehi orang seperti engkau?"

"Dengan doa seorang janda bersama anak-anak yatim yang engkau berbuat baik terhadapnya semalam. "


Atiyah terjaga dari tidurnya, ternyata keadaan di sekitarnya masih wangi , yang tiada siapa yang tahu dari mana datangnya selain Allah. Atiyah terus mengambil wuduk kemudian solat dua rakaat , bersyukur kepada Allah kemudian mengangkat tangannya ke langit sambil berdoa : "Wahai Allah , sekiranya mimpiku itu betul dia adalah isteriku di Syurga , maka kembalikanlah rohku kepada Mu."

Sebaik saja doanya selesai , Atiyah telah pulang ke rahmatululah. Radiaalhu anh...
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon