( Gambar adalah sebagai hiasan )
01- Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam layari lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA . ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02- Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH . Orang yang insaf akan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan ALLAH juga.
03- Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH , maka dia tawwaduk kepada ALLAH , dia akan dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04- Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu bagaikan baja bagi tanam-tanaman.
05- Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06- Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07- Hai anakkku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah , memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08- Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat,tetapi akan lebih berat daripada semua itu bilamana engkau mempunyai tetangga ( jiran ) yang jahat.
09- Hai anakku, janganlah engkau mengirim orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang cerdik , sebaiknya dirimu saja yang layak menjadi utusan.
10- Jauhilah dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan bagaikan memakan daging burung padahal berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11- Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12- Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13- Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14- Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang bertakwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka .
15- Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih ia mahu menambahnya.
16- Hai anakku, bilamasa engkau mahu mencari kawan sejati , maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17- Selalulah baik tuturkata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18- Hai anakku, bila engkau berteman tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19- Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau menghadap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20- Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu hatimu selalu disusuhkan oleh dunia sahaja, kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21- Hai anakku, usahakanlah mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalu berbicara usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22- Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalu bukan sesuatu yang mengelikan , janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidal ada guna bagimu, janganlah sia-siakan hartamu.
23- Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun , dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya daripada berkata kotor tentu akan menyesal.
24- Hai anakku, bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikan kata nasihatnya kerana kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya. Hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
6 comments
Write commentsperk0ngsian yg menarik..=)
Replym0ga tr0s istiqamah dalam mengejar redha Nya..
~ sharing is caring..(^_~) ~
salam 2012 .... pesanan terbaik
ReplyAlangkah indahnya mutiara kata yang diungkapkan oleh Lukman Al-Hakim , betul-betul ungkapan yang memberikan motivasi dan inspirasi bagi kita semua, Subhanallah , Maha Suci Engkau Ya Allah. salam perkongsian dari kalimantan selatan.
ReplyAlangkah indahnya mutiara kata yang diungkapkan oleh Lukman Al-Hakim , betul-betul ungkapan yang memberikan motivasi dan inspirasi bagi kita semua, Subhanallah , Maha Suci Engkau Ya Allah. salam perkongsian dari kalimantan selatan.
ReplySekedar Info:
ReplyAda buku baru dan menarik hati tentang Siapakah Luqman dalam sejarah
“LUQMANUL HAKIM ADALAH SOCRATEES BERKULIT HITAM” tulisan Muhammad Alexander (Wisnu Sasongko)
Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM).
Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.
Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:
Pertama – Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam dan bekas hamba abdi
Kedua – Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.
Kandungan Isi buku:
. Pendahuluan
. Terjemahan Surah Luqman
. Sejarah Hidup Socrates dan Falsafahnya
. Garis Masa Yunani kuno
. Socrates Berkulit Gelap Keturunan Afrika di Yunani
. Socrates adalah Hamba kepada Alcibiades
. Socrates Ahli Hikmah dan Pencari Hikmah
. Socrates Mengajar Manusia supaya Bersyukur kepada Allah dengan Cara Mengenali Diri Sendiri dan Sembahyang
. Nasihat Socrates supaya Tidak Menyekutukan Allah
. Socrates Berpesan supaya Lamprocles (Anaknya) Berbakti kepada Ibu Bapa
. Socrates Percaya Tuhan akan Membalas Semua Perbuatan Manusia
. Socrates Mengajak kepada Kebaikan dan Mencegah Kejahatan
. Kesabaran dan Kawalan Diri Socrates
. Usah Sombong
. Socrates Mengajak Hidup Bersederhana
. Tuhan Memudahkan Segala-Galanya untuk Manusia
. Socrates Dihukum Mati Menelan Racun sehingga Digelar “Luqman”
. Mencari Maksud Kata Nama Socrates dan Luqman
. Menuju Pemurnian Falsafah Socrates
. Kesimpulan: Socrates (469-399 SM) adalah Luqmanul Hakim dalam Sejarah
Buku & versi ebook boleh dibeli di sini: http://pts.com.my/buku/luqmanul-hakim-adalah-socrates-berkulit-hitam/
ReplySecara umumnya, buku ini ditulis oleh Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander berasal daripada Indonesia. Setakat ini beliau telah menulis sebanyak 4 buah buku yang tebalnya sekitar 700 muka surat semua sekali.
Secara zahirnya, buku ini ada tiga bahagian. Bahagian pertama bertajuk 'Mengenali Socrates' yang mengandungi 5 bab. Bahagian kedua bertajuk 'Hikmah Socrates' yang mengandungi 10 bab. Dan bahagian ketiga bertajuk 'Kematian Socrates' yang mengandungi 3 bab dengan 1 bab Kesimpulan.
Secara ringkasan isinya, buku ini mencari siapakah di sebalik Luqman al-Hakim yang Allah SWT bicarakan dalam al-Qur'an. Penulis yakni Wisnu Sasongko meletakkan calon Luqman iaitulah Socrates. Umum mengetahui bahawa Socrates adalah ahli falsafah Yunani silam yang hidup sekitar 400-300 SM. Banyak penulis Barat menyifatkan beliau sebagai seorang yang berkulit putih seperti bangsa-bangsa Yunani yang lain. Malah, beliau juga dikaitkan dengan tuduhan sebagai seorang lelaki yang melawan tabiinya dan beragama paganisme (politeisme) seperti anutan bagsa Yunani ketika itu. Namun, Wisnu Sasongko berusaha mengemukakan hujahnya bahawa Socrates bukanlah seperti yang disifatkan penulis Barat, malah beliaulah calon Luqman al-Hakim dalam al-Qur'an. Buktinya diutarakan dalam dua sudut. Pertama, sudut fizikal sebenar Socrates; dan kedua, kaedah Socrates berfalsafah.
1. Socrates adalah lelaki berkulit hitam, berbibir tebal, berhidung kemek, anak kepada seorang hamba dan seorang hamba abdi. Dalam bahasa mudah beliau berketurunan Negro.
Hal ini dilihat dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW bahawa Luqman al-Hakim yang hidup di zaman Nabi Daud adalah seorang yang berkulit hitam. Memang terdapat khilaf antara ulama Hadith tentang kesahihan Hadith tersebut. Namun, WS menyatakan bahawa Hadith tersebut adalah sahih. Sebagai bukti, sila Google imej Socrates dan anda akan dapati wajahnya berbeza dengan Plato, Aristotle dll.
2. Socrates adalah seorang ahli falsafah yang suka menyampaikan kebenaran atau persoalan ketuhanan melalui kaedah soal-jawab atau kaedah dialektik.
Hal ini dilihat dengan keselarasan antara isi kandungan al-Qur'an dengan hikmah-hikmah yang disampaikan (didakwah) oleh Socrates kepada anak-anak muda Athens. Ucapan-ucapan ini dibukukan semula oleh beberapa orang muridnya antaranya Plato dan Xenophon. Kesemua nasihatnya dilihat selari dengan isi kandungan al-Qur'an.
Persoalannya, bagaimanakah Socrates dikatakan seorang penganut paganisme? Mengapakah beliau dituduh sebagai lelaki berperilaku luar tabii? Dari manakah Socrates mendapat ilmu ketuhanan sekiranya benar dia seorang monotheisme? Apakah sebab utama penulis Barat menyembunyikan identiti beliau seorang berkulit hitam? Malah di akhir hayatnya dia dihukum bunuh oleh pemerintah Athens, mengapakah ia berlaku? Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, silalah beli dan baca sendiri buku ini. Wisnu Sasongko buat buku ini agar kalian beli dan membacanya, insha-Allah tak rugi.
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon