Diceritakan bahawa ada seorang sahabat datang ke rumah Khalifah Umar Ibnul Khatab untuk mengadukan perangai buruk isterinya . Apabila orang itu tiba di pintu rumah Khalifah . Tiba-tiba dia terdengar isteri Khalifah sedang mengangkat suara mengata nista Khalifah sedangkan Khalifah hanya diam saja , tidak menjawab sepatah pun .
Maka sahabat itu pun tidak jadi hendak mengadu , malah tergesa-gesa hendak kembali meninggalkan rumah Khalifah . Maka dengan tidak semena-mena dia dipanggil oleh khalifah seraya bertanya kepadanya : "Apa hajatmu datang kemari ?"
Jawabnya : "Tidak ada apa-apa Wahai Amirul Mukminin! "
Tanya Khalifah : " Mengapa tidak ada apa-apa?"
Kata sahabat itu lagi : " Sebenarnya saya datang ini untuk mengadukan kelakuan buruk isteri saya, Wahai Amirul Mukminin . Tetapi tiba-tiba saya mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya.
Berkata Khalifah Umar :
" Wahai saudaraku! Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya . Dia telah memasak makananku, membuat roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusukan anakku, padahal itu tidak wajib atasnya . Dia menjadi tempat kemesraanku, dimana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram . Bagaimana dapat aku menentangnya , jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga saja"
Kata sahabat itu pula : "Saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan hamba juga, Wahai Amirul Mukminin .
Maka berkata Amirul mukminin lagi :
"Wahai saudaraku! bersabarlah atas kelakuan isterimu itu .
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon