10 SEBAB DOA TAK MAKBUL

10-sebab-doa-tak-makbul

Ketika Ibrahim Bin Adham ( seorang ahli sufi yang mahsyur ) berada di tengah pasar Basrah , beliau dikerumuni orang ramai . Di antara mereka ada yang bertanya sebab doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepada-NYA.Lalu beliau menjawab : "Ia disebabkan hati kamu yang buta 10 perkara iaitu :


Pertama , kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-NYA.

Kedua, kamu sangka kamu cinta kepada Rasullulah S.A.W tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

Ketiga, kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

Keempat, kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukur-NYA.

Kelima, kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

Keenam, kamu berkata syurga itu tetapi kamu tidak beramal untuknya.


berdoa

Ketujuh, kamu berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

Kelapan, kamu berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.

Kesembilan, kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia lain tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

Kesepuluh, kamu kebumikan mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka. 
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon