Mengecewakan orang lain merupakan satu perbuatan yang tidak disukai Nabi Muhammad S.A.W . Malah, baginda sentiasa berusaha untuk menghormati sesiapa saja. Satu keperibadian nabi muhammad saw yang tiada tolak bandingan. Untuk itu, baginda membatalkan puasa sunatnya semata-mata untuk menghormati tuan rumah yang dikunjunginya, yang menyediakan makanan tengah hari untuknya.
Itulah juga nasihatnya kepada Ali bin Abu Talib , apabila mendapati Ali menolak hidangan daripada seseorang pada siang hari, dengan alasan berpuasa .
Bagi baginda Rasullulah , menjaga perasaan dan menghormati rezeki yang diberikan orang lain adalah lebih penting daripada puasa sunat.
Ini kerana puasa sunat boleh digantikan di lain waktu, sedangkan hati orang yang kecewa dan sakit hati boleh dipendam selama bertahun-tahun .
Dalam memperkatakan tentang rasa hormat yang diamalkan Rasullulah itu, baginda sebagai seorang pemimpin agama , juga sangat menghormati pemimpin dan umat agama lain.
Malah , apabila mereka mengunjunginya , Nabi memberikan layanan yang baik dan menjamu mereka .
Menurut riwayat, untuk menghormati mereka , Nabi pernah membentangkan kain sarbannya sebagai alas duduk mereka .
Nabi pernah mempersilakan mereka melaksanakan upacara agama di rumah baginda yang bersebelahan dengan masjid .
Memang sikap Rasullulah yang sangat lemah lembut dan berperibadian tinggi memikat sesiapa pun yang melihatnya .
Sekalipun Rasullulah seorang pemimpin agung, beliau tetap seorang manusia yang sangat merendah diri .
Diriwayatkan bagaimana baginda menjahit sendiri pakaiannya yang koyak, tanpa menyuruh isterinya atau orang lain melakukannya .
Padahal, jika baginda meminta sesiapa saja menjahitnya, pasti orang itu akan melakukannya dengan senang hati .
Sebagai ketua keluarga pula, Rasullulah menumjukkan contoh terbaik . Baginda boleh melakukan apa saja termasuk memerah susu kambing untuk keluarganya atau untuk dijual. Baginda juga dikatakan boleh membuat roti .
Sebagai suami, Nabi Muhammad memang amat mencintai isteri-isterinya . Baginda juga disifatkan sebagai seorang suami yang romantik.
Ini terbukti apabila beliau memanggil isterinya, Aishah , dengan panggilan manja iaitu ertinya pipi yang kemerah-merahan . Tidak pernah dalam hidupnya , Nabi menampar dan bersikap keras terhadap isteri-isterinya . Pernah pada suatu ketika, Rasullulah ternampak seorang lelaki menampar isterinya . Baginda mendekati lelaki itu dan bertanya : " Mengapa kamu memukul isterimu?"
" Dia tidak mahu menurut perintahku Ya Rasullulah. Isteriku ini sangat keras kepala ," kata lelaki itu.
" Aku tidak menayakan alasanmu . Aku cuma menayakan mengapa kamu memukul orang orang yang telah melahirkan anak-anakmu," kata Nabi lagi.
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon