Salam sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dalam menggunakan Visa Debit Card Maybank dalam urusan pembelian online. Selama ini yang kita tahu, hanya 2 kad debit yang boleh digunakan untuk pembelian online, iaitu Visa Debit Card Public Bank Electron, dan juga Visa Debit
Card Al-Rajhi Bank.
Sekarang muncul pula Visa Debit Card Maybank. Saya baru mendaftar kad debit maybank ini beberapa hari yang lepas, dan Alhamdulillah hanya mengambil masa 5-10 minit sahaja.
Caranya, jika anda dah dapat kad ATM maybank yang ada gambar ceri seperti diatas, anda boleh login ke akaun Maybank2u.Com dan klik UTILITIES, kemudian klik “Maybankard Secure Online Shopping Registration“.
Di situ ada tertulis MSOS password, iaitu password yang akan anda masukkan sewaktu mengesahkan pembelian anda menggunakan kad debit tersebut.
Personal Assurance Message ialah mesej yang akan keluar di laman pembayaran nanti, tujuannya tidak saya ketahui, tapi mungkin untuk memudahkan anda mengingati password anda. Ia tidak boleh mengandungi special character seperti noktah, koma, dan tanda soal, jadi hati-hati semasa mengisi ruangan ini.
Kemudian, rujuk kad Maybank anda untuk mengetahui expired date dan juga cvv.
Selepas semua maklumat diisi, anda boleh submit permohonan anda. Jika tiada masalah, anda terus boleh menggunakan debit card Maybank untuk urusan pembelian online.
Berbalik kepada kisah saya, kegunaan pertama Kad Debit Maybank itu ialah untuk menambah funds di dalam akaun Entropay saya semalam, dan akhirnya berjaya. Yes..lepas ini tidak perlu lagi bergantung kepada kad debit Al-Rajhi yang saya ada untuk urusan seharian. Bukan apa, kat penang ni jauh giler cawangan Al-Rajhi dari tempat saya. Kat Terengganu pulak takde, jadi memang agak memeritkan untuk menggunakan Kad Debit Al-Rajhi ni. Kad Debit Public Bank pun sama.
Seterusnya misi saya ialah mencipta vcc untuk kegunaan saya. Malangnya akibat masalah internet, amount di dalam kad debit ditolak, tapi duitnya tak masuk ke dalam vcc tu. Argh..memang pening masa tu, esoknya saya terus emel ke support Entropay, Alhamdullillah dorang cakap memang autodeduct, tapi dorang tak amik amount tu, dan Insyaallah amount tu akan masuk balik ke debit card Maybank dalam tempoh 72 jam – 6 hari bergantung kepada bank.
Oh lupa, anda boleh berbelanja sebanyak mana menggunakan kad debit tu, bergantung kepada banyak mana duit yang ada dalam akaun Maybank anda. Hehe..Syokkan…semuanya di hujung jari sahaja…
Kegunaan kedua yang saya tau, anda boleh gunakan Kad Debit Maybank untuk verify akaun Paypal anda, tidak kira untuk akaun Business atau Premier. Tutorial penggunaannya ada ditunjukkan di blog Bro Rohaizad.
Kegunaan ketiga, saya pasti semua peniaga di Ebay akan tersengih lebar, kerana mereka mempunyai satu lagi kad debit alternatif untuk membayar fee Ebay.
Kegunaan keempat, untuk mereka yang bergiat dalam bisnes Global Domain International, (GDI) di mana memerlukan kad debit/kad kredit untuk membayar fee USD10 setiap bulan.
Jadi, ini satu berita gembira kan? Nak buat duit online sekarang sudah tidak sesusah dulu lagi, semuanya telah disediakan, antara nak dengan tidak je. Renung-renungkan…selamat buat duit online.
2 comments
Write commentsUntuk maklumat aje,,,
ReplyAda kad kredit atau debit card ni memang penyelamat sebenarnya. Especially masa travel , cash pulak abis. Tp skrg dah ada ewallet atau e dompet . Pakai ni pun senang gak dan secure sbb tak payah pegang cash bebanyak.
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon