CARA MEMBUAT SUSU SOYA

caramembuatsususoya

Cara membuat susu soya tidaklah susah andai kita tahu cara-cara membuatnya. Disini saya titipkan atau tinggalkan cara-cara membuat susu soya ikut langkah demi langkap ok. 

Air Soga 
emm...semenjak 2 menjak ada bnyk stok kacang soya kat rumah ni, galak lah aku membuat hidangan berasaskan kacang soya...yg paling senang air soya ni lah...eee...kalo letak ais nih....pergh..segar sampai ke tulang! tp, sbb cuaca kat sini yg macam duk kat dlm peti sejuk besar..lupakan la hasrat tuh, minum suam2 lagi sedap...hehehehehe!

Bahan2:

2 cwn kacang soya
2 helai daun pandan
Air
Gula



Cara2:


Rendam kacang soya tu semalam....Bila da kembang basuh dan gonyoh2 buang kulit.Pastu blender kcg soya tu. Ration air dgn soya kena sama level ok. Pastu, tapis menggunakan kain kasa. Kalo xder, pakai jelah apa2 kain yg boleh tapis air tuh. Perah sehingga ketitisan yg terakhir...hikhikhik! Setelah selesai blend, masak atas api yg sederhana. Tambah lar air kalo air soya tu nampak terlalu pekat. Ikut tekak korang ler. Api memasak pula x boleh terlalu besar sbb dikuatiri air kcg tu akan pecah minyak. Masukkan daun pandan (kalo suka la). Masak sehingga mendidih perlahan. Kemudian, masukkan gula secukup rasa...Dah siap!!

Tau Fu Fa

Hari ini aku nak buat Tau Fu Fa. Seronok sgt sebab menjadi...tima kasih banyak2 kpd Cik Mat Gebu yg sudi bagi resepi turun temurun nenek moyang dia tuh! Selalu beli jer kat pasar malam, tp kat sini pasar apa diharap....

Aku jumpa Gypsum Powder kat Tai Sun. Tanpa segan silu aku pun mengangkut la sebungkus. Aku mcm x percaya aku nak buat Tau Fu Fa..tp, aku percaya...Aku Bolehh!!! Caiyokkk!!

Meh tgk resepi dia...simple je taw! Oh ya aku wat separuh jer dari resepi di bawah...itupun boleh makan sampai puas siap bg jiran2..ahakss!


Bahan2:


4 liter air kacang soya (tgk sini utk cara membuat 
Air Soya Homemade)tp, xyah letak gula kalo nak wat tau fu fa
11 gram Gypsum Powder
20 gram Cornstarch
1/2 cawan air

Bahan kuah:
Air gula merah

* masak gula merah dgn portion 1 gula: 1 air. Masak sampai gula nampak likat.

Cara2:



Rebus air kcg soya hingga mendidih. Berhati2 bila dia da nak mendidih...takut dia melimpah2 dari periuk. Rajin kacau semasa memasak untuk mengelakkan jadi kerak.Bila dah mendidih, matikan api.

Kemudian, masukkan Gypsum Powder & Cornstarch (tepung jagung yekk...) kedalam air. Bancuh sehingga sebati.Kemudian ambik bekas untuk setting tau fu fa cth: bekas plastik pun boleh. Masukkan air bancuhan gypsum dgn constarch tadi...goyang2 kan bekas spy bancuhan tidak mendap. Kemudian, masukkan air soya yang baru lepas mendidih tu cepat2. Biarkan sehingga 15 minit. Bila nampak bancuhan dah set, baru boleh di senduk dan dimakan dgn air gula melaka atau gula merah.
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon