Syawanah adalah daripada salafussaleh daripada golongan wanita. Syawanah mempunyai seorang anak lelaki. Dia mendidik anaknya dengan sebaik-baiknya dengan ilmu yang cukup sehingga dia menjadi pemuda yang soleh. Inilah kisah Salafussaleh Syawanah.
Setelah besar anaknya memohon kepada ibunya untuk pergi mengembara untuk berjumpa dengan raja, tetapi ditolak oleh Syawanah. Ini kerana Syawanah merasakan bahawa anaknya belum cukup ilmu untuk bergaul dengan raja dan orang-orang besar. Si anaknya sangat patut kepada nasihat dan dia terus menimba ilmu dengan ibunya.
Suatu hari, anak lelakinya pergi ke bukit untuk mencari kayu api dengan haiwan tunggangannya. Sampai disuatu tempat dia turun dari bintang tunggangannya dan pergi mengumpulkan kayu api. Sementara haiwan tunggangannya ditambat. Setelah mengumpulkan kayu api yang dikehendaki kayu itu dinaikkan di atas punggung haiwannya.
Tiba-tiba haiwan tunggangannya itu , dibaham harimau. Dengan beraninya pemuda soleh itu terus meletakkan tangannya ditengkuk harimau itu sambil berkata:"Wahai mahkluk Allah aku naikkan kayu-kayu ini dipunggungmu."
Harimau yang buas itu tadi tiba-tiba menjadi jinak dan bagaikan dicucuk hidung mengikut sahaja kemahuan pemuda soleh itu. Setelah kayu-kayu itu dinaikkan pemuda itu mengarahkan harimau itu menuju ke rumahnya. Apabila sampai dihadapan rumahnya pemuda soleh itu pun menegetuk pintu rumahnya.
"Siapa di luar" tanya si Syawanah .
"Aku anakmu" jawanya .
Apabila si ibu membuka pintu alangkah terperanjatnya dia apabila melihat seekor binatang buas berdiri di halaman rumahnya dengan membawa kayu api.
"Wahai anakku , Apa ini? "tanya ibu terperanjat.
Tungganganku telah dimakan harimau ini lalu aku memerintahkan agar dia membawakan kayu-kayu ini sebagai gantinya. Lalu si ibu (Syawanah) memberitahu kepada anaknya bahawa ilmu yang dimiliki oleh anaknya itu telah sampai batasnya yang membolehkan dia untuk berkhidmat kepada raja. Maka pergilah pemuda soleh itu dengan keyakinan kepada Allah. Syawanah 'membekalkan' doa untuk anaknya agar selamat dalam perjalanannya.
Begitulah kisah salafussaleh Syawanah yang mendidik anaknya dengan sebaik-baiknya dan menyerahkan segala urusan kehidupan hanya kepada Allah. Tanpa sedikit ada keraguan tentang 'tawakal' nya hanya bulat-bulat kepada Allah. Begitulah juga dengan anaknya begitu gagah dan berani kerana baginya tiada sesuatu yang lebih berkuasa selain Allah SWT.
Sumber : Cerita-Cerita Motivasi Untuk Hidup Bertakwa
6 comments
Write commentsAssalamualaikum MSelim3, secara jujur saya amat terkesan dgn perkongsian ilmu ini. T kasih.. :)
Replyhttp://www.diarijejakahangat.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html
ReplyJom Join
Insaallah ... kalau free nanti mselim3 join... k
Replywaalaikummusalam.. khir,
Replyterima kasih.. sudi visit mselim3 dan sudi membaca entry mselim3...
boleh dijadikan cerita untuk budak2 sekolah ni..nak kongsi dengan diorang la nanti :)
Replyasalam subahanallah...sesuangguhnya dia amat hebat
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon