Kisah Karamah Ummu Aiman

ibuangkatrasullulahsaw

Barakah adalah seorang gadis yang berasal dari Habsyah (Ethiopia). Pada asalnya Barakah merupakan seorang hamba yang didagangkan atau dijual di pasar. Namun, beliau diselamatkan atau telah dibeli oleh bapa Rasullulah saw iaitu Abdullah bin Abdul Muttalib. Barakah telah diberikan gelaran sebagai "Ummu Aiman". 


Berikutan pemergian Abdullah, bapa Rasullulah saw atas urusan perniagaan Barakah menjadi pembantu peribadi kepada isteri Abdullah,iaitu bonda Rasullulah saw iaitu Aminah binti Wahab. Apabila Aminah melahirkan Baginda Rasullulah saw, Barakah bertindak sebagai pengasuh dan penjaga kepada Rasullulah. Setelah Aminah meninggal dunia, Barakah bersama-sama Rasullulah saw menetap di rumah Abdul Muttalib. Setelah baginda bernikah dengan Khadijah binti KhuwalidBarakah turut mengikuti Rasullulah menetap di rumah Baginda. Hasil usaha Rasullulah bersama Siti Khadijah binti Khuwailid Barakah dinikahkan dengan anak angkat baginda Zaid bin Harithah.

Ummu Aiman ialah salah seorang ibu angkat Rasullulah saw sesudah ayah dan ibu kandung Rasullulah saw, Aminah meninggal dunia ketika Baginda masih kecil dan baginda diserahkan untuk diperlihara oleh datuknya Abdul Muttalib. 

Ummu Aiman ikut serta dalam rombongan awal yang disuruh oleh Nabi Saw berhijrah ke Madinah. Untuk melakukan perjalanan itu beliau tidak membawa bekalan sedikit pun. Bila rombongan itu berhenti di suatu bernama Rauha untuk merehatkan kaki yang lesu, Ummu Aiman merasa terlalu dahaga, tetapi kerana imannya begitu teguh beliau bersungguh-sungguh menahan dahaganya . 
ujianbuathambaallah

Ummu Aiman berkata:"Pada waktu itu aku mendengar seperti guruh di langit. Aku mendongak ke atas dan kemudian aku lihat sebuah timba seperti dihulurkan dari atas dengan tali berwarna putih

"Timba itu berisi air. Aku minum air itu sehingga aku kenyang.
Ummu Aiman berkata:"Sejak aku mimum air itu aku tidak pernah lagi merasa dahaga. Aku cuba berjalan di bawah cahaya matahari yang panas terik, namun aku tidak juga merasa dahaga." 

Sumber : Siapakah Wali?

13 Comments

  1. kisah kehebatan orang yang beriman

    ReplyDelete
  2. subhanaAllah nikmat yang di beri kepadaNya... sangat beruntungmendapat rahmat dari ALLAH

    ReplyDelete
  3. Tidak rugi andai kita melindungi iman yang Allah kurniakan..insyaAllah. .

    ReplyDelete
  4. best cerita. baru tahu kisah ummu aiman ni

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum mSelim. Kerana keberkatan Nabi Muhammad..:)

    ReplyDelete
  6. salam ptg. maaf lama x kesini gara2 terlajak busy skang ni. TQ for sharing this yer

    ReplyDelete
  7. subhanallah bayak pngajaran
    yg bleh diambil dlm kisah ni bro...mnarik...

    ReplyDelete
  8. Kisah yang banyak pengajaran...terima atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  9. Assalam MSelim3;
    Saya baru mengetahui tth kisah ini. T kasih atas perkongsian ilmu ini ye. Mudah2an Allah sentiasa memberkati... aamiin.

    ReplyDelete
  10. Subhanallah...
    Setiap Kesabaran itu pasti ada ganjaran Allah.
    Alhamdulillah

    ReplyDelete

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3