Kisah Karamah Rabiatul Adawiyah Dengan Pencuri

kisahrabiatuladawiyah
Gambar Sekadar Hiasan Semata-Mata

Rabiatul Adawiyah ialah seorang wanita yang sangat mulia dan mahsyur karamahnya di seluruh dunia islam hingga beliau disifatkan seorang diantara beberapa orang wali perempuan yang tidak ramai jumlahnya. 

Asalnya beliau seorang penyanyi yang mencari rezeki dengan menghibur golongan bangsawan dan hartawan dengan suaranya yang merdu. Tetapi setelah beliau insaf dan bertaubat atas segala dosa-dosanya itu kepada Allah swt. Beliau kalau dahulu menyanyi sepanjang malam kini telah berubah dengan memenuhkan masa malamnya dengan beribadat,berzikir dan membaca Al-Quran sambil menangis dan bermunajat kepada Allah untuk memohon keampunan dan belas kasihan kepadaNya. Akhirnya permohonan Rabiatul Adawiyah diperkenankan dan Allah mengurniakan martabat yang tinggi kepadanya.

Syeikh Syaiban Ar-Rayi seorang ahli sufi yang terkenal dan meriwayatkan bahawa Rabiatul Adawiyah datang kepadanya menyatakan hasratnya untuk menunaikan haji ke Makkah. Syeikh Syaiban menyangka Rabiatul Adawiyah memerlukan bantuan kewangan daripadanya, lalu dia memberikan bantuan kewangan beberapa keping wang emas daripada kantungnya. 

Sambil memegang wang itu, Rabiatul Adawiyah mengangkat tangan lantas berdoa. Dengan izin Allah tangan Rabiatul Adawiyah penuh dengan wang emas. Akhirnya Syeikh Syaiban bersetuju untuk pergi ke Makkah bersama Rabiatul Adawiyah. Mereka pergi tanpa sebarang bekalan, ini kerana tawakal mereka cukup tinggi hanya mengharapkan 'pertolongan' Allah semata-mata. 

Al Manawi meriwayatkan bahawa ada seorang pencuri telah masuk ke dalam rumah Rabiatul Adawiyah yang sedang tidur kemudian mengambil semua pakaian Rabiatul Adawiyah. 


Tetapi ketika pencuri itu hendak menuju keluar daripada rumah Rabiatul Adawiyah. Sayang sekali dia tidak nampak pintu keluar di mana-mana di dalam rumah Rabiatul Adawiyah itu. Sesudah lama puas mencari pintu keluar tidak berjumpa pencuri itu meletakkan balik pakaian itu, barulah dia nampak pintu keluar yang tadi telah lenyap. 

Kemudian dia (pencuri) itu mendengar satu suara :"Kami akan menjaganya walaupun dia sedang tidur. Letakkan balik pakaian itu ditempatnya." 

Akhirnya pencuri itu keluar daripada rumah Rabiatul Adawiyah tanpa mengambil apa-apa pun.

Dalam satu riwayat lain, diceritakan bahawa Rabiatul Adawiyah ketika menaiki unta hendak pergi menunaikan haji tiba-tiba unta jatuh sakit dan mati di dalam perjalanan . 

Rabiatul Adawiyah pun berdoa , kepada Allah SWT meminta pertolongan agar untanya yang telah mati dihidupkan semula. Alhamdulillah, tiba-tiba unta Rabiatul Adawiyah yang telah mati itu hidup kembali dengan izin Allah SWT. Beliau dapat mengerjakan haji dengan sempurna dan selamat pulang dan sampai ke rumahnya kembali. Sesudah itu, barulah unta itu mati semula. 


Sumber : Petikan Siapakah wali?
Previous
Next Post »

14 comments

Write comments
HAMIDIsP
AUTHOR
September 17, 2014 at 1:28 PM delete

Assalaamualaikum mSelim. Alanfkah bertuahnya jika ada seorang lg wali Allah dikalangan wanita spt ini dizaman sekarang.

Reply
avatar
Cik Nor
AUTHOR
September 17, 2014 at 1:42 PM delete

assalamualaikum..

good sharing

Reply
avatar
September 17, 2014 at 1:46 PM delete

Allahu..terlalu tinggi martabat wanita ini...

Reply
avatar
dear anies
AUTHOR
September 17, 2014 at 2:14 PM delete

agak2 ada x wanita mcm beliau pd ms skrg??

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
September 17, 2014 at 7:37 PM delete

Assalam mselim,
Rabiatul Adawiyah....memang namanya harum diseluruh dunia dan pasti juga di akhirat kelak!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 17, 2014 at 10:25 PM delete

Masyaallah... dari seorang penyanyi kepada seorang yang tinggi darjatnya di sisi Allah...

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
September 18, 2014 at 2:20 AM delete

Assalam MSelim3;
Mmg pernah baca ttg beliau & bertambah lagi ilmu bila membaca entri ini. T kasih & semuga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

Reply
avatar
Tunsha Ayunie
AUTHOR
September 18, 2014 at 2:22 AM delete

SubhanAllah.. secantik namanya :)

Reply
avatar
arzmoha
AUTHOR
September 18, 2014 at 3:20 PM delete

Hebat mereka di zaman dahulu.
Mselim maaf laam tak berkunjung di sini

Reply
avatar
September 18, 2014 at 6:37 PM delete

Subhanallah, tiada apa yang mustahil bagi Allah...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 22, 2014 at 8:40 PM delete

keikhlasannya bertaubat sehingga mengalirkan air mata ...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon