Kisah Karamah Ahmad bin Hanbal

imamhanbali

Ahmad bin Hanbal yang diberikan gelaran 'Imam Hanbali' adalah salah seorang daripada empat Imam Besar mazhab ilmu fiqh dalam sejarah islam. Beliau juga seorang yang alim dan tegas dan menghafal banyak hadis, selain al-Quran. Beliau juga sanga banyak beribadat kepada Allah SWT dan sentiasa takut kepadaNya.


Oleh itu, wajarlah beliau sangat dikasihi Allah dan kerana itu banyak karamah yang diberikan kepadanya sehingga beliau sangat dihormati dan disegani oleh orang ramai.

Imam Tabrani meriwayatkan bahawa ada seorang ibu lumpuh 

seluruh anggotanya selama 20 tahun, tetapi dengan karamah Imam Hanbal penyakitnya itu disembuhkan oleh Allah SWT.


Pada suatu hari, ibu menyuruh anak lelaki pergi menemui Imam Hanbal. Anaknya yang taat itu pergi ke rumah Imam Hanbal dan mengetuk pintu rumahnya beberapa kali tetapi ketukannya tidak berjawab. Si anak berazam tidak akan pulang sehingga dia dapat menyampaikan permintaan ibunya kepada Imam Hanbal.

Akhirnya dia mendengar suara jawapan dari dalam :"Siapakah di luar?"

Si budak lelaki tadi menjawab :"Ibuku adalah seorang yang lumpuh seluruh anggota tubuhnya, dia menyuruh saya ke mari supaya tuan mendokannya.

Imam Hanbal menjawab: "Kami lebih perlu didoakan" 

Mendengar jawapan itu, si anak pergi untuk menyampaikan kepada ibunya tentang apa yang telah diberitahu oleh Imam Hanbali kepada ibunya. Tetapi sampai sahaja di rumah dia terkejut melihat ibunya telah berjalan. 


imamhanbali

Beberapa orang murid Imam Hanbali meriwayatkan bahawa pada suatu hari seorang lelaki datang ke majlis ilmu Imam Hanbali dan bertanya kepada hadirin. 

Orang itu bertanya :"Siapakah di antara kamu Imam Ahmad bin Hanbal?" 

Imam Hanbali:"Sayalah Ahmad bin Hanbali. Apakah yang kamu perlukan dari aku." 

Orang itu menjawab:"Saya datang dari tempat yang jauh, saya telah melalui daratan dan lautan semata-mata untuk menyampaikan salam seorang lelaki kepada saya. 

"Tahukah kamu Ahmad bin Hanbal?" 

Saya menjawab:"Tidak"

Orang itu berkata berkata lagi:"Kalau begitu kamu pergilah ke Baghdad , jika kamu berjumpa dengannya katakan "Khidir kirim salam kepadamu. Dan Zat yang memiliki Arasy redha padamu dan para Malaikat pun senang dengan kesabaranmu kepada Allah SWT. 

Ibnu Abi Ward pula berkata:"Aku pernah bermimpi menemui Rasullulah saw aku bertanya kepadaya:"Bagaimana keadaan Ahmad bin Hanbal?" Rasullulah saw menjawab:"Nanti Musa as akan memberitahu padamu tentang Ahmad bin Hanbal." 
Waktu aku berjumpa dengan Nabi Musa as aku bertanya:"Hai Nabi Allah, bagaimana keadaan Ahmad bin Hanbal. 

Nabi Musa as menjawab:"Dia telah diuji baik dalam keadaan senang atau susah dia tetap bersabar dan sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

Sumber : Siapakah Wali 
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
September 22, 2014 at 1:35 PM delete

lama tak singgah sini, tapi bila singgah adalah sesuatu yang tak pernah mengecewakan iolss mselim, sebab boleh baca entri2 yang dikatakan thumbs up!!!

Reply
avatar
September 22, 2014 at 3:04 PM delete

assalamualaikum...kisah yang bagus sekali..terima kasih kerana sharing

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 22, 2014 at 3:58 PM delete

Penulisan entry yang menarik dan blog yang kemas.if you dont mind, our green warriors really need your support. Do click the link below and support us.

http://ridoma.blogspot.com/2014/09/todays-youth-is-tomorrows-future.html

Reply
avatar
Tunsha Ayunie
AUTHOR
September 22, 2014 at 4:31 PM delete

Suka dengan kisah imam hanbali ni... perkongsian yang baik Selim... semoga diteruskan :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 22, 2014 at 5:16 PM delete

Subhanallah.. thanks for sharing
Khidir tu merujuk kepada Nabi Khidir ke?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 23, 2014 at 1:14 PM delete

Thanks MS...sentiasa ada ilmu baru disini..

Reply
avatar
Encik X
AUTHOR
September 24, 2014 at 5:40 PM delete

sebab itu, kita kena lebih banyak bersabar setiap hari.

Reply
avatar
September 25, 2014 at 12:32 PM delete

Singgah sini dapat mencedok ilmu yangkita tak tahu jadi tahu sikit2 ..thanks MS

Reply
avatar
September 26, 2014 at 10:51 AM delete

Saya tidak berapa tahu tentang kisah imam hambali ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon